Skip to main content

Posts

Golongan intelektual di Malaysia

Golongan intelektual di Malaysia boleh diibaratkan sebagai "hidup segan mati tak mahu". Kebanyakan golongan intelektual ini seiring dan senada, dan seia dengan apa yang dilaungdengungkan oleh badut-badut kuasa pemerintahan dan sang penguasa. Amat jarang golongan intelektual ini lantang bersuara dan membangkang, dan mengkritik setiap apa yang dilaung dengungkan oleh pemerintah, yang jelas dan terang ialah golongan intelektual ini hanya "mengangguk tanda setuju". Jika dibuat perbandingan secara rawak mahupun terperinci diantara golongan intelektual di Malaysia dengan golongan intelektual di negara-negara yang mengamalkan sistem semi-demokrasi, jurang perbezaannya amat dalam bak jurang laut Mariana.

Blogger

Bicarawara di radio 24 pada 24.03.2008, 8.00 malam hangat memperbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penulisan laman maya yang lebih popular dengan "blogger."Encik Juru Canang Radio 24 ( Dr Love ) juga tidak ketinggalan memanggil orang-perseorangan untuk membahas isu penulisan blog. Daripada bicarawara tersebut, wujud semacam sinis dan senda kepada penulis-penulis blog terutamanya penulis blog politik.

Juak-juak oportunis

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-12 telah mengejutkan pelbagai pihak terutamanya pihak-pihak yang begitu yakin dan percaya bahawa BN boleh dan dapat mengulangi kejayaan gemilang, cemerlang, dan terbilang sebagaimana yang dicapai pada PRU yang ke-11. Adalah tidak masuk akal BN boleh tewas kepda Barisan Alternatif (BA), sedangkan BN memiliki banyak " vantage point " jika dibandingkan dengan BA. Nampaknya dalam dunia politik yang sebenar vantage point sudah tidak boleh dijadikan senjata utama dalam percaturan politik.

4 tahun penuh kejayaan?

PM Abdullah sudah pun mentadbir negara selama sepenggal. Dalam penggal pentadbirannya sudah tentu kejayaannya dicanang dengan sebegitu rapi ke setiap ceruk pelusuk tanah air. Kejayaannya sebagai Perdana Menteri ke-5 sudah pasti menjadi mainan dibibir setiap rakyat marhaen dan kaum kerabat terdekat, kroni, proksi dan pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan makro dan mikro.

Siapa rawat siapa?

Siapa rawat siapa merupakan satu persoalan yang akan sentiasa bermain dibibir rakyat. Adakah yang hendak dirawat itu memerlukan rawatan? Atau ia memang memerlukan rawatan? Pilihan Raya Umum yang ke-12 ini telah menjadi platform kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengganyang kubu kuat PAS di Kelantan dengan manifesto "Tahun Merawat Kelantan." Jadi persoalan "siapa rawat siapa" boleh diandaikan.

Indoktrinasi minda

Indoktrinasi minda ialah perlakuan memahamkan sesuatu aliran fahaman kedalam minda seseorang sama ada dalam bentuk formal mahupun bukan formal. Namun demikian secara keseluruhannya, indoktrinasi minda dilakukan dan dilaksanakan secara formal dan ia biasanya dilaksanakan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan yang memerintah.

Sastera itu berat?

Halatuju sastera di Malaysia semakin meruncing, boleh juga disamakan seperti telur dihujung tanduk dan diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu. Sastera sememangnya penting dalam menjana pengayaan dan pengukuhan kepenggunaan bahasa Melayu. Tanpa sastera sudah tentu bahasa Melayu tidak dapat berdiri dengan sebegitu teguh dan kukuh. Sastera telah membuktikan ia mengangkat dan memartabat bahasa Melayu di alam Nusantara yakni alam dan dunia Melayu sejak dari zaman silam lagi hinggalah sekarang. Apakah keruncingan halatuju sastera di Malaysia ada kaitanya dengan "beratnya berfikir?"