Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Tun Dr. Mahathir telah menghina Bugis!

Semasa berucap di ‘Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya telah mengatakan; “ Mungkin kerana dia (Dato’ Seri Najib) berasal daripada lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis ”. Apabila Tun Dr. Mahathir telah mengatakan bahawa Dato’ Seri Najib berasal dari pada lanun Bugis, maka sama ada secara tersurat atau tersirat Tun Dr. Mahathir telah menghinakan Bugis sebagai lanun.