Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Urusan politik hak eksklusif orang politik?

Urusan politik walaupun mempunyai ciri ekslusif, tetapi dari segi "urusan", sesiapa sahaja boleh mencampurinya. Maka ketegesan PM Abdullah terhadap pegawai dan kakitangan awam atau penjawat awam supaya tidak mencampuri urusan politik merupakan penegasan yang kurang bijak dan tidak menunjukkan sikap berfikiran terbuka. Sebagai seorang Perdana Menteri merangkap pencetus Hadhari, PM Abdullah harus dan perlu berfikiran terbuka, dan menerima setiap pandangan, dan kritikan yang dilontarkan oleh sesiapa sahaja samada mereka itu penjawat awam atau sebaliknya, kerana "mereka" itu sebenarnya ialah dan adalah "rakyat" di negara ini.

BN disabotaj?

Sewaktu Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno pada 6 April 2008 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, PM Abdullah yang juga selaku Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional (BN), menyifatkan kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-12, adalah disebabkan faktor sabotaj parti yang dilakukan oleh ahli-ahli parti Umno/BN sendiri. Kenyataan Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional ini boleh dikukuhkan dengan fakta yang bersumberkan akhbar Utusan Malaysia; " kalau tidak kerana faktor itu (sabotaj), kita tidak hilang kedudukan (majoriti) dua pertiga dan dua buah negeri iaitu Perak dan Kedah."

Khir turns to blogging

" Khir turns to blogging ," merupakan satu perkara yang diluar jangkaan dan andaian. Dari jawatan Menteri Besar Selangor (MB) beralih menjadi sang "blogger." Namun itu tidaklah menghairankan dizaman yang serba "hujung jari" ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan PM Abdullah pun mungkin akan mengikut jejak langkah bekas MB selangor ini seandainya PM Abdullah merangkap pencetus Hadhari tewas di atas papan catur politik Malaysia.