Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2007

Memartabatkan bahasa Melayu

Mengikut kajian yang dilakukan oleh PBB sekitar tahun 1990-an mendapati Bahasa Melayu antara bahasa di dunia yang masih mampu bertahan selama seratus tahun lagi. Ini sememangnya membuktikan bahawa bahasa Melayu beperanan besar sebagai lingua franca. Jika dilihat daripada sudut kepenggunaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa tuturan dibeberapa buah negara sekitar nusantara. Disamping itu juga bahasa Melayu mulai dipelajari dan ditutur oleh golongan bukan penutur asli. Ini sekali gus memartabatkan bahasa Melayu.

Sang Opportunist

Menjulang orang besar Bermodal sorak yang mengampu Menurut tiada malu Walau hati sedar tahu. Mengagung orang besar Taat setia membuta tuli Tak takut mati Meluap gagah berani Dengan ilmu sakti Walau sedar hilang maruah diri. Menjaga hati orang besar Semua salah tak salah Semua betul tak betul Menutup mata telinga Memati akal. Lumrah itu biasa ...

Malapetaka?

Malapetaka "ghaib" nampaknya mulai melanda. Apakah yang akan terjadi dengan nasib orang Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan rendah mahupun yang tidak berpendapatan langsung?