Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Debat politik secara terbuka: Pro dan kontra

Dalam satu temuramah media, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya debat politik secara terbuka dihentikan. Saranan ini nampaknya tepat pada masanya di mana politik Malaysia lebih terarah kepada destruktif, jauh daripada konstruktif. Debat politik secara terbuka walaupun pragmatik dari segi budaya berpolitik namun ia tidak pragmatik dari segi mencari jalan penyelesaian isu-isu politik nasional yang serba rumit dan kompleks.

Antara rombakan Kabinet dan quid pro quo

Pada kebiasaannya Perdana Menteri akan merombak jemaah Kabinetnya apabila meyakini bahawa jemaah Kabinetya yang sedia ada tidak cekap sehingga boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan. "Apa yang penting hendak saya tegaskan ialah perlu diingatkan jika berlaku rombakan Kabinet, ia hendaklah mampu meningkatkan pentadbiran kerajaan dan bukan hanya semata-mata untuk melakukan rombakan ." - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Rombakan Kabinet wajar atau perlu dilakukan dengan serta merta sekiranya (1) Menteri dan Timbalan Menteri tidak cekap mentadbir dan hanya sekadar mampu menjalankan tugas-tugas menteri, dan (2) Menteri dan Timbalan menteri gagal menjalankan tugas dengan sehabis baik, dan gagal memikul amanat dan mandat yang dipertanggungjawabkan, walaupun menteri dan timbalan menteri merupakan produk keluaran Oxford, Havard, dan Cambridge.