Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Berhaluan kiri atau berhaluan minoriti?

" Penuntut Malaysia di Asia Barat sering dilabel sebagai berhaluan kiri dan suka menentang dasar-dasar kerajaan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru-baru ini turun padang untuk mendengar 'luahan' hati mereka ." - Mega , Utusan Malaysia, Rabu 12 Januari 2011 " Pendapat umum perlu dan harus diindah, dihormati, kalau benar. Kalau salah, mengapa dihormati dan diindahkan? Kau terpelajar, Minke. Seorang terpelajar harus juga belajar berlaku adil sudah sejak dalam pikiran, apa lagi dalam perbuatan. Itulah memang arti terpelajar itu ." - Pramoedya Ananta Toer, Bumi Manusia , 77 Aksara nama Pak Sako (Ishak Haji Muhammad), Ahmad Boestamam (Abdullah Sani Raja Kechil) dan Ibrahim Yaakob adalah antara nama yang cukup segar dalam sejarah negara. Apa tidaknya, nasionalis ini sering dikaitkan dengan behaluan kiri. Pelajar dan guru, penuntut dan pensyarah, bahkan birokrat sekalipun tentunya tahu bahawa berhaluan kiri adalah faham dan pemikiran yang tidak s

Interlok, Tolong Ingatkan Aku

Interlok , karya sastera Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dan Tolong Ingatkan Aku, karya seni Ana Raffali, telah mencetuskan kontroversi di luar duga. Ia kerana gara-gara mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, dalam menilai karya sastera dan karya seni. Sastera dan seni tidaklah berdarjat seperti Antara Dua Darjat , tetapi adakalanya dalam menilainya barangkali berdarjat seperti Antara Dua Darjat .

Novel Interlok menyinggung?

Vox veritatis non tacet - kebenaran tidak akan berdiam diri. Novel Interlok bukanlah buku sejarah yang menceritakan unsur-unsur negatif dan sensitif yang boleh menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini. Novel Interlok ialah penulisan kreatif yang ditulis berasaskan fakta sejarah yang telah dikaji dan diteliti oleh penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Seandainya novel Interlok menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini sehingga boleh mengancam keharmonian kaum di negara ini, maka; " Hanya dua pilihan yang akan ditentukan sama ada tarik balik buku tersebut atau gugur perkataan yang dikatakan menyinggung perasaan itu ." - Dr. Mohd. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran