Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Zaid-Berman, animal politics yang kecewa?

Ketua Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dulunya merupakan animal politics UMNO-BN dan Parti Keadilan Rakyat. Presiden Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), Berman Anggkap dulunya juga merupakan animal politics parti pembangkang Sabah, Bersekutu. Kedua-dua animal politics ini memilih untuk tidak "bertuan" sama ada dengan UMNO-BN mahupun Pembangkang.

Gadai negara, selain Anwar?

Penyifatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, negara akan tergadai sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah penyifatan berat sebelah. Walaupun berasas secara politik atas kertas tetapi penyifatan itu bersifat khusus, tidak secara menyeluruh.

Cekap sahaja tidak mencukupi

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baru , cekap ditakrifkan sebagai; 1. boleh, dapat, mampu, sanggup 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sempurna, pandai, mahir   elok, cantik, rupawan 4. lekas, pantas, tangkas Ayat contoh: ada beberapa ekor monyet yang betul-betul cekap bermain tunggang balik. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, negara ditadbir oleh ahli politik yang cekap dan bukan sebaliknya sudah tentu rasa resah dan gelisah rakyat terubat dengan secara sendirinya. Ini kerana terdapat dakwaan yang mengatakan, negara ditadbir oleh ahli politik yang sebaliknya yakni tidak cekap. Seandainya dakwaan yang dilemparkan ini dihadapkan ke muka pengadilan sudah tentu ia diklasifikasikan sebagai sub judice.

Anwar adalah anugerah untuk Malaysia!

Seolah ada telunjuk halimunan yang menuding. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Dengan kesabaran 23.8 juta rakyat Malaysia pun! Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Percaya atau tidak tunggu dan lihat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti. Apapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah untuk Malaysia.

Parlimen Malaysia

Sorak suara yang bertalu-talu Datangnya dari gua batu Menerjah dari tiap penjuru Marhaen pribumi kaget membatu. Badut-badut kuasa bergelut Berkata-kata berdegar-degar Hingga jasad menggeletar Saling sesama mahu menampar Bak "betina sundal" yang hilang sabar. Ayuh cepat! Panggil tukang rawat Juga pengawal gawat Mungkin nanti jadi darurat.

WikiLeaks, mengundang "masalah"

“ Ini kerana, laman web seperti WikiLeaks akan terus menyiarkan apa sahaja bahan dan penyiaran pendedahan itu hanya akan mengundang masalah kepada seluruh dunia .” - Tun Dr. Mahathir, Bekas Perdana Menteri   Pendedahan laman web WikiLeaks terhadap kegiatan liwat Anwar sememangnya mendatangkan masalah kepada negara dan pemimpin-pemimpin negara yang bermasalah. Sebelum mendedahkan kegiatan liwat Anwar, WikiLeaks telah melaporkan skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang) di laman webnya tidak lama dulu.  

"Lintas hormat" untuk PDRM!

Dalam ruangan Rencana , Mingguan Malaysia, Ahad 6 Jun 2010, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menerusi Harussani Zakaria Menulis menegaskan bahawa judi membawa bala . Penegasan tersebut dilontarkan berikutan tindakan kerajaan yang memerintah bersetuju untuk memberikan keizinan dan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. " Nyata dalam ayat ini, surah al-A'raf: 96, bahawa hanya keimanan dan ketaatan pemerintah dan rakyat sesebuah negara kepada Allah SWT saja akan membuka limpahan rezeki atau taraf ekonomi sesebuah negara. Namun ketika mana maksiat berleluasa, maka Allah SWT menjanjikan azab dan kesusahan yang menimpa negara tersebut ." - Datuk Seri Harussani Zakaria Mufti Perak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sememangnya layak dianugerahkan "lintas hormat." PDRM di bawah kepimpinan baharu telah mendukung gagasan " untuk menangkap pencuri, perlu menjadi pencuri ." Kesungguhan PDRM untuk memerangi kegiatan perjud

Sabah, masih lagi termiskin!

Satu Ironi? Menurut The World Bank’s 2010 Malaysia Economic Monitor ( MEM ), Sabah masih lagi termiskin, atau dalam erti kata lain yang setara maksudnya – Sabah mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi di Malaysia. Penobatan Sabah sebagai Termiskin 2010 adalah tidak memeranjatkan. Malaysia Kadar Kemiskinan 2004 – Sabah mengungguli carta kadar kemiskinan yang tinggi, 23.0 peratus. Malaysia: Kadar Kemiskinan 2004 1. Sabah – 23.0 peratus 2. Terengganu – 15.4 peratus   3. Kelantan – 10.6 peratus   4. Sarawak – 7.5 peratus   5. Kedah – 7.0 peratus   6. Perlis – 6.3 peratus   7. Perak – 4.9 peratus   8. Pahang – 4.0 peratus   9. Johor – 2.0 peratus   10. Melaka – 1.8 peratus   11. WP KL – 1.5 peratus   12. N. Sembilan – 1.4 peratus   13. Selangor – 1.0 peratus   14. P. Pinang – 0.3 peratus  

"Keadilan Baru": Apa yang Zaid Ibrahim perlu lakukan?

Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang keadilannya sehingga Datuk Zaid Ibrahim mahu menubuhkah “Keadilan Baru” - sekiranya dikenakan tindakan pecat oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ya, apakah wajar Datuk Zaid Ibrahim menubuhkan “Keadilan Baru?” Secara teorinya, Datuk Zaid Ibrahim boleh menubuhkan “Keadilan Baru” di dalam PKR tanpa menubuhkannya di luar PKR. “Saya tinggalkan UMNO, saya lepaskan jawatan Menteri Kabinet, saya tinggalkan syarikat guaman yang paling berjaya. Saya sudah korbankan segalanya. "Saya mempunyai visi untuk membetulkan keadaan dan mahu menjadikan sistem politik di negara ini lebih telus. Itulah harapan saya. Malangnya, dalam PKR tidak berlaku perkara begitu. - Datuk Zaid Ibrahim

Apabila ekonomi negara gemilang

Ekonomi negara dijangka gemilang. Dan ia adalah sesuatu yang membanggakan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Bakal pasti umum berpendapat dan berpandangan bahawa ia adalah hasil penat lelah kerajaan yang memerintah membangunkan negara. Bakal pasti pakar-pakar ekonomi yang bertuan dengan kerajaan yang memerintah beragenda; ia adalah hasil kebijaksanaan ekonomi kerajaan yang memerintah. 

Guru: Politik dan berpolitik

Penglibatan guru dalam bidang politik sememangnya bukan perkara asing atau perkara baharu dalam dunia politik. Malah sejarah tanah air sendiri telah merakamkan dengan jelas tentang penglibatan guru-guru sekolah dalam pergerakan politik tanah air. Guru hanyalah kerjaya atau profesion semata. Namun, maksud guru itu sendiri adalah merujuk kepada seseorang yang mengajar, mengasuh, dan mendidik. Seseorang walaupun berkerjaya di dalam bidang perguruan tetapi pada masa yang sama juga berperanan sebagai anggota masyarakat awam/sivil. Oleh yang demikian, seseorang awam/sivil mempunyai hak untuk berpolitik, dan dalam konteks Malaysia guru seharusnya dibenarkan menyertainya.

Sayap Kanan UMNO: Perjuangan jawatan dan kepentingan?

Pengurusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen pernah menyarankan supaya sayap kanan UMNO dibubarkan. Ia merupakan saranan yang bernas, jitu, tuntas, dan kena pada masa, situasi, dan keadaan UMNO yang semakin pudar perjuangannya. Di Perhimpunan Agung UMNO Ke – 61 baru-baru ini, walaupun ketiga-tiga pucuk pimpinan sayap kanan UMNO menunjukkan semangat kental beragenda di samping memasang tekad perjuangan, ia belum cukup mampu untuk membutktikan sayap kanan UMNO itu benar-benar pulih dari “ coma ” lalu. Melainkan “Dr. Zhivago” UMNO telah menemukan vaksin penawar mujarab.  

Belanjawan 2011 dan realiti ekonomi - untung dan rugi

Pembentangan Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, 15 Oktober lalu, disifatkan sebagai realistik selain membawa kemakmuran ke seluruh pelosok negara dengan mengambil kira keperluan segenap lapisan rakyat Malaysia. Ia seterusnya dilihat sebagai cukup penting dalam pembangunan ekonomi negara, di samping menandakan titik peralihan dalam proses mentransformasi ekonomi Malaysia ke arah sebuah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi.

"Rampas" tanah rakyat: Siapa dan bagaimana?

Tanah rakyat sama ada diambil atau "dirampas," atau "diambil-rampas," kesimpulannya adalah rakyat sudah tidak mempunyai tanah lagi. Akan tetapi, benarkah rakyat memiliki tanah dalam erti kata yang sebenar? Apakah rakyat, marhaen terutamanya, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tanah rakyat juga adalah miliknya? Atau "tanah rakyat" hanya sekadar nama di atas kertas urusan rasmi? Urusan rasmi siapa?

N45 GALAS

N45 Galas - dalam pilihan raya umum 2004, calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman menewaskan calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham dengan majoriti 1,729 undi. Dalam pilihan raya umum 2008 pula, calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Populariti politik: Sejauh mana ia...?

Dato' Seri Najib - dari segi kualiti atau keadaan disukai atau dikagumi oleh ramai orang adalah tinggi, 70 peratus. Telah mengalahkan populariti politik Tun Dr. Mahathir. Selama 22 tahun 3 bulan 15 hari, bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, Tun Dr. Mahathir hanya meraih 60 peratus populariti politik - tetapi mengecap era emas kehegomonian politik.

Antara boikot, Zim Lines dan keselamatan negara

Boikot Hapuskan kekejaman Yahudi! Boikot terpilih produk berkepentingan Yahudi! Starbucks Coffee , Colgate , Coca Cola -produk yang mempunyai kepentingan Yahudi dan sekutunya. Membeli produk tersebut sama seperti menyokong kekejaman Yahudi terhadap kemanusiaan dan umat Islam. Lakukan jihad ekonomi sekarang. Suarakan bantahan melalui kuasa pengguna. Boikot!!! Boikot sebagai jihad ekonomi? Ya, demi perjuangan kemanusiaan dan umat Islam. Namun ia telah menjadi sia apabila... Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) Pada 9 Jun lalu Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan. Menteri Pengangkutan mengesahkan bahawa kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa semasa mengulas laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998.

Apabila dua Timbalan Menteri menimbulkan "hype"

Hype - publisiti yang mengelirukan dan diperbesar-besarkan; gembar-gembur . Cuba bayangkan apabila Timbalan Menteri menimbulkan " hype " dengan hal dan perkara dangkal? Apakah sudah menjadi satu tradisi - Timbalan Menteri di negara ini - membuat " hype " dengan perkara dangkal. 1Timbalan Menteri 1" Hype " barangkali.

The dream of workers' heaven in an old labor song

This mill was made of marble The machine was made out of gold, And nobody ever got tired, And nobody ever grew old. This mill was built in a garden- No dust or lint could be found. The air so fresh and so fragrant With flowers and trees all around... When I woke from this dream about heaven I wondered if someday there'd be A mill like that one down below here on earth For workers like you and me.

Kesan pengukuhan ringgit

Pengukuhan ringgit adalah kesan langsung daripada peningkatan ringgit secara sedikit demi sedikit. Ringgit yang ditambat pada RM3.80 sejak 1998, dan selepas tambatan ringgit berbanding Dolar AS dihapuskan pada pertengahan 2005, meningkat kepada RM 3.20 berbanding dengan Dolar AS pada Mac 2010.

Budaya MCA berpuak; Umno juga!

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu budaya berpuak-puak di dalam MCA dihapuskan supaya proses pemulihan parti itu berjalan lancar dan sekali gus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti tersebut. ''Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi sebaliknya kita mesti mara ke hadapan dalam usaha kita menunaikan kewajipan, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh perwakilan MCA. Oleh itu tidak ada lagi kumpulan dalam MCA dan MCA mesti menjadi parti yang satu." - Dato' Seri Najib Razak

"BN tunjuk muka sepanjang masa": Tidak perlu publisiti media

" Ini berbeza dengan pembangkang, yang tidak tahu mentadbir negeri, tidak tahu masalah sebenar rakyat, tidak pernah turun ke bawah, mungkin nak pilihan raya baru nak tunjuk muka. " Kita (BN) tidak tunggu pilihan raya kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan sepanjang masa ." - Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) sememangnya tunjuk muka sepanjang masa walau di mana jua berada - termasuklah di luar negara. Rakyat sudah mengakui itu. Namun ketunjukan muka BN sepanjang masa itu tidak perlu publisiti media. Panca indera rakyat sentiasa tajam dan rakyat sudah semestinya sedia maklum dengan ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu. Melainkan rakyat buta huruf, buta baca atau buta media sehingga tidak tahu BN turun ke bawah tunjuk muka.

Dasar: Kadangkala tidak jelas

"DPMSS melalui Dewan Pemuda dan Wanita serta anggota Gapums mahu mendapatkan penjelasan dan menyampaikan mesej kepada semua pemimpin Melayu tidak kiralah dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik. "Kita mahu tahu sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan apakah yang mereka boleh lakukan dan akan lakukan dalam mempertahankan hak orang Melayu memandangkan beberapa dasar yang dibuat kadangkala tidak jelas.” - Tan Sri Rozali Ismail, Yang Dipertua DPMMS Dari sudut pandang logika dasar yang tidak jelas ialah dasar yang tidak dapat diterjemah dan dicerna secara akal. Walaupun ia dapat diterjemah dan dicerna secara teori atas kertas (oleh kerajaan yang memerintah) tetapi ia tidak akan bersifat hakikat, dan tidak bersifat praktikal. Maka apabila ia bersifat sedemikian; bakal gagal dalam perlaksanaan.