Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2007

Kemandulan minda DBP

Kemandulan minda Dewan Bahasa dan Pustaka yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh telah menarik perhatian dan pandangan pelbagai pihak terutamanya pihak-pihak yang berkaitan dengan dunia Bahasa Melayu. Agak keterlaluan juga kritikan yang dilontarkan oleh Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh itu namun kritikan yang dilontarkan kena pada waktunya. Adalah lebih baik "Kemandulan Minda Dewan Bahasa Dan Pustaka diperkemaskan menjadi "Ketumpulan Minda Dewan Bahasa Dan Pustaka."

Kritik kerajaan boleh, anti jangan.

Kerajaan yang sedang berkuasa sekarang ini merupakan kerajaan yang dipilih secara langsung oleh rakyat melalui percaturan demokrasi yang adil dan saksama mahupun sebaliknya. Seburuk manapun kerajaan sekarang ini namun janganlah wujud semacam perasaan anti akan kerajaan dikalangan kita yang bergelar rakyat marhaen. Ibarat pepatah "jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga" - tidak semua penjawat elit kerajaan yang berteraskan Umno/BN adalah muncikari barua dan pengkhianat bangsa tetapi ada juga segelintir yang jujur didalam menjalankan amanah dan mandat rakyat marhean. Itupun boleh dihitung satu persatu.

Adakah kerajaan selama ini terbeban?

Apakah selama ini kerajaan sentiasa dibebani oleh pelbagai masalah yang tidak putus-putus menerjah ? Apakah kerajaan kini yang dibawah pimpinan elitis Umno/BN terutamanya PM Abdullah bosan dengan karenah rakyat marhean dan ia menjadi masalah kepada kerajaan? "Apa lagi yang rakyat nak?" merupakan keluhan PM Abdullah yang menjadi " headline " dimuka akhbar tidak lama dulu.

Penyapu

Penyapu amat sinonim dengan penjagaan kebersihan. Penyapu, walaupun dunia telah mencapai tingkat kemajuaan yang tinggi tetapi masih lagi diperlukan. Tidak kiralah apa jua bentuk dan jenis penyapu itu sekalipun, apa yang penting penyapu masih lagi diperlukan walaupun taraf penyapu bertaraf hina.

Umno ialah kerajaan....kerajaan adalah Umno

Apabila PRU ke-12 diumumkan nanti maka Umno ialah sebuah parti politik kebanggaan Melayu Islam dan selepas tamatnya PRU ke-12 Umno menjadi sebuah kerajaan yang dipimpin dan ditadbir oleh Melayu. Itulah Umno, mempunyai dua wajah iras yang sekembar kepala keretapi yang boleh dirumuskan menjadi formula 2 dalam 1. Formula 2 dalam 1 yang digunaamalpakai sejak berpuluh tahun telah menjadi asas untuk terus berkuasa dengan bermodalkan retorika dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat.

Peribahasa adakalanya mengongkong dan membantut

Peribahasa merupakan salah satu warisan yang diwarisi sejak berkurun lamanya. Peribahasa sentiasa diungkap sama ada dalam bentuk realis atau ambiguiti. Namun tidak pernah dikatakan bahawa peribahasa adakalanya mengongkong pemikiran dan membantut pembangunan dan kemajuan. Apa yang dikatakan dan dinyatakan tidak lain dan tidak bukan ialah peribahasa sesuatu yang indah dan mempunyai nilai-nilai estetika linguistik.

Disebalik 30%

Pengangguran merupakan bahana yang mulai menunjukkan bahangnya. Ia tidak boleh dielak walaupun negara kita memiliki keupyaan ekonomi yang memberangsangkan. Pengangguran diibaratkan seperti "kanser" yang akhirnya melumpuhkan segala unit-unit rantaian struktur makro dan mikro ekonomi negara kita.