Skip to main content

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Kebebasan bersuara berasaskan rasional, logik, dan atas nama keadilan adalah hak rakyat Malaysia yang sudah terjamin, sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimana pun, daripada sudut pandang teknikal, kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi bersifat statik dan kecut.

Di Malaysia, sekiranya dan seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan cadangan yang menyinggung "perasaan" kerajaan yang memerintah yakni kerajaan PM Abdullah maka dia boleh disabitkan sebagai "perosak" yang boleh menjahanamkan negara, walaupun pandangannya itu berasas dan bernas. Seseorang individu yang memiliki sesuatu dokumen yang bersifat "rahsiah" seperti dokumen kelas "OSA" tidak boleh bersuara malah boleh disabitkan sebagai pesalah dan akan dikenakan tindakan ISA atas nama menjaga keamanan negara walaupun ingin menegakkan keadilan dan kesaksamaan.

Di Malaysia, sekiranya dan seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan cadangan yang seiring dan sejalan dengan "hati" kerajaan yang memerintah maka individu tersebut akan dijadikan contoh yang harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia, walaupun pendapat, pandangan, dan cadangan yang disampaikan tidak seiring dan sejalan dengan hukum rasional akal.

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia hanyalah "kebebasan" di dalam ruang lingkup "tempurung." Persekitaran ruang lingkup tempurung ini merujuk kepada ruang lingkup institusi-institusi yang dikawal selia oleh kerajaan pemerintah samada sepenuhnya atau pun separa. Contoh yang gemilang, cemerlang, dan terbilang ialah kebebasan bersuara di institusi-institusi pengajian tinggi awam. Kebebasan bersuara di institusi pengajian tinggi awam umpamanya diperlihatkan melalui pertandingan debat kebangsaan antara IPTA-IPTA seMalaysia. Isu-isu yang diperdebatkan biasanya mencakupi ruang lingkup politik, ekonomi, dan sosial acuan kerajaan pemerintah. Selain itu pelajar-pelajar IPTA juga didedahkan dan digalakkan terjun kedalam dunia politik "hingusan" melalui Pilihan Raya Kampus sebagai menunjukkan dan membuktikan kebebasan bersuara dan demokrasi di Malaysia.

Contoh yang gemilang, cemerlang, dan terbilang kebebasan bersuara seterusnya ialah kebebasan penerbitan media samada dalam bentuk konvensional mahupun bentuk bukan konvensional. Syarikat-sayrikat penerbitan media di Malaysia bebas bersuara didalam memilih wacana tanpa mengambil kira sensitiviti hukum rasional akal asalkan tidak menghiris hati kerajaan pemerintah. Penerbitan bahan-bahan hiburan yang diterbitkan oleh setesen-setesen penyiaran seperti TV3 dan Astro umpamanya bebas bersuara didalam mecanang apa yang ingin disajikan kepada pelanggan yakni penonton seMalaysia. Program-program realiti TV seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol umpamanya tidak akan mendapat bantahan daripada pihak kerajaan pemerintah kerana didapati tidak boleh merosakkan negara dan menghancurkan negara malahan mampu menguntungkan negara dan memakmurkan negara.

Seterusnya, kerajaan pemerintah juga menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan awam memberikan pendapat, pandangan dan cadangan kepada kerajaan. Ini kerana kerajaan pemerintah berpendapat yang pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan awam mempunyai hak kebebasan bersuara. Walaubagaimana pun, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan awam ditegah sama sekali memberi pendapat, pandangan, dan cadangan yang berbaur politikal walaupun bernas dan berasas kukuh. Ini adalah kerana, sekiranya penjawat awam memberi pendapat, pandangan, dan cadangan yang berbaur politik, kerajaan pemerintah beranggapan yang penjawat awam cuba mencampuri urusan politik "animal politics" kerajaan pemerintah.

Walaupun kerajaan PM Abdullah memberi kebenaran untuk mengadakan perdebatan diantara Menteri Penerangan Dato' Seri Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat, ia masih belum mampu mengukur sejauh mana 'kebolehupayaan" kebebasan bersuara di Malaysia. Ini kerana, kerajaan pemerintah yakni kerajaan PM Abdullah masih beranggapan yang kebebasan bersuara boleh memporak-perandakan negara. Maka tidak hairanlah kerajaan PM Abdullah "mengkaji terlebih dahulu kesan debat kepada negara."

Comments

Primus inter pares

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.