Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Suara, fikir, maklumat, dan media Lwn Kuasa

Kebebasan bersuara hanya akan terjelma apabila kebebasan berfikir terlaksana sepenuhnya. Kebebasan berfikir hanya akan terjelma apabila kebebasan menerima dan memperoleh maklumat terlaksana sepenuhnya. Tanpa kebebasan menerima atau memperoleh maklumat, fikiran tidak akan bebas. Fikiran akan terkongkong dan terbelenggu. Apabila fikiran terkongkong dan terbelenggu tiada gunanya kebebasan bersuara, walaupun kerajaan yang memerintah memberi peluang kepada seseorang yang terkongkong dan terbelenggu kebebasannya berfikir bersuara di hadapan media arus perdana secara lintas langsung serata negara.

Apa yang perlu dilakukan terhadap ISA

Secara mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebenarnya bertentangan dengan konsep hak asasi manusia terutamanya hak bersuara. Dan sudah semestinya kerajaan yang memerintah menyedarinya. Namun dalam soal keselamatan negara, kerajaan yang memerintah tentu tidak akan berkompromi dengan golongan pendesak apatah lagi golongan politik yang meminta supaya ISA dimansuhkan serta merta. Peristiwa serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), Amerika Syarikat pada 11 September 2001 pasti akan menguatkan lagi pendirian mutlak kerajaan yang memerintah bahawa ISA perlu dikekalkan.

Empat cabaran sebenar Najib

Cabaran sebenar yang dihadapi Dato’ Seri Najib Razak setelah bergelar Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN) adalah seperti berikut:- 1. Bagaimana hendak menjelaskan konsep dan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Sebaik sahaja berjaya menidakkan hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dengan gagah perkasanya memperkenalkan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ke serata negara.

Najib: Antara cabaran sebenar dan cabaran 100 hari

Sebagai haiwan politik yang cukup berpengalaman, Dato’ Seri Najib Razak sememangnya telah bergelumang dengan cabara dan dugaan politik yang menggila. Setiap cabaran dan dugaan politik yang melintang dan terbentang akan dihadapi dengan tenang walaupun terkadang kejelasan senyum dalam gelora. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan politik yang menggila, Dato’ Seri Najib Razak mempunyai gaya dan citarasa tersendiri. Setiap duka dan nestapa politik yang melanda diubati dengan penawar tersendiri. Dalam pemanjatan tangga kasta politik nasional, taat setia senantiasa diperkasakan. Terbuktilah julukan “Najib sang setia.”

Liberalisasi ekonomi, Pemansuhan PPSMI, dan PRU-13

Kebarangkalianya, terdapat tiga perkara yang mungkin menghantui Dato’ Seri Najib Razak sebaik sahaja berjaya memulakan pelayaran mengharungi gelora ombak seratus hari yang penuh cabaran. Tiga perkara ini adalah kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), desakan memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), dan persediaan mengahadapi Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13), setelah Umno/BN gagal mengekalkan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12).

Pemansuhan PPSMI dan Orang Melayu

Tindakan kerajaan memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tindakan yang kurang bijak. Secara sinis ia boleh disifatkan sebagai “membuang sesuatu yang baik atas nama ‘kebangsaan.’” Bagaimana pun, kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak di dalam menggubal dan memansuh dasar berhak memansuh PPSMI. Pastinya kerajaan akan sentiasa bretanggungjawab dengan setiap kesan dan implikasi negatif akibat ketidakbijakan memutus keputusan.

"Periuk api" BN mengena?

Tidak dapat dibuktikan secara empirikal sama ada Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya pada selepas Pilihan Raya Umum 12 (PRU12). Akan kemungkinan PR bakal kehilangan satu atau dua negeri dalam jangka masa yang tidak dapat dipastikan sebagaimana ia kehilangan negeri Perak baru-baru ini. Walaupun pada kemungkinan PR mampu mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya, akan kemungkinan juga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri-negeri yang dikuasainya akan menjadi berkurangan.

30% (DEB) ke 19.4% (2009) ke liberalisasi ekonomi

“ Kerajaan Perikatan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, yang praktik dan realis, hanya suka menyebut sesuatu yang difikirkan munasabah dan boleh dijayakan. Kita membuat anggaran 30 peratus daripada aktiviti-aktiviti perdagangan dan perusahaan dipegang oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera lain dalam masa dua puluh tahun ialah kerana ini angka yang munasabah. Kita telah menyatakan bahawa ini adalah sekurang-kurangnya yang kita cadangkan. Kalau kita boleh buat lebih daripada itu, sangatlah elok .” Merupakan ucapan Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menggulung perbahasan ucapan terima kasih di atas titah diraja di Dewan Rakyat pada 17 Mei 1972. Pada 29 Jun 2009, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah mengumumkan penyusunan semula Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). Melalui penyusunan semula Jawatankuasa Pelaburan asing (FIC) dan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), ekonomi negara mula menapak ke arah liberalisasi. Strukt