Skip to main content

Posts

Budaya MCA berpuak; Umno juga!

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu budaya berpuak-puak di dalam MCA dihapuskan supaya proses pemulihan parti itu berjalan lancar dan sekali gus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti tersebut. ''Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi sebaliknya kita mesti mara ke hadapan dalam usaha kita menunaikan kewajipan, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh perwakilan MCA. Oleh itu tidak ada lagi kumpulan dalam MCA dan MCA mesti menjadi parti yang satu." - Dato' Seri Najib Razak

"BN tunjuk muka sepanjang masa": Tidak perlu publisiti media

" Ini berbeza dengan pembangkang, yang tidak tahu mentadbir negeri, tidak tahu masalah sebenar rakyat, tidak pernah turun ke bawah, mungkin nak pilihan raya baru nak tunjuk muka. " Kita (BN) tidak tunggu pilihan raya kerana ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan sepanjang masa ." - Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) sememangnya tunjuk muka sepanjang masa walau di mana jua berada - termasuklah di luar negara. Rakyat sudah mengakui itu. Namun ketunjukan muka BN sepanjang masa itu tidak perlu publisiti media. Panca indera rakyat sentiasa tajam dan rakyat sudah semestinya sedia maklum dengan ketunjukan muka BN yang sepanjang masa itu. Melainkan rakyat buta huruf, buta baca atau buta media sehingga tidak tahu BN turun ke bawah tunjuk muka.

Dasar: Kadangkala tidak jelas

"DPMSS melalui Dewan Pemuda dan Wanita serta anggota Gapums mahu mendapatkan penjelasan dan menyampaikan mesej kepada semua pemimpin Melayu tidak kiralah dari UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi kepentingan bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik. "Kita mahu tahu sebagai pemimpin yang diberikan kepercayaan apakah yang mereka boleh lakukan dan akan lakukan dalam mempertahankan hak orang Melayu memandangkan beberapa dasar yang dibuat kadangkala tidak jelas.” - Tan Sri Rozali Ismail, Yang Dipertua DPMMS Dari sudut pandang logika dasar yang tidak jelas ialah dasar yang tidak dapat diterjemah dan dicerna secara akal. Walaupun ia dapat diterjemah dan dicerna secara teori atas kertas (oleh kerajaan yang memerintah) tetapi ia tidak akan bersifat hakikat, dan tidak bersifat praktikal. Maka apabila ia bersifat sedemikian; bakal gagal dalam perlaksanaan.

Debat politik secara terbuka: Pro dan kontra

Dalam satu temuramah media, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya debat politik secara terbuka dihentikan. Saranan ini nampaknya tepat pada masanya di mana politik Malaysia lebih terarah kepada destruktif, jauh daripada konstruktif. Debat politik secara terbuka walaupun pragmatik dari segi budaya berpolitik namun ia tidak pragmatik dari segi mencari jalan penyelesaian isu-isu politik nasional yang serba rumit dan kompleks.

Antara rombakan Kabinet dan quid pro quo

Pada kebiasaannya Perdana Menteri akan merombak jemaah Kabinetnya apabila meyakini bahawa jemaah Kabinetya yang sedia ada tidak cekap sehingga boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan. "Apa yang penting hendak saya tegaskan ialah perlu diingatkan jika berlaku rombakan Kabinet, ia hendaklah mampu meningkatkan pentadbiran kerajaan dan bukan hanya semata-mata untuk melakukan rombakan ." - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Rombakan Kabinet wajar atau perlu dilakukan dengan serta merta sekiranya (1) Menteri dan Timbalan Menteri tidak cekap mentadbir dan hanya sekadar mampu menjalankan tugas-tugas menteri, dan (2) Menteri dan Timbalan menteri gagal menjalankan tugas dengan sehabis baik, dan gagal memikul amanat dan mandat yang dipertanggungjawabkan, walaupun menteri dan timbalan menteri merupakan produk keluaran Oxford, Havard, dan Cambridge.

Apakah ada agenda di sebalik perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“ Within Malaysia itself, the issue of the appropriate response to the crisis was hotly debated. Finance Minister Anwar Ibrahim proposed “an IMF program without the IMF,” that is, raising interest rates and cutting back on expenditures. Mahathir remained skeptical. Eventually, he dumped his finance minister and economic policies were reversed.” - Joseph Stiglitz, Globalization and its discontents (2002) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga boleh dikira sebagai hebat dalam hal-ehwal ekonomi walaupun belum terbukti secara mutlak, dan pelantikannya sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini mengundang seribu satu tanda tanya. Tidak diketahui sama ada perlantikannya itu benar-benar atas kapasiti penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor semata atau lebih daripada itu. Apakah mungkin ada agenda disebalik perlantikan itu? Bagaimana dengan kapasiti “penasihat de facto Menteri Besar” kerajaan negeri Selangor?