Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

PARLIMEN

Sorak suara yang bertalu-talu Datangnya dari gua batu Menerjah dari tiap penjuru Marhaen pribumi kaget membatu. Badut-badut kuasa bergelut Berkata-kata berdegar-degar Hingga jasad menggeletar Saling sesama mahu menampar Bak betina sundal yang hilang sabar. Ayuh cepat! Panggil tukang rawat Juga pengawal gawat Mungkin nanti jadi darurat.

"Malaysia" ke arah elitis

Dalam dunia sekular yang penuh mencabar ini manusia semakin diperhambat dengan cemeti elitis. Semua apa yang ada di muka bumi ini (dalam konteks ekonomi) pada dasarnya adalah untuk memenuhi keperluan, kemahuan dan kehendak manusia yang tiada batas tetapi diterhadkan sendiri oleh batas keupayaan manusia itu sendiri.

Program pembangunan golf remaja dan peruntukan RM1j

Kejohanan Golf Terbuka Malaysia-Maybank 2009 telah pun “ the end ” pada 15 Februari 2009 lepas. Pada kejohanan tersebut pemain Amerika Syarikat yang berbangsa Korea, Anthony Kang menguntum senyuman lebar kerana dapat pulang dengan hadiah kemenangan AS$333,330 (RM2juta) Satu siri pengaliran Ringgit Malaysia ke luar negara yang dianggap munasabah dan tepat pada masanya.

Umno/BN dan Pakatan Rakyat: vis-a-vis

Bibit-bibit retak meniti belah arena politik tanah air sudah mulai tampak. Umno/BN bak kapal layar tua yang hanya menanti masa dibaham badai laut gelora politik. Parti Pembangkang juga berada dalam keadaan yang serupa. Umno/BN dengan rasuahnya, Parti Pembangkang dengan derhakanya. Mungkin harapan rakyat boleh disandarkan dibahu BEBAS. Andaikan BEBAS juga tersungkur di dalam menjulang obor mandat dan amanat rakyat, maka adalah lebih baik sistem pemerintahan beraja dihidupkan semula.

Takutnya kerajaan yang memerintah kepada pengangguran

Berdasarkan Kamus Dewan, Edisi Baru (1993), pengangguran merujuk kepada perihal ( keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan . Secara teorinya, pengangguran wujud apabila permintaan isi rumah (rakyat) terhadap pekerjaan melebihi penawaran pekerjaan yang disediakan sama ada oleh kerajaan yang memerintah mahupun sektor swasta. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang (ini), keterserlaan ketakutan kerajaan yang memerintah terhadap pengangguran semakin jelas kelihatan.

UUHLP: Dua kali lima, lima kali dua

Cadangan mewujudkan undang-undang halang lompat parti (UUHLP), adalah sesuatu yang tidak praktik dan tidak demokratik. Jika cadangan ini diterima dan dikuatkasakan ianya pasti menyekat kebebasan berpolitik di kalangan ahli-ahli politik. Seterusnya ahli-ahli politik tidak akan bersifat praktik di dalam menjunjung amanat dan mandat rakyat yang selaras dengan daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.

Pemain

Hitam putih figura citra Pemain topeng panggung pengadilan Berseteru-bersekutu adat yang diadat. Ahli lidah hukum Fasih memukau badut bertopeng arif. Seribu satu rumus dusta Formula menegak silap salah; Politikus putus asa Birokrat keparat rakyat jadi larat Kapitalis lintah darat Bangsawan lupa daratan. Menang bicara terbeliak mata Mendengus berdekah-dekah Tenat mengandung laba.