Skip to main content

Posts

RM 1 juta insentif Olimpik

KUALA LUMPUR 24 Jun-Atlet negara yang memenangi pingat emas pada sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM 1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini." -Utusan Malaysia. "...negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$ 1 juta untuk atlet mereka yang yang meraih emas Olimpik...,"...ganjaran RM 1 juta adalah "wajar dan berpatutan" memandangkan temasya sukan Olimpik itu 'begitu gah'dan diadakan empat tahun sekali." -Dato' Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Baru-baru ini kerajaan berhasrat untuk menaikkan kadar insentif atlet yang menang emas Olimpik dari RM160,000 kepada RM 1 juta. Ini bermakna kerajaan PM Abdullah masih mempunyai sokongan kewangan yang kukuh dan kerajaan PM Abdullah belum lagi "muflis." Ini juga sekaligus membuktikan kenyataan Tun Dr. Mahathir terhadap latar belakang kewangan kerajaan "kerajaan banyak duit." Tin...

Kerajaan PM Abdullah dangkal

Kerajaan PM Abdullah Ahmad Badawi boleh disifatkan sebagai kerajaan yang "dangkal" didalam membuat penyelesaian masalah rakyat, kerana membuat penyelesaian yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat. Pada masa yang sama, kalangan wazir-wazirnya turut seia dan sekata dengan apa yang diputuskan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan yang tepat

Tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno merupakan satu tindakan yang tepat, padat, dan bermaruah. Seandainya pemimpin-pemimpin yang ada di dalam Umno mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir ini, sudah tentu Umno dapat diselamatkan dan mengecap kembali zaman keemasannya. Namun untuk meramal samada pemimpin-pemimpin Umno keluar daripada Umno sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah terlalu sukar diramal dan kemungkinan "tindakan keluar" tidak akan berlaku.

Urusan politik hak eksklusif orang politik?

Urusan politik walaupun mempunyai ciri ekslusif, tetapi dari segi "urusan", sesiapa sahaja boleh mencampurinya. Maka ketegesan PM Abdullah terhadap pegawai dan kakitangan awam atau penjawat awam supaya tidak mencampuri urusan politik merupakan penegasan yang kurang bijak dan tidak menunjukkan sikap berfikiran terbuka. Sebagai seorang Perdana Menteri merangkap pencetus Hadhari, PM Abdullah harus dan perlu berfikiran terbuka, dan menerima setiap pandangan, dan kritikan yang dilontarkan oleh sesiapa sahaja samada mereka itu penjawat awam atau sebaliknya, kerana "mereka" itu sebenarnya ialah dan adalah "rakyat" di negara ini.

BN disabotaj?

Sewaktu Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno pada 6 April 2008 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, PM Abdullah yang juga selaku Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional (BN), menyifatkan kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-12, adalah disebabkan faktor sabotaj parti yang dilakukan oleh ahli-ahli parti Umno/BN sendiri. Kenyataan Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional ini boleh dikukuhkan dengan fakta yang bersumberkan akhbar Utusan Malaysia; " kalau tidak kerana faktor itu (sabotaj), kita tidak hilang kedudukan (majoriti) dua pertiga dan dua buah negeri iaitu Perak dan Kedah."

Khir turns to blogging

" Khir turns to blogging ," merupakan satu perkara yang diluar jangkaan dan andaian. Dari jawatan Menteri Besar Selangor (MB) beralih menjadi sang "blogger." Namun itu tidaklah menghairankan dizaman yang serba "hujung jari" ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan PM Abdullah pun mungkin akan mengikut jejak langkah bekas MB selangor ini seandainya PM Abdullah merangkap pencetus Hadhari tewas di atas papan catur politik Malaysia.

Golongan intelektual di Malaysia

Golongan intelektual di Malaysia boleh diibaratkan sebagai "hidup segan mati tak mahu". Kebanyakan golongan intelektual ini seiring dan senada, dan seia dengan apa yang dilaungdengungkan oleh badut-badut kuasa pemerintahan dan sang penguasa. Amat jarang golongan intelektual ini lantang bersuara dan membangkang, dan mengkritik setiap apa yang dilaung dengungkan oleh pemerintah, yang jelas dan terang ialah golongan intelektual ini hanya "mengangguk tanda setuju". Jika dibuat perbandingan secara rawak mahupun terperinci diantara golongan intelektual di Malaysia dengan golongan intelektual di negara-negara yang mengamalkan sistem semi-demokrasi, jurang perbezaannya amat dalam bak jurang laut Mariana.