Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

Perhimpunan

Sejak Abdullah Ahmad Badawi bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 negara mulai dilanda pelbagai karenah teutamanya berbaur politik. Pada tahun ini (2007) sahaja sudah dua perhimpunan menggegarkan negara. Kedua-dua perhimpunan ini tetap dilabel oleh kerajaan PM Abdullah sebagai haram kerana tidak mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan atas faktor keselamatan dan keamanan negara.

Kuasa senyap

Seorang dramatis dan juga penulis esei terkenal Vaclav Havel berkata " kuasa ditangan mereka yang tidak punya kuasa... kuasa ini boleh digerakkan oleh media ." Apa yang dimaksudkan oleh Vaclav Havel ialah kuasa senyap. Kuasa senyap merupakan kuasa yang tidak boleh disenyapkan oleh mana-mana pihak termasuk pihak pemerintah yang sedang berkuasa. Kuasa senyap sentiasa menelusuri masa dan waktu tanpa batas melainkan degup jantung alam terhenti.