Skip to main content

Posts

UMNO Taubat?

Ketika merasmikan perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyatakan parti yang diterajuinya sejak April, telah sedar dan insaf di hadapan 2,589 orang perwakilan. Apa yang diluahkan Datuk Seri Najib ini barangkali sebagai petanda bahawa UMNO akan berubah. Moga ia tidak terus kekal sebagai petanda. “ Rakyat masih sayangkan UMNO dan mereka cuma mahu parti ini berubah.” “Kita sedar, kita insaf, kita dengar…kita akan berubah .” - Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno

Rakyat sememangnya mengundi BN!

Rakyat sememangnya mengundi BN! Tetapi rakyat yang bagaimana? Kelas marhaen? Atau rakyat kelas elitis? Dari segi makna rakyat adalah merujuk kepada (1) seluruh penduduk sesebuah negara, (2) anak buah, orang-orang sebawahan, dan (3) orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa (Kamus Dewan, 1993).

"Merakyatkan UMNO"

Langkah pembaharuan yang diambil UMNO menerusi pindaan perlembagaan dan penghapusan sistem kuota merupakan langkah paling drastik dan berani dalam usaha merakyatkan UMNO. “Merakyatkan UMNO” tidak wajar diperkatakan. Ini kerana UMNO sememangnya lahir dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat, bukannya lahir secara ajaib dari Bukit Siguntang atau lahir dari muntah jin.

Kenaikan harga rokok

Kenaikan harga rokok mungkin sesuatu yang di luar jangkaan kerana kenaikan harga rokok telah dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun. Abdullah Ahmad Badawi. Pada sesi pembentangan Belanjawan 2009, duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak RM 0.03 sen dan harga baru sebatang rokok selepas kenaikan ialah RM 0.18 sen. Manakala cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang memerintah terhadap 20 batang rokok ialah RM 0.60 sen. Kenaikan harga rokok pada paras tertinggi belum tentu menggerunkan penghisap rokok tegar di samping mengurang dan membuang tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

Ada apa pada nama?

Manifesto Perdana Menteri Najib ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Adalah diyakini bahawa gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Dato’ Seri Najib bukanlah gagasan yang diilham daripada gagasan Malaysia Malaysian. Jauh sekali daripada gagasan yang dibawa oleh Ehud Barak, ישראל אחת‎ (Yisrael Ahat). Ia hanya cuma menyerupai “ One Israel .”

Tun Dr. Mahathir menjatuhkan Presiden MIC?

Minggu lalu, Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Makkal Osai bahawa Samy Vellu tidak pernah membuat apa-apa untuk kesejahteraan kaum India di negara ini. Kenyataan Tun Dr. Mahathir ini dikecam hebat oleh perwakilan di Perhimpunan Agung MIC. Seorang perwakilan dari Ampang, M. Muniandi, menyifatkan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mendakwa Presiden MIC tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India di negara ini adalah tidak berasas sama sekali.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.