Skip to main content

Tindakan yang tepat

Tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno merupakan satu tindakan yang tepat, padat, dan bermaruah. Seandainya pemimpin-pemimpin yang ada di dalam Umno mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir ini, sudah tentu Umno dapat diselamatkan dan mengecap kembali zaman keemasannya. Namun untuk meramal samada pemimpin-pemimpin Umno keluar daripada Umno sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah terlalu sukar diramal dan kemungkinan "tindakan keluar" tidak akan berlaku.

Tindakan yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir ini wajar kerana, setelah tidak bergelar ahli Umno, Tun Dr. Mahathir tidak akan berada dalam keadaan statik untuk mem"post mortem"kan Umno dengan "antiseptik" ajaib. Seandainya Tun Dr Mahathir masih lagi sebagai ahli Umno dan pada masa yang sama mem"post mortem"kan Umno, sudah tentu Tun Dr. Mahathir akan ditekan dengan tekanan psikologi dan dilayan seperti "pariah." SeMalaysia maklum, tahu dan faham secara "haqqul yaqin" akan sindrom-sindrom yang ada dalam Umno. Maka tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno adalah jalan yang terbaik.

Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang ada dalam Umno sekarang ini nampaknya lebih "sayang" kepada pemimpin (Abdullah Ahmad Badawi) yang lemah dan kurang ambil berat akan apa yang berlaku disekelilingnya. Apakah sayang mereka kepada Abdullah Ahamad Badawi demi nasib "menang sorak?", apakah sayang mereka kepada Abdullah Ahmad Badawi benar-benar demi nasib dan maruah Umno ?, apakah sayang mereka kepada Abdullah Ahmad Badawi kerana Abdullah Ahmad Badawi berjaya memimpin Umno ke arah cemerlang, gemilang, dan terbilang pada Pilihan Raya Umum 12 lalu ?

Selagi Abdullah Ahmad Badawi memimpin Umno, maka ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang ada di dalam Umno akan berputih tulang dan berputih mata. "Putih tulang" dan " putih mata" ini jelas terpancar dan teserlah pada raut-raut wajah ahli dan pemimpin Umno termasuklah Abdullah Ahmad Badawi sendiri, setelah Umno mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 12 lalu. Tanda-tanda Umno menjadi debu dalam sejarah tanah air sudah mulai jelas sejak Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno. Namun ahli dan pemimpin yang ada didalam Umno masih lagi "myopia" dan tidak sedar akan hal ini. Maka, tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno sebagai tanda protes adalah wajar.

Tun Dr. Mahathir tidak wajar dianggap sebagai "duri dalam daging." Kenyataan Tun Musa Hitam ini hanyalah bersifat dendam kesumat semata yang tidak membawa apa-apa makna. Duri sebenar yang ada didalam daging Umno ialah Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin, dan para badut-badut "peng-ia." Duri yang ada didalam daging Umno ini tidak disedari dan dilepas pandang oleh mereka-mereka yang "opportunist" di dalam Umno. Walaupun terdapat kalangan ahli dan pemimpin yang ada didalam Umno sedar dan tahu siapa duri dalam daging sebenar, sudah pasti mereka ini akan dibisukan dengan formula "bye" dan "red card." Seandainya Tun Dr. Mahathir duri dalam daging dalam Umno, Umno sudah tentu terkubur selepas tahun 1987. Maka tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno adalah tindakan yang masuk akal dan bertepatan dengan hukum logik dan hukum rasional.

Tindakan Tun Dr. Mahathir keluar daripada Umno walaupun merupakan ahli seumur hidup didalam Umno, perlu dilihat pada sudut yang terbuka dan bukannya pada sudut yang statik. Lagipun Tun Dr. Mahahtir sudah dan telah menjelaskan dan menegaskan yang dia akan masuk menjadi ahli Umno semula sekiranya Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada jawatan Presiden Umno. Tindakan Tun Dr. Mahathir ini bukan kerana merajuk atau patah hati tetapi kerana tidak sanggup melihat Umno yang menjadi jaguh Orang Melayu terkubur dan menjadi debu dalam sejarah Malaysia akibat perbuatan "duri dalam daging" sebanar yang ada didalam Umno.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.