Skip to main content

Posts

Bantah CBP: Penjawat awam yang terlibat pengkhianat?

Apabila penjawat awam turut menyertai perhimpunan membantah CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang dianjurkan oleh pihak Pembangkang di ibu negara pada 1 Mei lalu bermakna penjawat awam juga seperti rakyat - terbeban dengan bebanan yang membebankan - kos sara hidup yang makin rocketing high dari masa ke semasa! " Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah CBP di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat ." - CUEPACS

Apabila Wakil Rakyat berbalah

Wakil rakyat - pada masa yang sama adalah politikus, sama ada politikus yang menikus atau sebaliknya - bukanlah orang ajaib di pasar malam atau badut yang kehabisan penonton . Secara falsafah mudah, wakil rakyat adalah pemikul the people's will yakni pelaksana amanat dan mandat rakyat dalam menjalani kehidupan yang sentiasa terikat dengan hal dan perkara yang serba sosial, ekonomikal dan politikal.

Tabik Nik Aziz!

Tabik harus diberikan kepada bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz telah menunjukkan sikap dan sifat kepimpinan melalui teladan - memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya selama 23 tahun menerajui kepimpinan negeri Kelantan.   "Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.   "Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpim Kelantan."   - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mansuh ISA: Langkah tepat atau bijak?

Kebarangkalian berlakunya ancaman ekstremisme terhadap keselamatan negara akan sentiasa ada. Walaupun cabaran keselamatan yang dihadapi negara pada masa kontemporari ini berbeza dengan cabaran keselamatan yang dihadapi negara pada masa lalu. Memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bermakna kerajaan yang memerintah telah membuka ruang dan peluang kepada berlakunya ancaman ekstremisme pada bila-bila masa sahaja.  

The dream of workers' heaven in an old labor song

This mill was made of marble The machine was made out of gold, And nobody ever got tired, And nobody ever grew old. This mill was built in a garden- No dust or lint could be found. The air so fresh and so fragrant With flowers and trees all around... When I woke from this dream about heaven I wondered if someday there'd be A mill like that one down below here on earth For workers like you and me. - Anonymous

Anwar dan "Sesuatu untuk sesuatu"nya

Kenyataan " I support all efforts to protect the security of the state of Israel " sepatutnya tidak terpacul keluar dari mulut seorang pemimpin yang didakwa mampu menyatukan umat Islam dan (paling tidak) menyatukan dunia Arab. Sebagai seorang yang didakwa sedemikian, Datuk Seri Anwar sepatutnya menyatakan " I support all efforts to protect the security of the state of Palestine ."

Belanjawan 2012: Mampu tingkatkan pertumbuhan ekonomi negara?

Pertumbuhan ekonomi sama ada secara domestik, antarabangsa dan global, perdagangan luar, tekanan inflasi dan suasana keadaan geopolitik semasa antarabangsa dan global: lazimnya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. "Apabila bercakap tentang Keluaran Dalam Negara (GDP), ia bergantung kepada pelaburan, perbelanjaan kerajaan, tahap kepenggunaan rakyat serta nilai eksport negara." - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah