Skip to main content

Projek Lynas Corporation, Ltd penting untuk Malaysia

Di sekolah rendah, anak-anak murid baharu diajar dan dididik tentang: Apa itu alam sekitar? Di sekolah menengah, pelajar-pelajar ditahufahamkan akan kepentingan alam sekitar terhadap kelansungan hidup manusia di atas muka bumi. Di institusi pengajian tinggi, para siswa dan siswi diteori-empirikalkan dengan segala ilmu pengetahuan tentang alam sekitar untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Di pentas khalayak, masyarakat dilaungdengungkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.


Di Putrajaya sana pula bagaimana? Tuan-tuan terhormat Putrajaya tentunya tidak perlu ditegur ajar tentang makro dan mikro yang berkaitan dengan alam sekitar. Lagipun tuan-tuan terhormat Putrajaya adalah anak didik ilmuan-ilmuan Oxford, Havard, Cambridge, dan sebagainya. Selain itu tuan-tuan terhormat Putrajaya juga tahu apa yang perlu dilakukan terhadap alam sekitar, sama ada secara makro atau mikro, jika ekonomi negara mendesak. Tentunya - alam sekitar Malaysia untuk digadaijualkan. Apapun, projek Lynas Corporation, Ltd sememangnya penting untuk Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah.

Lynas Corporation, Ltd adalah merupakan sebuah firma yang menjalankan kegiatan perlombongan Australia. Disegani dalam sektor eksploitasi unsur-unsur nadir bumi. Beroperasi di Mount Weld, Australia Barat yang mana berkegiatankan kilang perlombongan dan konsentrasi. Sebagaimana yang diketahui, Lynas Corporation, Ltd juga bakal beroperasi sepenuhnya di Kuantan, Pahang, Malaysia - penapisan/pemurnian unsur-unsur nadir bumi - yang ketika ini sedang dalam pembinaan.

Dengan keluasan subsidi dari kerajaan Malaysia, yakni kerajaan yang memerintah, tentunya Lynas Corporation, Ltd berupaya meningkatkan skala produktivitinya yang juga mana memberi keuntungan kepada Malaysia secara lansung, terutamanya kerajaan yang memerintah.

Menurut Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC), rare-earth atau "tanah-jarang," diklasifikasikan sebagai unsur-unsur nadir yang terkandung di dalam lapisan kerak bumi. Antara enam jenis unsur-unsur nadir ialah: (1) RE - Unsur Nadir Bumi (Rare-Earth), (2) REM - Unsur Nadir Logam (Rare-Earth-Metal), (3) REE - Elemen Unsur Nadir (Rare-Earth-Elements), REO - Unsur Nadir Oksida (Rare-Earth-Oxides), LREE - Elemen Unsur Nadir Ringan (Light-Rare-Earth-Elements: La-Gd, Sc and Y), dan HLREE - Elemen Unsur Nadir Berat (Heavy-Rare-Earth-Elements: Tb-Lu).

Sebagai penama "Bumi Emas," Malaysia tentunya kaya dengan kepelbagaian unsur nadir seperti yang disebutkan di atas. Tidak mustahil unsur-unsur nadir tersebut terdeposit beku di dalam lapisan kerak buminya. Sekiranya unsur-unsur nadir tersebut dieksploitasi untuk tujuan olahan secara lampau tentunya mendatangkan keuntungan yang berlipatganda kepada Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah.

Antara keuntungan yang bakal datang bergolek atau diraih oleh Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah, sekiranya unsur-unsur nadir ini dieksploitasi untuk tujuan olahan secara lampau sehingga ia zero-to-blank ialah: (1) jumlah nilai pelaburan yang dilaburkan oleh Lynas Corporation, Ltd., (2) pemindahan teknologi eksploitasi unsur-unsur nadir, penyediaan peluang pekerjaan kepada isi rumah Malaysia, dan (4) laluan kajian patologi (yang berteraskan penyakit dan kecacatan manusia yang disebabkan oleh unsur-unsur uranium dan thorium yang terkandung di dalam unsur-unsur nadir ini).

Jumlah nilai pelaburan yang dilaburkan oleh Lynas Corporation, Ltd di Kuantan, Pahang, ialah RM700 juta hingga RM1.3 bilion. Ini tentunya mendatangkan token kepada Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah - cukai. Lynas Corporation, Ltd tentunya akan meningkatkan lagi jumlah nilai pelaburannya di Kuantan, Pahang, sekiranya memperoleh tambahan keluasan subsidi dari kerajaan Malaysia. Jika demikian ini tentunya mempengaruhi pola perolehan cukai kerajaan yang memerintah secara drastik.

Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh Malaysia untuk menjadi negara maju pada dan selepas tahun 2020 ialah Malaysia HARUS dan MESTI memiliki kepelbagaian teknologi. Tanpa pemilikan teknologi yang pelbagai, Malaysia tentunya tidak dapat mematuhi syarat untuk menjadi negara maju. Jikapun menjadi negara maju pada dan selepas tahun 2020, Malaysia tentunya hanya maju dari segi pemilikan dan penggunaan teknologi dan bukannya dari segi penghasilan dan pembangunan teknologi.

Sekiranya syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation, Ltd membantu Malaysia membangunkan teknologi ekploitasi unsur-unsur nadir, termasuklah segala apa yang ada di dalam dan di atas permukaan bumi sehingga zero-to-blank, tentunya Malaysia bakal sama rata sama rasa negara-negara maju dari segi penghasilan dan pemilikan teknologi berkapasiti tinggi melalui penyelidikan dan pembangunan.

Kadar pengangguran di Malaysia walaupun peratusannya rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain, tetapi peratusan kadar penganggurannya telah melebihi kadar peratus pengangguran ideal. Dengan adanya pelaburan Lynas Corporation, Ltd ia berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada isi rumah Malaysia. Nilai pelaburan Lynas Corporation, Ltd yang bernilai RM700 juta hingga RM3 bilion itu tentunya menyediakan peluang pekerjaan kepada isi rumah Malaysia secara menyeluruh dalam skala besar.

Penyelidikan dan pembangunan perubatan juga merupakan antara bidang terpenting yang perlu dipelopori oleh Malaysia sekiranya ingin mencapai status negara maju pada dan selepas tahun 2020. Pelabuaran Lynas Corporation, Ltd di Kuantan, Pahang adalah berteraskan industri sektor ekploitasi unsur-unsur nadir. Sebagaimana yang diketahui secara kimiawi unsur-unsur nadir sama ada unsur nadir bumi, unsur nadir logam, dan sebagainya juga mengandungi kandungan bahan radioaktif - uranium dan thorium..

Tenaga kerja Malaysia yang bekerja dengan Lynas Corporation, Ltd, terutamanya tenaga-tenaga kerja kilang penapisan/pemurnian unsur-unsur nadir tidak mustahil terdedah dengan kandungan bahan radioaktif unsur-unsur nadir. Secara kimiawi, bahan-bahan radioaktif seperti uranium dan thorium berupaya mendatangkan kecacatan mahupun penyakit sekiranya terdedah secara berterusan. Tentunya Lynas Corporation, Ltd tidak akan menggunakan lagi tenaga-tenaga kerja yang mengalami kecacatan atau penyakit yang disebabkan oleh bahan radioaktif uranium dan thorium.

Jika demikian, tentunya bekas tenaga-tenaga kerja Lynas Corporation, Ltd ini boleh dijadikan "tikus makmal" kajian patologi oleh institusi-institusi penyelidikan dan pembangunan perubatan negara. Kejayaan menemukan vaksin penawar untuk kecacatan atau penyakit yang disebabkan oleh bahan radioaktif uranium dan thorium tentunya akan melonjakkan lagi nama institusi-institusi penyelidikan dan pembangunan perubatan negara.

Projek Lynas Coporation, Ltd yang bakal beroperasi sepenuhnya di Kuantan Pahang sememangnnya mendatangkan manfaat yang berguna kepada Malaysia, terutamanya kerajaan yang memerintah. Walaupun mendatangkan malapetaka dan bencana ke atas alam sekitar dan kehidupan manusia, tetapi ia penting untuk pembangunan produktiviti negara. Lagipun kehidupan manusia di planet ini hanya untuk sementara. Setiap malapetaka dan bencana yang menimpa adalah takdir yang sememangnya telah ditentukan.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.