Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

AUKU: Bukan soal relevan atau tidak

Sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti - AUKU 1974, AUKU 1975 dan AUKU (Pindaan) 1995 - telah atau dibuat pindaan ia tetap kekal tidak berubah dari segi matlamat utamanya iaitu (1) menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan (2) menghalang penggabungan di antara badan-badan pelajar.  

Kenapa Bersih pro Pakatan

Bersih dan Pakatan, kedua-duanya inginkan pilihanraya bersih dan adil di negara ini. Bagi Bersih (1) bersihkan senarai undi, (2) reformasikan undi pos, (3) gunakan dakwat kekal, (4) akses media bebas dan adil, (5) hentikan rasuah (6) politik kotor membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana.

Banteras judi seluruhnya adalah lebih baik

Dari sudut pandang sekular terdapat dua jenis perjudian. Bukan perjudian haram dan perjudian haram. Bukan perjudian haram ialah perjudian yang bersifat sah. Kesahannya "di- prima facie -kan" oleh Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pemberian lesen perjudian. Manakala perjudian haram pula adalah sebaliknya.