Skip to main content

Belanjawan 2011: Di sebalik kemakmuran, beban hutang


Pembentangan Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 15 Oktober lalu disifatkan sebagai membawa kemakmuran ke seluruh pelosok negara dengan mengambil kira keperluan segenap lapisan rakyat Malaysia – kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan.


Di sebalik kemakmuran Belanjawan 2011 ialah rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, akan berhadapan dengan bebanan hutang “jangka masa panjang.” Bagaimana Belanjawan 2011 boleh dilihat sebagai menjerumus rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, ke dalam bebanan hutang “jangka masa panjang?”

Antara intipati menarik Belanjawan 2011 ialah;

1. Pinjaman 100 peratus tanpa deposit kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan kurang RM 3,000.

2. Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM 20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.

3. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM 450,000.

Manakala bagi membantu golongan pekerja estet untuk memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM 50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dibawah skim ini, kadar pinjaman perumahan maksimum ialah sebanyak RM 60,000bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus.

Bagaimana Belanjawan 2011 yang makmur itu boleh membebankan rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, dengan bebanan hutang? Apa pula kaitannya dengan kadar pendapatan / upah dan kos sara hidup yang semakin meningkat?

Dalam pembentangan Belanjawan 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan sangat memahami keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa, terutamanya bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Sejumlah RM 568 juta disediakan untuk ini.

Jika dilihat pada intipati menarik Belanjawan 2011, terutamanya yang menyentuh perkara berkaitan – rumah untuk rakyat, terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah, kadar pinjaman perumahan telah dinaikkan. Juga dalam pembentangan Belanjawan 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan bahawa golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kenaikan pada kadar pinjaman perumahan menunjukkan adanya pertambahan. Pertambahan kadar kenaikan pinjaman perumahan bukan sahaja membebankan rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, tetapi membebankan rakyat dengan hutang faedah pinjaman perumahan “jangka masa panjang.” Ini kerana, pertambahan kadar kenaikan pinjaman perumahan sudah semestinya memanjangkan lagi “jangka hayat” pembayaran balik pinjaman perumahan dan pembayaran faedah pinjaman perumahan.

Seterusnya, rakyat terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, bukan sahaja dibebani pertambahan bayaran pinjaman perumahan dan “jangka hayat” pembayaran faedah pinjaman perumahan, tetapi juga dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikan kadar pinjaman perumahan, pertambahan “jangka hayat” pembayaran faedah pinjaman perumahan dan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, sekiranya tidak disusuli dengan kenaikan / pertambahan pendapatan / upah bukan sahaja membebankan rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, malah menyusahkan.

Adalah cemerlang, gemilang dan terbilang sekiranya kadar pinjaman perumahan tidak dinaikkan di samping kadar faedah pinjaman perumahan yang minimum bukannya maksimum. Ini bukan sahaja meringankan sedikit beban hutang pinjaman perumahan di bahu rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, tetapi membantu rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kerajaan yang memerintah mempunyai wibawa untuk tidak menaikkan kadar pinjaman perumahan.

Pada kerajaan yang memerintah, juga pada rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, kenaikan kos sara hidup adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia sudah semestinya membebankan. Tetapi bukankah kenaikan kos sara hidup sekarang ini berpunca daripada tindakan kerajaan yang memerintah sendiri yang menaikkan kadar cukai perniagaan dan cukai pendapatan pada kadar yang tinggi?

Charles John Huffam Dickens (1812 – 1870), seorang novelis Inggeris termasyhur, mengungkap “orang yang berkerja untuk membayar hutang hidupnya akan sia-sia.” Membebankan rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan penduduk miskin bandar, dengan bebanan hutang pinjaman perumahan “jangka masa panjang” atas nama kefahaman kerajaan yang memerintah akan keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa tidak bersesuaian dengan “keperibadian” cogan kata 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Apakah dengan “mencipta” hutang, kekayaan bakal “tercipta?”

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.