Skip to main content

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

"Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat."

- Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran

Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Di Amerika Syarikat (AS) umpamanya antara 16 dan 33 peratus kanak-kanak dan remaja obes. Adakah keobesan kanak-kanak dan remaja di Amerika disebabkan nasi lemak? Faktor penyumbang utama kepada keobesan kanak-kanak dan remaja di Amerika adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kurangnya melakukan aktiviti senaman. Setiap tahun Amerika mencatat 300,000 kematian yang mana penyumbangnya ialah obes. Seterusnya kos tahunan untuk masyarakat obes dianggarkan sebanyak hampir $100 bilion.

Tentunya bukan di Amerika sahaja bahkan di negara kita juga. Antara faktor yang menyumbang kepada obesiti adalah seperti berikut:

1. Tabiat pemakanan yang buruk

2. Makan secara berlebihan

3. Kurang melakukan aktiviti fizikal (seperti senaman dan sukan)

4. Keluarga (sejarah obesiti)

5. Penyakit (yang disebabkan oleh masalah-masalah neurologi, sistem endokrin dan sebagainya

6. Pengambilan ubat (seperti steroid dan sebagainya)

7. Peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan (perpisahan, perceraian dan sebagainya)

8. Masalah keluarga dan rakan sebaya, dan

9. Masalah dan gangguan emosi

Nasi lemak sekiranya dimakan secara berlebihan atau dimakan secara "tabiat buruk" oleh pelajar-pelajar sekolah sama ada di rumah, di luar rumah atau di sekolah sudah tentu memberi kesan kesihatan kepada pelajar - obes. Namun jika dibuat perbandingan antara nasi lemak dengan 9 faktor penyumbang di atas hanya faktor pertama dan kedua sahaja yang berkait rapat dengan nasi lemak - pemakanan. Manakala faktor ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan langsung tidak mempunyai kaitan dengan nasi lemak.

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran tidak perlu tampil dengan idea yang kurang bernas - larangan jual nasi lemak di kantin sekolah dan di luar sekolah. Adalah gemilang, cemerlang, terbilang sekiranya kedua-dua kementerian ini membuat kajian bersama tentang (1) bagaimana mengurangkan kandungan kalori nasi lemak dan (2) bagaimana memasak nasi lemak secara sihat. Kita mengakui negara kita memiliki banyak pakar pemakanan dan pakar kesihatan. Tentunya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran boleh bergabung tenaga dengan pakar pemakanan dan pakar kesihatan untuk menghasilkan nasi lemak yang baik untuk kesihatan.

Mengapa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran begitu ambil berat terhadap pelajar-pelajar sekolah yang obes? Sudah tentu obes akan menjadi dinding penghalang kepada ketingkatan produktiviti di kalangan pelajar sekolah apabila memasuki pasaran industri kelak. Ini seterusnya akan memberi impak kepada prestasi ekonomi negara sama ada secara makro mahupun mikro. Cuba bayangkan sepintas: "Kajian terbaharu mendapati 70 peratus tenaga kerja Malaysia obes." "Keobesan ini diwarisi sejak dari bangku sekolah lagi."

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.