Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

"BN tunjuk muka sepanjang masa": Tidak perlu publisiti media

" Ini berbeza dengan pembangkang, yang tidak tahu mentadbir negeri, tidak tahu masalah sebenar rakyat, tidak pernah turun ke bawah, mungkin nak pilihan raya baru nak tunjuk muka. " Kita (BN) tidak tunggu pilihan raya kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan sepanjang masa ." - Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) sememangnya tunjuk muka sepanjang masa walau di mana jua berada - termasuklah di luar negara. Rakyat sudah mengakui itu. Namun ketunjukan muka BN sepanjang masa itu tidak perlu publisiti media. Panca indera rakyat sentiasa tajam dan rakyat sudah semestinya sedia maklum dengan ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu. Melainkan rakyat buta huruf, buta baca atau buta media sehingga tidak tahu BN turun ke bawah tunjuk muka.

Dasar: Kadangkala tidak jelas

"DPMSS melalui Dewan Pemuda dan Wanita serta anggota Gapums mahu mendapatkan penjelasan dan menyampaikan mesej kepada semua pemimpin Melayu tidak kiralah dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik. "Kita mahu tahu sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan apakah yang mereka boleh lakukan dan akan lakukan dalam mempertahankan hak orang Melayu memandangkan beberapa dasar yang dibuat kadangkala tidak jelas.” - Tan Sri Rozali Ismail, Yang Dipertua DPMMS Dari sudut pandang logika dasar yang tidak jelas ialah dasar yang tidak dapat diterjemah dan dicerna secara akal. Walaupun ia dapat diterjemah dan dicerna secara teori atas kertas (oleh kerajaan yang memerintah) tetapi ia tidak akan bersifat hakikat, dan tidak bersifat praktikal. Maka apabila ia bersifat sedemikian; bakal gagal dalam perlaksanaan.