Skip to main content

Dunia aman, selamat dan lebih adil tanpa Osama?

"Saya berharap dengan ketiadaan Osama, dunia akan bertambah aman, selamat dan lebih adil. Kita sedia maklum kerajaan mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem selaras dengan prinsip Islam apabila perbuatan membunuh orang awam dilarang dan ditegah dengan jelas."

Datuk Seri Najib Razak

- Perdana Menteri Malaysia

"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang juga tanggungjawab bersama."

Datuk Seri Hishammuddin Hussien

- Menteri Dalam Negeri

Kematian Osama bin Laden satu kehilangan besar bukan sahaja kepada al-Qaeda tetapi juga kepada dunia. Dunia telah kehilangan pengganas yang tiada tandingan dalam menentang hegomoni imperialisme Amerika Syarikat (AS) dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya. Osama dan al-Qaeda, juga Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya pada zahirnya sama - pengganas. Cuma kepengganasan Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya tidak dikenali dunia sebagaimana Osama dan al-Qaeda.


Dalam berpolemik tentang kematian Osama masih terlalu awal untuk kita dan juga pemimpin-pemimpin dunia - termasuklah Datuk Seri Najib Razak - membuat kesimpulan total bahawa dunia aman, selamat dan lebih adil. Apakah hanya Osama sahaja pengganas di planet ini? Ya, Osama dan al-Qaeda telah banyak melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di planet ini. Berapa banyak nyawa manusia - terutamanya tentera Amerika dan sekutunya dan orang awam - melayang ditangan Osama dan al-Qaeda.

Begitu juga dengan Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya. Berapa banyak nyawa manusia - terutmanya tentera dan orang awam negara yang mereka jarah seperti Iraq dan Afghanistan - melayang ditangan mereka. Apakah perbuatan Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya di negara yang mereka jarah tidak disifatkan sebagai perbuatan atau perlakuan pengganas?

Adakah Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya dilihat dan disifatkan sebagai bukan pengganas hanya kerana perlu membunuh manusia lain untuk menghidupkan manusia lain atas nama tanggungjawab moral dan demokrasi?

Jika dibuat perbandingan gelagat dan tingkah laku perbuatan keganasan secara atas pagar di antara Osama dan al-Qaeda dan Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya - sememangnya ada persamaan tetapi pada masa yang sama tiada keserupaan. Gelagat dan tingkah laku keganasan Osama dan al-Qaeda lebih cenderung kepada modus operandi mempertahankan apa yang mereka anggap sebagai hak mereka.

Manakala Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya, gelagat dan tingkah laku keganasan mereka lebih cenderung kepada modus operandi menceroboh dan mencabul hak pihak lain di mana saja di planet ini atas nama tanggungjawab moral dan demokrasi. Atas nama Tugas menyebarkan tamadun dan White mens burden pula bagaimana?

Perlu diingat bahawa dunia tidak akan aman, selamat dan lebih adil walaupun tanpa Osama dan al-Qaeda. Selagi: "Dunia ini cukup bagi orang biasa tetapi tidak bagi orang yang tamak (Mahatma Gandhi), selagi itulah dunia tidak akan aman, selamat dan lebih adil. Orang yang tamak pada kebiasaannya cenderung kepada modus operandi penghalalan cara Niccolo Machiavelli dalam memenuhi kemahuan dan kehendak tanpa sempadan dan batasan.

Apparatus dan apparatchik Amerika dan Israel terutamanya IMF, WTO dan Bank Dunia memiliki tangan halimunan yang tiada tandingan. Tangan-tangan halimunan Amerika dan Israel ini telah menguasai seluruh planet ini kerana didorong oleh ketamakan Amerika dan Israel. Kepengganasan tangan-tangan halimunan Amerika dan Israel inilah yang mewujudkan chaos atau kekacauan di setiap sudut dan penjuru planet ini dengan secara quid pro quo halus. Kewujudan chaos inilah yang menjadi pemicu kepada kelahiran Osama dan al-Qaeda sama ada hari kelmarin, hari ini, hari esok dan hari seterusnya.

Walaubagaimana pun, gelagat dan tingkah laku keganasan sama ada gelagat dan tingkah laku keganasan Osama dan al-Qaeda atau gelagat dan tingkah laku keganasan Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Namun gelagat dan tingkah laku keganasan Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya adalah lebih tidak bertamadun jika dibandingkan dengan gelagat dan tingkah laku keganasan Osama dan al-Qaeda. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dunia akan aman, selamat dan lebih adil tanpa Osama dan al-Qaeda, Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya, dan juga orang yang tamak.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.