Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Kenaikan harga: Kerana faktor yang boleh dikawal?

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah melebarkan lagi sayap "ketanpa-sempadanan" ketamakan para pemodal, pemodal antarabangsa terutamanya. Adanya berkat bantuan dan pertolongan institusi-institusi awam dunia - IMF, WTO, Bank Dunia - seterusnya membolehkan para pemodal - domestik dan antarabangsa - meng"kreativiti-inovasi"kan keuntungan niaga dan dagang seinfiniti mungkin.

Antara kenaikan harga dan "kerisauan" pemodal dan kerajaan yang memerintah

Secara keadatannya kenaikan harga - harga jualan, harga belian, harga pasaran, dan sebagainya - dipengaruhi oleh keterhadan bahan dan sumber kesan faktor yang tidak boleh dikawal seperti bencana alam. Keterhadan bahan dan sumber menyebabkan pasaran panik untuk seketika dalam menampung kehendak permintaan dan penawaran. Sekiranya kehendak permintaan dan penawaran tinggi meroket, diikuti dengan keterhadan bahan dan sumber, maka sudah tentu kenaikan harga tidak dapat dielakkan.