Skip to main content

Posts

BERSIH perlu neutral

Walaupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 berjaya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, Sabtu lalu ia tetap gagal mencapai matlamat utamanya - Menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula beberapa perkara dalam melaksanakan proses pilihan raya di negara ini. Secara kebarangkalian kegagalan Bersih 2.0 mencapai matlamatnya kerana (1) diperkuda oleh Reformasi dan (2) tidak bersifat neutral.

Anti-rasuah hingga mati

NEW DELHI 4 Jun - Guru yoga paling terkenal di India melancarkan mogok lapar besar-besaran hingga mati, bagi mendesak Perdana Menteri, Manmohan Singh melaksanakan hukuman mati ke atas pegawai kerajaan yang rasuah. Dengan berjambang dan memakai jubah, Swami Ramdev yang dibesarkan di dalam keluarga yang buta huruf kini menjadi pengacara bagi program televisyen yang ditonton oleh 30 juta orang dan mempunyai sebuah pulau peribadi yang diberi nama pulau keamanan di Scotland, duduk bersama ribuan pengikut di bawah khemah yang sebesar empat buah padang bola Delhi. - Reuters Bagaimana pula dengan kita di Malaysia?

Projek Lynas Corporation, Ltd penting untuk Malaysia

Di sekolah rendah, anak-anak murid baharu diajar dan dididik tentang: Apa itu alam sekitar? Di sekolah menengah, pelajar-pelajar ditahufahamkan akan kepentingan alam sekitar terhadap kelansungan hidup manusia di atas muka bumi. Di institusi pengajian tinggi, para siswa dan siswi diteori-empirikalkan dengan segala ilmu pengetahuan tentang alam sekitar untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Di pentas khalayak, masyarakat dilaungdengungkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.

Malaysia perlu adil kepada Anwar

1 Malaysia sememangnya tahu dan kenal siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri era kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang dipecat kemudiannya diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi empuk kuasa nombor 1 negara sememangnya bakal berkubur dan telah menunjukkan beginning of the end .

Kerajaan yang memerintah: 0.20 sen

Kerajaan yang memerintah - kebijaksanaannya tiada tandingan. Mencipta keuntungan seminimum mungkin melalui setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna - pada kebarangkalian produk pengguna terpilih. Setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna secara teorinya ia berupaya memaksimumkan keuntungan "urusan niaga" kerajaan yang memerintah.

Dunia aman, selamat dan lebih adil tanpa Osama?

" Saya berharap dengan ketiadaan Osama, dunia akan bertambah aman, selamat dan lebih adil. Kita sedia maklum kerajaan mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem selaras dengan prinsip Islam apabila perbuatan membunuh orang awam dilarang dan ditegah dengan jelas ." Datuk Seri Najib Razak - Perdana Menteri Malaysia " Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang juga tanggungjawab bersama ." Datuk Seri Hishammuddin Hussien - Menteri Dalam Negeri Kematian Osama bin Laden satu kehilangan besar bukan sahaja kepada al-Qaeda tetapi juga kepada dunia. Dunia telah kehilangan pengganas yang tiada tandingan dalam menentang hegomoni imperialisme Amerika Syarikat (AS) dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya. Osama dan al-Qaeda, juga Amerika dan Israel serta apparatus dan apparatchiknya pada zahirnya sama - pengganas. Cuma kepengganasan Amerika dan Israel serta appa...

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.