Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Kebebasan: Kehakiman dan perlantikan hakim

Kebebasan kehakiman merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik di negara ini. Kehakiman yang berat sebelah, atau berpihak, atau memihak kepada sesuatu pihak seperti pihak yang memerintah umpamanya, akan menghancurkan keyakinan rakyat kepada semangat demokrasi di negara ini.

"Tragedi Oktober"

“Tragedi Oktober, 2008, Umno” menyingkap tragedi-tragedi yang sarkastik tetapi menyayat hati bagi yang menginsafi. Persoalan akhlak dalam politik di kalangan kebanykan ahli dan para pemimpin Umno semakin dipersoal oleh minda yang celik. Untuk menjadi “animal politics,” sememangnya sukar kerana sejak dari zaman silam Yunani lagi, asal-usul politik dan ilmu politik (untuk menjadi animal politics ) mempunyai hubunganyang erat dengan persoalan akhlak dan moral, kerana disinilah letaknya persoalan falsafah dan perana ideologi dan nilai-nilai normatif dalam politik.

Umno boleh "memecat" Abdullah Ahmad Badawi

Pada 22 September 2008 lalu, Parti pemerintah Afrika Selatan, Kebangsaan Afrika (ANC) melantik timbalan ketuanya, Kgalema Motlanthe sebagai pemangku Presiden selepas Thabo Mbeki dipaksa meletak jawatan oleh parti tersebut. Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat kokus Parlimen ANC. ANC mendesak Mbeki meletak jawatan sebelum penggal pemerintahan beliau tamat pada tahun depan, lapan hari selepas seorang hakim menafikan dakwaan rasuah ke atas ketua parti berkenaan, Jacob Zuma, dan menyatakan terdapat campur tangan politik atasan dalam kes tersebut.  

ISA untuk siapa?

Tindakan terbaru kerajaan melakukan tangkapan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap kes bukan membabitkan anasir komunis dan pengganas adalah tindakan yang sama sekali tidak wajar. Jika kerajaan terus melakukan tangkapan mengikut akta berkenaan bererti kerajaan menyamakan yang didakwa sebagai pesalah sebagai komunis dan pengganas sedangkan yang didakwa sebagai pesalah hanya bersuara dan memberikan pendapat sebebas-bebasnya selaras dengan “Aku jijik dengan pendapatmu itu, tetapi aku akan berjuang hingga ke ajalku untuk hakmu mengeluarkannya”- Voltaire

9/16

Apa yang berlaku pada 16 September 2008 hanyalah hari ulang tahun pembentukan Persekutuan Malaysia yang ke-45 jauh sekali daripada objektif Parti Pembangkang yang ingin mengambil alih Kerajaan Pusat dari cengkaman Umno/BN. Walaupun Parti Pembangkang gagal mencapai objektifnya pada 16 September 2008, namun perlu wujud persepsi di kotak pemikiran animal politics Umno/BN dan rakyat marhaen bahawa Parti Pembangkang yakni Pakatan Rakyat benar-benar ingin mengambil alih Kerajaan Pusat daripada cengkaman Umno/BN, dan ini bukan satu jenaka atau sandiwara “ Court Jester .”

Permulaan tamat Abdullah Ahmad Badawi

Apabila negara, rakyat, dan Umno/BN hilang percaya kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, bahtera negara, rakyat, dan Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai “ Commander in chief ” pada asasnya walaupun pada sudut pandang de facto , Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN). Kini, apa yang jelas ialah Abdullah Ahmad Badawi hanyalah berperanan sebagai “pemimpin boneka” didalam kerajaan Umno/BN dan hanya menanti masa untuk diundurkan dari jawatan tertinggi kerajaan dan parti.

Belanjawan 2009: Adakah untuk rakyat atau untuk "nyawa politik" Umno/BN?

Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Ogos 2008 lepas lebih berunsur politikal jauh sekali daripada sasarannya, menjamin kesejahteraan rakyat seluruhnya. Secara teori dan praktiknya, Belanjawan Negara boleh dijadikan apparatus politik oleh kerajaan yang memerintah untuk menjamin nasib dan masa depan politik parti yang memerintah yakni Umno/BN.

Belanjawan 2009: Antara "akal" dan "dangkal."

Pembentangan Belanjawan 2009 bulan lepas (Ogos 2008) menunjukkan isme "akal" disamping bersulam isme "dangkal." Manakala kerajaan PM Abdullah beranggapan pembentangan Belanjawan 2009 sesuatu yang gemilang, cemerlang, dan terbilang seolah ia sudah dapat memenuhi kemahuan dan kehendak rakyat. Apakah Belanjawan 2009 sekali gus merealisasikan mantera "Bekerjalah bersama-sama saya tetapi bukan untuk saya?"

Kalah tetapi masih menang

Kekalahan besar calon Umno/BN Datuk Arif Shah Omar Shah, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P44) memang sudah diduga oleh banyak pihak. Permatang Pauh merupakan kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun Permatang Pauh pada era Perdana Menteri (Tun) Dr. Mahathir dibawah kibaran bendera Umno/BN. Namun kekalahan besar calon Umno/BN ini boleh disifatkan sebagai "kalah tetapi masih menang."

Demokrasi di Malaysia "masih" segar?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak menyifatkan demokrasi di Malaysia masih segar berikutan kemenangan besar penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh.

Kepimpinan melalui teladan

PM Abdullah telah pun menunjukkan sifat kepimpinan melalui teladan apabila dia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (Tren komuter dan LRT) pada 21 Ogos 2008. Sifat keteladanan PM Abdullah ini seharusnya dicontohi oleh semua menteri kabinet kerajaan Malaysia yang juga “ animal politics .”

Apabila pembaziran dikatakan berhemah

Malaysia adalah sebuah negara yang baru mengalami transformasi kemajuan atau dengan kata lain baru mula melangkah ke arah kemajuan. Tahun 2020 telah dijadikan sasaran Malaysia sebagai negara maju. Mana-mana negara yang baru mula melangkah ke arah kemajuan, tahap kewangan negara tersebut tidaklah setahap dengan tahap kewangan negara maju atau negara kaya. Malaysia umpamanya telah menunjukkan langkah agresif ke arah menjadi negara maju, tahap kewangannya tidaklah berapa baik walaupun Perdana Menterinya kaya raya dan bangga mengaku “anak saya kaya.”

Dato' Seri Anwar dan "sumpah laknat"

Mangsa liwat (sebagaimana yang didakwa) Dato’ Seri Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan sudah pun mengangkat sumpah laknat di Masjid wilayah Persekutuan disaksikan oleh imam masjid tersebut dan ayah Mohd saiful sendiri, media, dan umum. Tindakan Mohd Saiful mengangkat sumpah sedikit sebanyak meyakinkan pelbagai pihak terutamanya rakyat akan kebenaran dakwaannya terhadap Penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR). Manakala Dato’ Seri Anwar masih lagi bersikap “keras kepala” dan enggan mengangkat sumpah sebagaimana yang dilakukan oleh mangsa liwatnya (sebagaimana yang didakwa).

Kerajaan Malaysia membohongi dunia?

Berdasarkan fakta dan data mahupun sejarah, Malaysia merupakan sebuah negara yang stabil dari segi makro mahupun mikro. Kestabilan makro dan mikro yang dinikmati oleh Malaysia melonjakkan nama Malaysia di mata dunia dan menjadi contoh dan ikutan negara-negara maju, negara-negara membangun, dan negara-negara mundur. Namun pada realitinya, Malaysia bukanlah negara yang stabil sebagaimana “data dan fakta makro-mikro kestabilan” yang difaktakan, dan didatakan. Malaysia dari segi makro mungkin stabil, namun dari segi mikro Malaysia tidak stabil dimana keadaan mikro sentiasa turun-naik tetapi dianggap sebagai stabil oleh kerajaan Malaysia.

"Kegagalan besar" Tun Dr. Mahathir

“ Bagaimanapun, pada ambang persaraan Dr. Mahathir, beliau mengakui beliau telah gagal mengubah minda kaum Bumiputera Melayu ke arah yang lebih progresif seperti kaum-kaum bukan Bumiputera .” -Dr. Ahmad Atory hussain, Profesor Politik dan Dasar Awam UUM Kegagalan “besar” Tun Dr. Mahathir ini sememangnya akan mendatangkan malapetaka dan bencana politik, ekonomi, dan sosial terhadap Bumiputera Melayu. Kegagalan Tun Dr. Mahathir mengubah minda Bumiputera Melayu menyebabkan minda Bumiputera Melayu sentiasa berada dalam keadaan statik yakni berada dalam “ruang tempurung.”

Perlunya ada "Umno" didalam Umno

Umno merupakan sebuah parti dominan orang Melayu dan sering menjadi pilihan utama pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung. Namun pada 8 Mac 2008 yakni pada Pilihan Raya Umum ke 12, Umno bukan saja kehilangan separuh undi orang Melayu dan Bumiputera tetapi gagal mengusai 2/3 majoriti Dewan Rakyat. Apakah orang Melayu dan Bumiputera sudah mulai hilang percaya kepada Parti Umno dan ahli-ahlinya?

UiTM perlu untuk "Malaysia"

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlu untuk semua tanpa mengira seseorang itu Melayu, Bumiputera, Cina, India mahupun bangsa lain asalkan seseorang itu kewarganegaraannya Malaysia sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan. Namun buat masa ini, Uitm Perlu menjadi hak orang Melayu dan Bumiputera secara mutlak. Ini kerana, dari segi kemajuan kaum, Melayu dan Bumiputera berada ditahap yang terendah jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan India.

Umno dan kecanduan politik wang

P olitik wang sudah semacam “ virus ” didalam Umno dan ia sudah menjangkiti seluruh “tubuh badan” Umno dan memerlukan post mortem disamping rawatan ajaib. Namun politik wang didalam Umno juga dilihat sebagai semacam “candu” kepada ahli-ahli Umno yang opportunist samada diperingkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Politik wang seterusnya sudah menjadi satu adat yang diadatkan oleh golongan opportunist sehingga Presiden Umno sendiri “lumpuh akal” mencari penyelesaiannya.

Tidak bertanggungjawab, pembaziran?

T indakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr. Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan dilihat oleh sesetengah pihak terutamanya pihak dari golongan parti pemerintah, Umno/BN, sebagai tidak bertanggungjawab dan membazir. Sekiranya tindakan Dato' Seri Dr. Wan Azizah dianggap sebagai satu pembaziran sudah tentu rakyat marhaen di Permatang Pauh akan menolak Pilihan Raya Kecil Parlimen yang hendak diadakan. Namun sebaliknya rakyat di Permatang Pauh keseluruhannya menyambut baik perlaksaanaan Pilihan Raya Kecil Parlimen.

Utusan Malaysia perlu ada di setiap rumah?

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia (Utusan Malaysia perlua ada di setiap rumah) penting bagi meningkatkan tahap pemikiran, mencetuskan idea-idea baru serta mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara melalui tabiat membaca. ''Pada waktu ini, terdapat kecenderungan orang Melayu yang hanya berminat membaca sumber bacaan ringan dan ini suatu petanda yang tidak positif. ''Saya cadangkan supaya setiap keluarga membekalkan bahan bacaan berkualiti dan akhbar arus perdana untuk dibaca ahli keluarga masing-masing bagi mengatasi masalah itu". - Utusan Malaysia 06/08/2008.

Sejarah yang berulang

Peralihan kuasa diantara PM Abdullah dengan TPM Najib Razak berlaku seperti yang dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. “Sejarah” Perdana Menteri pertama merujuk kepada “penyerahan kuasa oleh Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri samada secara terdesak dan terpaksa.” SeMalaysia umumnya mengetahui secara “sejarah” kenapa YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul Razak yang juga bapa kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang?

Peralihan kuasa Perdana Menteri

Peralihan kuasa kepimpinan negara di antara PM Abdullah dengan TPM Najib Razak dijangka akan berlaku pada pertengahan tahun 2010. Namun adakah peralihan kuasa diantara PM Abdullah dengan TPM Najib Razak dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan “politik?” Atau apakah akan berlaku satu perkara yang di luar jangkaan yang tidak disangka-sangka oleh ramai pihak?

Debat memberi kesan

Perdebatan yang berlaku diantara Menteri Penerangan Dato’ Sri Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah memicu satu pembaharuan didalam lapangan bersuara di Malaysia atas kapasiti tanpa campur tangan daripada tangan-tangan ghaib kerajaan Pemerintah yakni kerajan PM Abdullah.

Rakyat hanya minat galeri luar negara?

"Rakyat hanya minat galeri luar negara" tajuk kecil yang terpampang diruangan akhbar Utusan Malaysia (25/07/08) mampu mencetuskan persoalan; Adakah rakyat sudah "kaya raya" sehingga mampu melawat luar negara hanya semata-mata menapakkan kaki di atas lantai geleri yang diminati? Adakah editor Utusan Malaysia tersalah letak "tajuk" atau ia sememangnnya kenyataan Dato' Sri Azalina sendiri? Seandainya ia adalah kenyataan Dato' Sri Azalina Othman, Menteri Pelancongan merangkap Ketua-Bersama Cyber-Troopers Umno, Maka Dato' Sri Azalina boleh disabitkan sebagai " myopia " mengukur kemampuan rakyat untuk hidup mewah.

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Minyak tidak perlu subsidi?

Di Malaysia adakah minyak perlu disubsidi untuk kepentingan rakyat atau tidak? Adakah Malaysia perlu mengikut dan mencontohi negara-negara eropah seperti negara Belanda supaya tidak memberi subsidi minyak? Adakah minyak perlu disubsidi atas faktor Malaysia "tidak seberapa" jika dibandingkan dengan mana-mana negara yang sedang bergelut dengan krisis kenaikan harga minyak?

RM 1 juta insentif Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun-Atlet negara yang memenangi pingat emas pada sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM 1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini." -Utusan Malaysia. "...negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$ 1 juta untuk atlet mereka yang yang meraih emas Olimpik...,"...ganjaran RM 1 juta adalah "wajar dan berpatutan" memandangkan temasya sukan Olimpik itu 'begitu gah'dan diadakan empat tahun sekali." -Dato' Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Baru-baru ini kerajaan berhasrat untuk menaikkan kadar insentif atlet yang menang emas Olimpik dari RM160,000 kepada RM 1 juta. Ini bermakna kerajaan PM Abdullah masih mempunyai sokongan kewangan yang kukuh dan kerajaan PM Abdullah belum lagi "muflis." Ini juga sekaligus membuktikan kenyataan Tun Dr. Mahathir terhadap latar belakang kewangan kerajaan "kerajaan banyak duit." Tin

Kerajaan PM Abdullah dangkal

Kerajaan PM Abdullah Ahmad Badawi boleh disifatkan sebagai kerajaan yang "dangkal" didalam membuat penyelesaian masalah rakyat, kerana membuat penyelesaian yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat. Pada masa yang sama, kalangan wazir-wazirnya turut seia dan sekata dengan apa yang diputuskan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan yang tepat

Tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno merupakan satu tindakan yang tepat, padat, dan bermaruah. Seandainya pemimpin-pemimpin yang ada di dalam Umno mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir ini, sudah tentu Umno dapat diselamatkan dan mengecap kembali zaman keemasannya. Namun untuk meramal samada pemimpin-pemimpin Umno keluar daripada Umno sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah terlalu sukar diramal dan kemungkinan "tindakan keluar" tidak akan berlaku.

Urusan politik hak eksklusif orang politik?

Urusan politik walaupun mempunyai ciri ekslusif, tetapi dari segi "urusan", sesiapa sahaja boleh mencampurinya. Maka ketegesan PM Abdullah terhadap pegawai dan kakitangan awam atau penjawat awam supaya tidak mencampuri urusan politik merupakan penegasan yang kurang bijak dan tidak menunjukkan sikap berfikiran terbuka. Sebagai seorang Perdana Menteri merangkap pencetus Hadhari, PM Abdullah harus dan perlu berfikiran terbuka, dan menerima setiap pandangan, dan kritikan yang dilontarkan oleh sesiapa sahaja samada mereka itu penjawat awam atau sebaliknya, kerana "mereka" itu sebenarnya ialah dan adalah "rakyat" di negara ini.

BN disabotaj?

Sewaktu Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno pada 6 April 2008 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, PM Abdullah yang juga selaku Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional (BN), menyifatkan kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-12, adalah disebabkan faktor sabotaj parti yang dilakukan oleh ahli-ahli parti Umno/BN sendiri. Kenyataan Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional ini boleh dikukuhkan dengan fakta yang bersumberkan akhbar Utusan Malaysia; " kalau tidak kerana faktor itu (sabotaj), kita tidak hilang kedudukan (majoriti) dua pertiga dan dua buah negeri iaitu Perak dan Kedah."

Khir turns to blogging

" Khir turns to blogging ," merupakan satu perkara yang diluar jangkaan dan andaian. Dari jawatan Menteri Besar Selangor (MB) beralih menjadi sang "blogger." Namun itu tidaklah menghairankan dizaman yang serba "hujung jari" ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan PM Abdullah pun mungkin akan mengikut jejak langkah bekas MB selangor ini seandainya PM Abdullah merangkap pencetus Hadhari tewas di atas papan catur politik Malaysia.

Golongan intelektual di Malaysia

Golongan intelektual di Malaysia boleh diibaratkan sebagai "hidup segan mati tak mahu". Kebanyakan golongan intelektual ini seiring dan senada, dan seia dengan apa yang dilaungdengungkan oleh badut-badut kuasa pemerintahan dan sang penguasa. Amat jarang golongan intelektual ini lantang bersuara dan membangkang, dan mengkritik setiap apa yang dilaung dengungkan oleh pemerintah, yang jelas dan terang ialah golongan intelektual ini hanya "mengangguk tanda setuju". Jika dibuat perbandingan secara rawak mahupun terperinci diantara golongan intelektual di Malaysia dengan golongan intelektual di negara-negara yang mengamalkan sistem semi-demokrasi, jurang perbezaannya amat dalam bak jurang laut Mariana.

Blogger

Bicarawara di radio 24 pada 24.03.2008, 8.00 malam hangat memperbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penulisan laman maya yang lebih popular dengan "blogger."Encik Juru Canang Radio 24 ( Dr Love ) juga tidak ketinggalan memanggil orang-perseorangan untuk membahas isu penulisan blog. Daripada bicarawara tersebut, wujud semacam sinis dan senda kepada penulis-penulis blog terutamanya penulis blog politik.

Juak-juak oportunis

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-12 telah mengejutkan pelbagai pihak terutamanya pihak-pihak yang begitu yakin dan percaya bahawa BN boleh dan dapat mengulangi kejayaan gemilang, cemerlang, dan terbilang sebagaimana yang dicapai pada PRU yang ke-11. Adalah tidak masuk akal BN boleh tewas kepda Barisan Alternatif (BA), sedangkan BN memiliki banyak " vantage point " jika dibandingkan dengan BA. Nampaknya dalam dunia politik yang sebenar vantage point sudah tidak boleh dijadikan senjata utama dalam percaturan politik.

4 tahun penuh kejayaan?

PM Abdullah sudah pun mentadbir negara selama sepenggal. Dalam penggal pentadbirannya sudah tentu kejayaannya dicanang dengan sebegitu rapi ke setiap ceruk pelusuk tanah air. Kejayaannya sebagai Perdana Menteri ke-5 sudah pasti menjadi mainan dibibir setiap rakyat marhaen dan kaum kerabat terdekat, kroni, proksi dan pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan makro dan mikro.

Siapa rawat siapa?

Siapa rawat siapa merupakan satu persoalan yang akan sentiasa bermain dibibir rakyat. Adakah yang hendak dirawat itu memerlukan rawatan? Atau ia memang memerlukan rawatan? Pilihan Raya Umum yang ke-12 ini telah menjadi platform kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengganyang kubu kuat PAS di Kelantan dengan manifesto "Tahun Merawat Kelantan." Jadi persoalan "siapa rawat siapa" boleh diandaikan.

Indoktrinasi minda

Indoktrinasi minda ialah perlakuan memahamkan sesuatu aliran fahaman kedalam minda seseorang sama ada dalam bentuk formal mahupun bukan formal. Namun demikian secara keseluruhannya, indoktrinasi minda dilakukan dan dilaksanakan secara formal dan ia biasanya dilaksanakan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan yang memerintah.

Sastera itu berat?

Halatuju sastera di Malaysia semakin meruncing, boleh juga disamakan seperti telur dihujung tanduk dan diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu. Sastera sememangnya penting dalam menjana pengayaan dan pengukuhan kepenggunaan bahasa Melayu. Tanpa sastera sudah tentu bahasa Melayu tidak dapat berdiri dengan sebegitu teguh dan kukuh. Sastera telah membuktikan ia mengangkat dan memartabat bahasa Melayu di alam Nusantara yakni alam dan dunia Melayu sejak dari zaman silam lagi hinggalah sekarang. Apakah keruncingan halatuju sastera di Malaysia ada kaitanya dengan "beratnya berfikir?"

Parti Mahasiswa Negara (PMN)

Tidak dapat dinafikan dan akan menjadi hakikat iaitu akan wujudnya parti-parti politik yang baru pada masa akan datang. Kewujudan parti-pati politik baru ini sudah tentu akan merancakkan lagi arena politik tanah air disamping seiring dengan kebebasan berpolitik di tanah air. Namun demikian tiada gunanya kewujudan beberapa parti politik baru jika nasib rakyat marhaean masih lagi didalam keadaan yang sama. Apatah lagi parti politik pemerintah gagal memenuhi aspirasi rakayat marhaen inikan pula parti-parti politik baru atau "parti cendawan tumbuh" yang akhirnya sama ada menjadi parti politik komponen parti pemerintah, pembangkang, bebas atau hanya menjadi terbubar.

Durian Lwn Timun...

Apakah Pilihan Raya Umum yang ke-12 nanti menjadi kayu pengukur sejauh mana kekuatan Umno sebagai parti politik dominan tanah air? Apakah juga pilihan raya umum ke-12 nanti memperlihatkan penurunan kadar undi rakyat marhaen terhadap Umno? Dan adakah selepas pilihan raya umum yang ke-12 nanti Umno masih lagi berkuasa?

Kata putus

Walaupun bahang Pilihan Raya Umum yang ke-12 sudah menunjukkan bahanannya tetapi masih lagi tidak diketahui bila agaknya pilahan raya diadakan. Sehingga saat ini tiada mana- mana pihak yang boleh menentukan bila tarikh pilhan raya. PM Abdullah masih lagi membisu seribu bahasa kerana belum mendapat "ilham." Pada masa yang sama wazir-wazir PM Abdullah sibuk mengilang "buih mulut" agar spekulasi pilihan raya dihentikan.

R24 propaganda kerajaan PM Abdullah?

Dengan slogan "sebenar, semasa" sudah tentu Radio 24 akan menyiarkan berita semasa yang tiada tandingan seandainya dibandingkan dengan mana-mana setesen radio yang ada di Malaysia. "sebenar, semasa" terus kepada pendengar, tepat dan cepat. Disamping menyiarkan berita semasa, Radio 24 tidak ketinggalan sebagaimana setesen-setesen radio lain; menjadi platform "ke udara" dalam membincang dan membahas isu dan hal ehwal semasa yang menyeluruh.

I ' m On The Video

Hey man look at me rockin ' out I ' m on the video - merupakan bait-bait lagu dalam album System of a Down, Mezmerize . Pengakuan seorang ahli kabinet kerajaan PM Abdullah 'I'm on the video ' dalam adegan seks sekaligus mencemari dunia politik negara. Ini seterusnya membawa kepada gambaran negatif dikalangan rakyat marhaen dan pemimpin parti pembangkang terhadap pemimpin-pimimpin didalam kerajaan.

Minyak

Pada akhir tahun 2007 harga minyak global semakin tidak menentu ini sekali gus memberi impak kepada harga pasaran minyak dalam negara. Pelbagai andaian dibuat oleh pihak yang berkepentingan dengan kenaikan harga minyak terutamanya kalangan rakyat marhaen. Kerajaan PM Abdullah sejak akhir-akhir ini telah menjelaskan secara langsung kesan kenaikan harga minyak dunia tetapi tidak tuntas terhadap ''pro dan kontra'' akan kenaikan harga minyak dunia terhadap kerajaan dan negara.