Skip to main content

Posts

Ekonomi negara tersungkur tanpa GST?

Sekiranya Malaysia tidak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagaimana negara-negara lain yang tidak melaksanakannya sudah tentu ekonomi Malaysia tersungkur. Barangkali Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang tersungkur ekonominya sekiranya tidak melaksanakan GST pada 15 April 2015. Barangkali negara-negara lain yang tidak melaksanakan GST telah tersungkur ekonominya pada ketika ini. Adakah ekonomi Malaysia akan tersungkur kerana tidak melaksanakan GST?

"Politik tidak sihat"

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya kerajaan Barisan Nasional di tiga negeri bakal tumbang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tidak layak disifatkan sebagai politik tidak sihat. Politik tidak sihat selalunya - yang pada akhirnya menjadi kebiasaan - berpunca daripada tindak-tanduk politikus itu sendiri seperti: Cakap tak serupa bikin dan tidak amanah (korup) dalam berpolitik.

Deklarasi Rakyat ancam keselamatan negara?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah pun mengisytiharkan "perang" terhadap kepimpinan dan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak melalui perisytiharan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu. Setiap kandungan yang ada dalam Deklarasi Rakyat jika dipolemik secara apa, mengapa, kenapa, dan untuk apa, tiada satu pun frasa atau sifat kata yang menunjukkan atau menandakan adanya ancaman terhadap keselamatan negara.

Penjajahan ekonomi "secara TPPA"?

Penjajahan bentuk baharu sama ada dalam bentuk pasif atau agresif bukan lagi bersifat darah dan besi yang dianggap sebagai tidak bertamadun. Tetapi lebih pada bentuk dan sifat "yang kelihatan bertamadun sedikit" yang antaranya secara penjajahan ekonomi. Kenapa masih lagi wujud penjajahan (dalam pelbagai bentuk dan sifat)? Sedangkan dunia umum akur akan bahawa jajah adalah sesuatu tindakan atau perbuatan yang sudah dianggap sebagai ketinggalan zaman dan tidak bertamadun. IMF (Tabung Mata Wang Antarabangsa), Bank Dunia termasuk WTO (Organisasi Perdagangan dunia) merupakan antara institusi-institusi yang banyak mendatangkan masalah kepada ekonomi dunia dalam masa dua dekad akhir ini.

GST dan TPPA: Berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi

Tuduhan liar yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang yang kononnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bertujuan mendera rakyat telah dijawab oleh Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) dengan: " Dan saya nak tanya adakah lebih 160 negara yang laksanakan GST telah 'mendera' rakyat mereka? " semasa dalam sidang Dewan Rakyat pada 27 Oktober lalu.

Selepas GST, TPPA?

Satira daripada judul buku The Coming Economic Collapse: How You Can Thrive When Oil Cost $200 a Barrel, edisi first trade , 2007, hasil tulisan Steephen Leeb, PhD, ialah " The Coming Economic Collapse: How You Can Thrive When Oil Cost $48 a Barrel ." Pada 10 September lalu harga minyak mentah Brent ialah AS$48 setong.  Pada bab 14 buku ini, Making Money in the Coming Collapse, Investment Jackpot #2: Oil and Oil Shares , Steephen Leeb menyatakan bahawa: " So if our predictions regarding oil are correct, you will make excellent returns from the majors. And if we are wrong and  prices fall, you will have some downside protection. Big oil company also offer excellent yields, typically twice that of the market ."

"Sayap Mahasiswa" UMNO

Kesediaan UMNO untuk bersifat terbuka dalam mempertimbangkan cadangan - mewujudkan "Sayap Mahasiswa", sebagaimana yang dicadangkan dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) 23 November lalu perlu dilihat dari sudut tidak efektif tetapi positif. Tidak efektif kerana UMNO perlu berhadapan dengan halangan "Yang Terutama" dan halangan lain untuk mewujudkan "Sayap Mahasiswa". Positif kerana UMNO sudah ada kesedaran bahawa mahasiswa adalah antara generasi penerus yang bakal mewarisi perjuangannya yang belum selesai.