Skip to main content

Malaysia perlu adil kepada Anwar

1 Malaysia sememangnya tahu dan kenal siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri era kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang dipecat kemudiannya diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi empuk kuasa nombor 1 negara sememangnya bakal berkubur dan telah menunjukkan beginning of the end.


Bakal keberkuburan itu bukan sahaja disebabkan oleh gelagat dan tingkah lakunya, sama ada tingkah laku politik atau sebaliknya, tetapi juga disebabkan oleh gelagat dan tingkah laku juak-juak opportunist yang menentangnya sejak sekian lama.

Dalam konteks politik negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan: Jatuhnya Seorang Pemimpin. Ia sebagaimana kejatuhan Presiden Republik Indonesia pertama, Soekarno (1901 - 1970). Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang animal politics yang cukup berpengalaman, berkarismatik dan tentunya disegani kawan dan lawan politiknya. Pun begitu, Presiden Soekarno mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-duanya adalah hamba Allah S.W.T yang maha kerdil dan sudah semestinya tidak bersifat suci dari dosa dan noda atau "maksumist."

"Sesungguhnya sebagai hamba Allah yang dijadikan daripada setitis air mani dan segumpal darah kemudiannya ditiupkan roh ke dalamnya sudah pasti kita (manusia) mempunyai seribu kelemahan dan kekhilafan."

Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah dan apparatus dan apparatchiknya perlu berpandangan secara lateral - itupun jika terdapat bukti yang mengesahkan kesahihan skandal 18 SX-nya itu -: adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan skandal 18 SX itu untuk (1) dirinya atau kerana (2) agamanya. Atau juga barangkali untuk (3) politiknya dan negara?

Jika wujud atau terdapat bukti yang mengesahkan kesahihan pengamalan skandal 18 SX itu, dan ia diamalkan atas kapasiti pribadi atau untuk dirinya sendiri yakni bukan kerana agama, bukan untuk politiknya dan negara, pun Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah dan apparatus dan apparatchiknya, perlu berlaku adil kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi kepolitikan atau perkara-perkara yang serba politikal, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai animal politics yang cukup berpengalaman, sememangnya telah menyimpang jauh dari tata susila dan etika politik tulen. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menterjemah dan memperaga kemenyimpangan tata susila dan etika politiknya melalui tingkah laku dan gelagat politikalnya yang serba serbi. Pun begitu, Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah dan apparatus dan apparatchiknya perlu berlaku adil kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa dan mengapa Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah dan apparatus dan apparatchiknya perlu berlaku adil kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pula sebaliknya?

Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun hanya menyumbang 10 peratus jasa kepada negara, kerajaan yang memerintah dan apparatus dan apparatchiknya dan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap berjasa kepada Malaysia secara amnya. Tentunya, semasa era ketimbalan-perdana-menteriannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak menyumbangkan jasa kepada pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi dan sosio-politik negara, domestik dan antarabangsa.

Juga tentunya, semasa era kemuncak politiknya di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu, walaupun tidak berjasa sepenuhnya kepada parti, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak berjasa di kalangan ahli dan pemimpin UMNO dan BN termasuklah juak-juak opportunist yang memusuhi dan menentangnya sejak sekian lama. Tidak dinafikan bahawa, terdapat kalangan ahli dan pemimpin UMNO dan BN, dimana kalangan ahli dan pemimpin UMNO dan BN yang dahulunya tidak berjawatan telah memiliki jawatan selepas "campur tangan" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.