Skip to main content

Kerajaan yang memerintah: 0.20 sen

Kerajaan yang memerintah - kebijaksanaannya tiada tandingan. Mencipta keuntungan seminimum mungkin melalui setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna - pada kebarangkalian produk pengguna terpilih. Setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna secara teorinya ia berupaya memaksimumkan keuntungan "urusan niaga" kerajaan yang memerintah.


Secara kebarangkalian, Petrol Ron 97 dan gula adalah produk pengguna terpilih yang dikenakan kenaikan harga oleh kerajaan yang memerintah - kenaikan 0.20 sen per liter Petrol Ron 97 dan per kilogram gula. Sekiranya dunia berhadapan krisis minyak dan makanan dalam masa terdekat ini, sebagaimana yang diramal oleh banyak pemerhati dan pakar ekonomi dunia, barang tentu kerajaan yang memerintah bakal tampil dengan tindakan menaikkan harga produk pengguna seperti Petrol Ron 95 dan sebagainya.

Jika dilihat secara pemikiran mudah, setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna sememangnya tidak membebankan. Rakyat sama ada tiada kelas, kelas bawahan, kelas pertengahan atau kelas atasan sudah tentu beranggapan bahawa setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna nilainya hanyalah 0.20 sen. Hanya mengatasi 0.01 sen, 0.05 sen dan 0.10 sen. Tetapi bagaimana pula dengan anggapan kerajaan yang memerintah terhadap setiap kenaikan 0.20 sen pada produk pengguna?

Bagaimana kenaikan 0.20 sen ini - kenaikan pada Petrol Ron 97 per liter dan gula per kilogram - mampu mempengaruhi kadar tingkat naik keuntungan "urusan niaga" kerajaan yang memerintah?

Jumlah isi rumah (rakyat) negara ini telah mencecah angka 28.3 juta. Namun tidak kesemuanya bersifat produktif dari segi ekonomik. Tetapi pada masa yang sama, sama ada secara teori mahupun empirikal, kesemuanya bersifat pengguna atau consumer. Yakni menggunakan produk pengguna yang digunakan dalam keperluan harian. Produk pengguna yang baharu mengalami kenaikan 0.20 sen itu, terutamanya gula, juga termasuk dalam senarai penting keperluan harian kesemua 28.3 juta isi rumah negara ini.

Bagi Petrol Ron 97, kenaikan 0.20 sen per liter itu, secara pertimbangan, boleh dianggap sebagai tidak memberi kesan kepada isi rumah dari segi kos operasi mobilisasi kerana ia memiliki produk pengguna gantian - Pterol Ron 95. Walaupun demikian, penggunaan Petrol Ron 97 di kalangan kebanyakan isi rumah negara ini masih lagi bersifat priority. Manakala bagi gula pula, kadar kepenggunaannya di kalangan isi rumah - termasuk sektor industri yang berasaskan makanan - sentiasa tinggi. Ini kerana, bagi isi rumah negara ini, gula tidak memiliki produk pengguna gantian sebagaimana Petrol Ron 97.

Sekiranya berlaku tingkat naik kepenggunaan Petrol Ron 97 dan gula - selepas kenaikan 0.20 sen per liter dan per kilogram - di kalangan isi rumah bermakna hasil jumlah perolehan cukai kerajaan yang memerintah mampu mencecah dua atau tiga kali ganda dalam satu masa. Bagaimana pula jika jangka hayat kenaikan itu diperuntukan untuk setiap enam bulan dalam tempoh 1 - 2 tahun atau bergantung dengan jangka masa ketenatan ekonomi? Sudah tentu hasil perolehan cukai kerajaan yang memerintah - melalui kenaikan 0.20 sen itu - rocketing high.

Doktrin ekonomi negara ini ialah doktrin ekonomi campuran yang mana kerajaan yang memerintah dan pihak (syarikat/firma) swasta terlibat secara bersama dalam hal ehwal penawaran dan permintaan. Setiap turun naik harga penawaran dan permintaan Petrol Ron 97 dan gula dipengaruhi kuat oleh kerajaan yang memerintah (melalui syariakat berkaitan kerajaan (GLC)) dan sayrikat/firma swasta. Walaupun isi rumah juga memiliki pengaruh dalam mencorak turun naik harga penawaran dan permintaan Petrol Ron 97 dan gula, tetapi ia tidak berupaya dalam menentukan turun naik harga penawaran dan permintaan. Yang menentukan turun naik harga penawaran dan permintaan Petrol Ron 97 dan gula adalah kerajaan yang memerintah dan pihak swasta secara quid pro quo.

Sekiranya 40 peratus daripada 28.3 juta isi rumah negara ini menggunakan Petrol Ron 97 per liter dalam masa 24 jam, bermakna hasil jualan Petrol Ron 97 per liter di seluruh negara, selepas kenaikan 0.20 sen per liter, ialah RM32.82 juta. Jika dikira hasil jualan sebelum kenaikan ialah RM30.56 juta. Bermakna hasil jualan daripada kenaikan 0.20 sen itu berjumlah RM2.26 juta. Cukai jualan petroleum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah ialah 0.5862 sen (58.62 sen) per liter. Jika 40 peratus isi rumah negara ini kekal menggunakan Petrol Ron 97 per liter dalam masa 24 jam bermakna jumlah hasil cukai jualan petrol per liter ialah RM6.6 juta. Berapa pula jumlah hasil jualan dan cukai jualan petroleum jika lebih daripada 40 peratus isi rumah negara ini menggunakan Petrol Ron 97 secara purata 5 - 10 liter dalam masa 24 jam?

Bagaimana pula dengan gula? Sebagaimana Petrol Ron 97, gula juga dikuatkuasakan kenaikan harganya - 0.20 sen per kilogram. Harga per kilogram gula selepas kenaikan 0.20 sen ialah RM2.30. Gula walaupun memiliki kesan sampingan dari segi kesihatan manusia - jika diambil secara berlebihan - tetapi amat penting dalam kehidupan manusia seharian. Tanpa gula tentunya "produktiviti ekonomi" isi rumah negara ini merudum. Jika 40 peratus isi rumah negara ini mengambil gula 1 kilogram dalam masa seminggu bermakna hasil jualan gula dalam masa seminggu ialah RM26.03 juta. Berapa pula jumlah hasil jualan gula jika 18.3 juta isi rumah negara ini mengambil 1 kilogram gula dalam masa seminggu? Hasil jualan gula dalam masa seminggu tentunya berjumlah RM42.09 juta.

Hasil jualan Petrol Ron 97 dan gula, lebih-lebih lagi selepas kenaikan harga 0.20 sen per liter/per kilogram, tentunya menguntungkan syarikat/firma yang terlibat dalam penawaran produk pengguna (tanpa mengira syarikat/firma berkaitan kerajaan atau swasta) dari segi keuntungan urusan niaga. Manakala kerajaan yang memerintah pula untung dari segi hasil peroleh cukai jualan.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.