Skip to main content

Posts

Sayap Kanan UMNO: Perjuangan jawatan dan kepentingan?

Pengurusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen pernah menyarankan supaya sayap kanan UMNO dibubarkan. Ia merupakan saranan yang bernas, jitu, tuntas, dan kena pada masa, situasi, dan keadaan UMNO yang semakin pudar perjuangannya. Di Perhimpunan Agung UMNO Ke – 61 baru-baru ini, walaupun ketiga-tiga pucuk pimpinan sayap kanan UMNO menunjukkan semangat kental beragenda di samping memasang tekad perjuangan, ia belum cukup mampu untuk membutktikan sayap kanan UMNO itu benar-benar pulih dari “ coma ” lalu. Melainkan “Dr. Zhivago” UMNO telah menemukan vaksin penawar mujarab.  

Belanjawan 2011 dan realiti ekonomi - untung dan rugi

Pembentangan Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, 15 Oktober lalu, disifatkan sebagai realistik selain membawa kemakmuran ke seluruh pelosok negara dengan mengambil kira keperluan segenap lapisan rakyat Malaysia. Ia seterusnya dilihat sebagai cukup penting dalam pembangunan ekonomi negara, di samping menandakan titik peralihan dalam proses mentransformasi ekonomi Malaysia ke arah sebuah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi.

"Rampas" tanah rakyat: Siapa dan bagaimana?

Tanah rakyat sama ada diambil atau "dirampas," atau "diambil-rampas," kesimpulannya adalah rakyat sudah tidak mempunyai tanah lagi. Akan tetapi, benarkah rakyat memiliki tanah dalam erti kata yang sebenar? Apakah rakyat, marhaen terutamanya, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tanah rakyat juga adalah miliknya? Atau "tanah rakyat" hanya sekadar nama di atas kertas urusan rasmi? Urusan rasmi siapa?

N45 GALAS

N45 Galas - dalam pilihan raya umum 2004, calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman menewaskan calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham dengan majoriti 1,729 undi. Dalam pilihan raya umum 2008 pula, calon PAS, Che Hashim Sulaima, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Populariti politik: Sejauh mana ia...?

Dato' Seri Najib - dari segi kualiti atau keadaan disukai atau dikagumi oleh ramai orang adalah tinggi, 70 peratus. Telah mengalahkan populariti politik Tun Dr. Mahathir. Selama 22 tahun 3 bulan 15 hari, bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, Tun Dr. Mahathir hanya meraih 60 peratus populariti politik - tetapi mengecap era emas kehegomonian politik.