Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Belanjawan 2012: Mampu tingkatkan pertumbuhan ekonomi negara?

Pertumbuhan ekonomi sama ada secara domestik, antarabangsa dan global, perdagangan luar, tekanan inflasi dan suasana keadaan geopolitik semasa antarabangsa dan global: lazimnya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. "Apabila bercakap tentang Keluaran Dalam Negara (GDP), ia bergantung kepada pelaburan, perbelanjaan kerajaan, tahap kepenggunaan rakyat serta nilai eksport negara." - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

BERSIH perlu neutral

Walaupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 berjaya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, Sabtu lalu ia tetap gagal mencapai matlamat utamanya - Menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula beberapa perkara dalam melaksanakan proses pilihan raya di negara ini. Secara kebarangkalian kegagalan Bersih 2.0 mencapai matlamatnya kerana (1) diperkuda oleh Reformasi dan (2) tidak bersifat neutral.

Anti-rasuah hingga mati

NEW DELHI 4 Jun - Guru yoga paling terkenal di India melancarkan mogok lapar besar-besaran hingga mati, bagi mendesak Perdana Menteri, Manmohan Singh melaksanakan hukuman mati ke atas pegawai kerajaan yang rasuah. Dengan berjambang dan memakai jubah, Swami Ramdev yang dibesarkan di dalam keluarga yang buta huruf kini menjadi pengacara bagi program televisyen yang ditonton oleh 30 juta orang dan mempunyai sebuah pulau peribadi yang diberi nama pulau keamanan di Scotland, duduk bersama ribuan pengikut di bawah khemah yang sebesar empat buah padang bola Delhi. - Reuters Bagaimana pula dengan kita di Malaysia?

Projek Lynas Corporation, Ltd penting untuk Malaysia

Di sekolah rendah, anak-anak murid baharu diajar dan dididik tentang: Apa itu alam sekitar? Di sekolah menengah, pelajar-pelajar ditahufahamkan akan kepentingan alam sekitar terhadap kelansungan hidup manusia di atas muka bumi. Di institusi pengajian tinggi, para siswa dan siswi diteori-empirikalkan dengan segala ilmu pengetahuan tentang alam sekitar untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Di pentas khalayak, masyarakat dilaungdengungkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.

Malaysia perlu adil kepada Anwar

1 Malaysia sememangnya tahu dan kenal siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri era kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang dipecat kemudiannya diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi empuk kuasa nombor 1 negara sememangnya bakal berkubur dan telah menunjukkan beginning of the end .

Kerajaan yang memerintah: 0.20 sen

Kerajaan yang memerintah - kebijaksanaannya tiada tandingan. Mencipta keuntungan seminimum mungkin melalui setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna - pada kebarangkalian produk pengguna terpilih. Setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna secara teorinya ia berupaya memaksimumkan keuntungan "urusan niaga" kerajaan yang memerintah.

Dunia aman, selamat dan lebih adil tanpa Osama?

" Saya berharap dengan ketiadaan Osama, dunia akan bertambah aman, selamat dan lebih adil. Kita sedia maklum kerajaan mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem selaras dengan prinsip Islam apabila perbuatan membunuh orang awam dilarang dan ditegah dengan jelas ." Datuk Seri Najib Razak - Perdana Menteri Malaysia " Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang juga tanggungjawab bersama ." Datuk Seri Hishammuddin Hussien - Menteri Dalam Negeri Kematian Osama bin Laden satu kehilangan besar bukan sahaja kepada al-Qaeda tetapi juga kepada dunia. Dunia telah kehilangan pengganas yang tiada tandingan dalam menentang hegomoni imperialisme Amerika Syarikat (AS) dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya. Osama dan al-Qaeda, juga Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya pada zahirnya sama - pengganas. Cuma kepengganasan Amerika dan Israel serta appa

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

The dream of workers' heaven in an old labor song

This mill was made of marble The machine was made out of gold, And nobody ever got tired, And nobody ever grew old. This mill was built in a garden- No dust or lint could be found. The air so fresh and so fragrant With flowers and trees all around... When I woke from this dream about heaven I wondered if someday there'd be A mill like that one down below here on earth For workers like you and me. - Anonymous

Pengangguran dapat diatasi dengan: Kerja, kerja, kerja!

Peratus pengangguran di negara kita - 3.4 peratus - telah mengatasi peratus ideal pengangguran (peratus ideal pengangguran ialah 2.0 - 2.5 peratus). Secara ekonomi, dari perspektif Hukum Okun, setiap kenaikan 1.0 peratus pada kadar pengangguran bermakna potensi pertumbuhan keluaran domestik (GDP) negara secara kasarnya susut sebanyak 2.0 peratus. Penyumbang utama kadar pengangguran tentunya "produk" keluaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Tenaga nuklear - Keperluan siapa sebenarnya?

Tenaga nuklear - keperluan siapa sebenarnya? Negara? Kerajaan yang memerintah? Industri? Isi rumah/rakyat? Atau kesemuanya? Jika kesemuanya - yakni negara, kerajaan yang memerintah, industri, isi rumah/rakyat - memerlukan tenaga nuklear, bermakna Malaysia bakal sama rata sama rasa dengan UK, Russia, AS, Ukraine dan Jepun. Bukan hanya setakat itu sahaja, juga pada kebarangkalian sama rata sama rasa dengan lima negara kuasa veto - AS, Russia, China, UK, Perancis.

Kenaikan harga: Kerana faktor yang boleh dikawal?

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah melebarkan lagi sayap "ketanpa-sempadanan" ketamakan para pemodal, pemodal antarabangsa terutamanya. Adanya berkat bantuan dan pertolongan institusi-institusi awam dunia - IMF, WTO, Bank Dunia - seterusnya membolehkan para pemodal - domestik dan antarabangsa - meng"kreativiti-inovasi"kan keuntungan niaga dan dagang seinfiniti mungkin.

Antara kenaikan harga dan "kerisauan" pemodal dan kerajaan yang memerintah

Secara keadatannya kenaikan harga - harga jualan, harga belian, harga pasaran, dan sebagainya - dipengaruhi oleh keterhadan bahan dan sumber kesan faktor yang tidak boleh dikawal seperti bencana alam. Keterhadan bahan dan sumber menyebabkan pasaran panik untuk seketika dalam menampung kehendak permintaan dan penawaran. Sekiranya kehendak permintaan dan penawaran tinggi meroket, diikuti dengan keterhadan bahan dan sumber, maka sudah tentu kenaikan harga tidak dapat dielakkan.

Berhaluan kiri atau berhaluan minoriti?

" Penuntut Malaysia di Asia Barat sering dilabel sebagai berhaluan kiri dan suka menentang dasar-dasar kerajaan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru-baru ini turun padang untuk mendengar 'luahan' hati mereka ." - Mega , Utusan Malaysia, Rabu 12 Januari 2011 " Pendapat umum perlu dan harus diindah, dihormati, kalau benar. Kalau salah, mengapa dihormati dan diindahkan? Kau terpelajar, Minke. Seorang terpelajar harus juga belajar berlaku adil sudah sejak dalam pikiran, apa lagi dalam perbuatan. Itulah memang arti terpelajar itu ." - Pramoedya Ananta Toer, Bumi Manusia , 77 Aksara nama Pak Sako (Ishak Haji Muhammad), Ahmad Boestamam (Abdullah Sani Raja Kechil) dan Ibrahim Yaakob adalah antara nama yang cukup segar dalam sejarah negara. Apa tidaknya, nasionalis ini sering dikaitkan dengan behaluan kiri. Pelajar dan guru, penuntut dan pensyarah, bahkan birokrat sekalipun tentunya tahu bahawa berhaluan kiri adalah faham dan pemikiran yang tidak s

Interlok, Tolong Ingatkan Aku

Interlok , karya sastera Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dan Tolong Ingatkan Aku, karya seni Ana Raffali, telah mencetuskan kontroversi di luar duga. Ia kerana gara-gara mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, dalam menilai karya sastera dan karya seni. Sastera dan seni tidaklah berdarjat seperti Antara Dua Darjat , tetapi adakalanya dalam menilainya barangkali berdarjat seperti Antara Dua Darjat .

Novel Interlok menyinggung?

Vox veritatis non tacet - kebenaran tidak akan berdiam diri. Novel Interlok bukanlah buku sejarah yang menceritakan unsur-unsur negatif dan sensitif yang boleh menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini. Novel Interlok ialah penulisan kreatif yang ditulis berasaskan fakta sejarah yang telah dikaji dan diteliti oleh penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Seandainya novel Interlok menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini sehingga boleh mengancam keharmonian kaum di negara ini, maka; " Hanya dua pilihan yang akan ditentukan sama ada tarik balik buku tersebut atau gugur perkataan yang dikatakan menyinggung perasaan itu ." - Dr. Mohd. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran