Skip to main content

Posts

Pengangguran dapat diatasi dengan: Kerja, kerja, kerja!

Peratus pengangguran di negara kita - 3.4 peratus - telah mengatasi peratus ideal pengangguran (peratus ideal pengangguran ialah 2.0 - 2.5 peratus). Secara ekonomi, dari perspektif Hukum Okun, setiap kenaikan 1.0 peratus pada kadar pengangguran bermakna potensi pertumbuhan keluaran domestik (GDP) negara secara kasarnya susut sebanyak 2.0 peratus. Penyumbang utama kadar pengangguran tentunya "produk" keluaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Tenaga nuklear - Keperluan siapa sebenarnya?

Tenaga nuklear - keperluan siapa sebenarnya? Negara? Kerajaan yang memerintah? Industri? Isi rumah/rakyat? Atau kesemuanya? Jika kesemuanya - yakni negara, kerajaan yang memerintah, industri, isi rumah/rakyat - memerlukan tenaga nuklear, bermakna Malaysia bakal sama rata sama rasa dengan UK, Russia, AS, Ukraine dan Jepun. Bukan hanya setakat itu sahaja, juga pada kebarangkalian sama rata sama rasa dengan lima negara kuasa veto - AS, Russia, China, UK, Perancis.

Kenaikan harga: Kerana faktor yang boleh dikawal?

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah melebarkan lagi sayap "ketanpa-sempadanan" ketamakan para pemodal, pemodal antarabangsa terutamanya. Adanya berkat bantuan dan pertolongan institusi-institusi awam dunia - IMF, WTO, Bank Dunia - seterusnya membolehkan para pemodal - domestik dan antarabangsa - meng"kreativiti-inovasi"kan keuntungan niaga dan dagang seinfiniti mungkin.

Antara kenaikan harga dan "kerisauan" pemodal dan kerajaan yang memerintah

Secara keadatannya kenaikan harga - harga jualan, harga belian, harga pasaran, dan sebagainya - dipengaruhi oleh keterhadan bahan dan sumber kesan faktor yang tidak boleh dikawal seperti bencana alam. Keterhadan bahan dan sumber menyebabkan pasaran panik untuk seketika dalam menampung kehendak permintaan dan penawaran. Sekiranya kehendak permintaan dan penawaran tinggi meroket, diikuti dengan keterhadan bahan dan sumber, maka sudah tentu kenaikan harga tidak dapat dielakkan.

Berhaluan kiri atau berhaluan minoriti?

" Penuntut Malaysia di Asia Barat sering dilabel sebagai berhaluan kiri dan suka menentang dasar-dasar kerajaan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru-baru ini turun padang untuk mendengar 'luahan' hati mereka ." - Mega , Utusan Malaysia, Rabu 12 Januari 2011 " Pendapat umum perlu dan harus diindah, dihormati, kalau benar. Kalau salah, mengapa dihormati dan diindahkan? Kau terpelajar, Minke. Seorang terpelajar harus juga belajar berlaku adil sudah sejak dalam pikiran, apa lagi dalam perbuatan. Itulah memang arti terpelajar itu ." - Pramoedya Ananta Toer, Bumi Manusia , 77 Aksara nama Pak Sako (Ishak Haji Muhammad), Ahmad Boestamam (Abdullah Sani Raja Kechil) dan Ibrahim Yaakob adalah antara nama yang cukup segar dalam sejarah negara. Apa tidaknya, nasionalis ini sering dikaitkan dengan behaluan kiri. Pelajar dan guru, penuntut dan pensyarah, bahkan birokrat sekalipun tentunya tahu bahawa berhaluan kiri adalah faham dan pemikiran yang tidak s...

Interlok, Tolong Ingatkan Aku

Interlok , karya sastera Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dan Tolong Ingatkan Aku, karya seni Ana Raffali, telah mencetuskan kontroversi di luar duga. Ia kerana gara-gara mereka yang pada kebarangkaliannya idiocy atau idiosyncracy, atau kedua-duanya sekali, dalam menilai karya sastera dan karya seni. Sastera dan seni tidaklah berdarjat seperti Antara Dua Darjat , tetapi adakalanya dalam menilainya barangkali berdarjat seperti Antara Dua Darjat .

Novel Interlok menyinggung?

Vox veritatis non tacet - kebenaran tidak akan berdiam diri. Novel Interlok bukanlah buku sejarah yang menceritakan unsur-unsur negatif dan sensitif yang boleh menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini. Novel Interlok ialah penulisan kreatif yang ditulis berasaskan fakta sejarah yang telah dikaji dan diteliti oleh penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Seandainya novel Interlok menyinggung perasaan sesetengah kaum di negara ini sehingga boleh mengancam keharmonian kaum di negara ini, maka; " Hanya dua pilihan yang akan ditentukan sama ada tarik balik buku tersebut atau gugur perkataan yang dikatakan menyinggung perasaan itu ." - Dr. Mohd. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran