Skip to main content

Posts

Mansuh ISA: Langkah tepat atau bijak?

Kebarangkalian berlakunya ancaman ekstremisme terhadap keselamatan negara akan sentiasa ada. Walaupun cabaran keselamatan yang dihadapi negara pada masa kontemporari ini berbeza dengan cabaran keselamatan yang dihadapi negara pada masa lalu. Memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bermakna kerajaan yang memerintah telah membuka ruang dan peluang kepada berlakunya ancaman ekstremisme pada bila-bila masa sahaja.  

The dream of workers' heaven in an old labor song

This mill was made of marble The machine was made out of gold, And nobody ever got tired, And nobody ever grew old. This mill was built in a garden- No dust or lint could be found. The air so fresh and so fragrant With flowers and trees all around... When I woke from this dream about heaven I wondered if someday there'd be A mill like that one down below here on earth For workers like you and me. - Anonymous

Anwar dan "Sesuatu untuk sesuatu"nya

Kenyataan " I support all efforts to protect the security of the state of Israel " sepatutnya tidak terpacul keluar dari mulut seorang pemimpin yang didakwa mampu menyatukan umat Islam dan (paling tidak) menyatukan dunia Arab. Sebagai seorang yang didakwa sedemikian, Datuk Seri Anwar sepatutnya menyatakan " I support all efforts to protect the security of the state of Palestine ."

Belanjawan 2012: Mampu tingkatkan pertumbuhan ekonomi negara?

Pertumbuhan ekonomi sama ada secara domestik, antarabangsa dan global, perdagangan luar, tekanan inflasi dan suasana keadaan geopolitik semasa antarabangsa dan global: lazimnya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. "Apabila bercakap tentang Keluaran Dalam Negara (GDP), ia bergantung kepada pelaburan, perbelanjaan kerajaan, tahap kepenggunaan rakyat serta nilai eksport negara." - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

BERSIH perlu neutral

Walaupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 berjaya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, Sabtu lalu ia tetap gagal mencapai matlamat utamanya - Menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula beberapa perkara dalam melaksanakan proses pilihan raya di negara ini. Secara kebarangkalian kegagalan Bersih 2.0 mencapai matlamatnya kerana (1) diperkuda oleh Reformasi dan (2) tidak bersifat neutral.

Anti-rasuah hingga mati

NEW DELHI 4 Jun - Guru yoga paling terkenal di India melancarkan mogok lapar besar-besaran hingga mati, bagi mendesak Perdana Menteri, Manmohan Singh melaksanakan hukuman mati ke atas pegawai kerajaan yang rasuah. Dengan berjambang dan memakai jubah, Swami Ramdev yang dibesarkan di dalam keluarga yang buta huruf kini menjadi pengacara bagi program televisyen yang ditonton oleh 30 juta orang dan mempunyai sebuah pulau peribadi yang diberi nama pulau keamanan di Scotland, duduk bersama ribuan pengikut di bawah khemah yang sebesar empat buah padang bola Delhi. - Reuters Bagaimana pula dengan kita di Malaysia?

Projek Lynas Corporation, Ltd penting untuk Malaysia

Di sekolah rendah, anak-anak murid baharu diajar dan dididik tentang: Apa itu alam sekitar? Di sekolah menengah, pelajar-pelajar ditahufahamkan akan kepentingan alam sekitar terhadap kelansungan hidup manusia di atas muka bumi. Di institusi pengajian tinggi, para siswa dan siswi diteori-empirikalkan dengan segala ilmu pengetahuan tentang alam sekitar untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Di pentas khalayak, masyarakat dilaungdengungkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.