Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Debat politik secara terbuka: Pro dan kontra

Dalam satu temuramah media, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya debat politik secara terbuka dihentikan. Saranan ini nampaknya tepat pada masanya di mana politik Malaysia lebih terarah kepada destruktif, jauh daripada konstruktif. Debat politik secara terbuka walaupun pragmatik dari segi budaya berpolitik namun ia tidak pragmatik dari segi mencari jalan penyelesaian isu-isu politik nasional yang serba rumit dan kompleks.

Antara rombakan Kabinet dan quid pro quo

Pada kebiasaannya Perdana Menteri akan merombak jemaah Kabinetnya apabila meyakini bahawa jemaah Kabinetya yang sedia ada tidak cekap sehingga boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan. "Apa yang penting hendak saya tegaskan ialah perlu diingatkan jika berlaku rombakan Kabinet, ia hendaklah mampu meningkatkan pentadbiran kerajaan dan bukan hanya semata-mata untuk melakukan rombakan ." - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Rombakan Kabinet wajar atau perlu dilakukan dengan serta merta sekiranya (1) Menteri dan Timbalan Menteri tidak cekap mentadbir dan hanya sekadar mampu menjalankan tugas-tugas menteri, dan (2) Menteri dan Timbalan menteri gagal menjalankan tugas dengan sehabis baik, dan gagal memikul amanat dan mandat yang dipertanggungjawabkan, walaupun menteri dan timbalan menteri merupakan produk keluaran Oxford, Havard, dan Cambridge.

Apakah ada agenda di sebalik perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“ Within Malaysia itself, the issue of the appropriate response to the crisis was hotly debated. Finance Minister Anwar Ibrahim proposed “an IMF program without the IMF,” that is, raising interest rates and cutting back on expenditures. Mahathir remained skeptical. Eventually, he dumped his finance minister and economic policies were reversed.” - Joseph Stiglitz, Globalization and its discontents (2002) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga boleh dikira sebagai hebat dalam hal-ehwal ekonomi walaupun belum terbukti secara mutlak, dan pelantikannya sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini mengundang seribu satu tanda tanya. Tidak diketahui sama ada perlantikannya itu benar-benar atas kapasiti penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor semata atau lebih daripada itu. Apakah mungkin ada agenda disebalik perlantikan itu? Bagaimana dengan kapasiti “penasihat de facto Menteri Besar” kerajaan negeri Selangor?

Dr. Mohd. Asri: Berpendirian neutral atau berpolitik?

“Saya malu apabila 'orang agama' bertindak secara terbuka 'seakan' menghalang perkembangan Islam. Saya sedih apabila senjata kuasa digunakan untuk 'memerangi' golongan agama. Di kala umat sedang kehausan ilmu dan bimbingan, lalu diletakkan seribu halangan untuk insan muslim menyebarkan dakwah. Saya berfikir betapa sukar hendak menunaikan arahan Nabi SAW: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. (Riwayat al-Bukhari).” - Dr. Mohd. Asri Presiden Amerika Syarikat pertama, George Washington (1732-1799), pernah mengungkap bahawa "sebaik-baik cara mengekalkan keamanan adalah dengan berperang." Mungkin ada kebenarannya ungkapan George Washington itu terutamanya dalam keadaan situasi yang tertentu seperti berlakunya penindasan pihak “kuat” (merujuk kepada pihak yang berkuasa) ke atas pihak “lemah” (merujuk kepada pihak yang tidak berkuasa). Konotasi daripada ungkapan George Washington itu mungkin boleh diungkapkan bahawa “sebaik-baik cara menyebarkan dakwa

//Berliner Mauer//

Die Mauer gefallen ist Osten und Westen Stand der Einheit Keine Trennung Einer Nation... Und einer Kultur! Alle Kameraden gerade glücklich... Hoffnung, die Mauer Gibt es nicht mehr! Wo bist du Berliner Mauer?

Sistem Pendidikan Malaysia mundur dan kolot: Ilmu Lwn Kuasa

“Namun, apa boleh buat, nasib yang sama menimpa insan yang jauh lebih mulia, Nabi Muhammad SAW, daripada seorang yang digelar al-Amin, lalu dipanggil tukang sihir dan gila. Ini semua akibat tidak mampu bersaing di pasaran pemikiran. Padahal, dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasul-Nya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa, tetapi bersaing dengan hujah. Namun, bak kita kata tadi, apabila habis perkakas hujah, ada yang guna perkakas fitnah.” - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin “Bagaimana dengan polisi Kementerian yang kerap bertukar-tukar dalam masa yang singkat?” “Orang yang buat polisi tidak benar-benar faham apa yang dikehedaki” - Profesor Emeritus Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, sewaktu diwawancara oleh Milenia Muslim pada Mac 2007 Secara mudah boleh disimpulkan bahawa punca yang menyebabkan sistem pen

Isu pendidikan negara: Agama "penyembuhnya"

“…inti ajaran semua agama ialah kepercayaan kepada wujudnya kuasa yang mengatasi segala-galanya , dan manusia akan mencapai kenikmatan, kesejahteraan dan kedamaian jika benar-benar menghayatinya. Ini memang sukar dijelaskan melalui kata-kata, tetapi perlu dihayati.” “…ajaran agama perlu diinterpretasikan dengan menekankan aspek-aspek kasih sayang, empati, hormat-menghormati, hidup bersama secara aman dan sebagainya. Amalan agama sebeginilah yang mampu menjadi penyembuh kepada seluruh dunia.” - Karen Armstrong, semasa menyampaikan ceramah bertajuk Agama di Abad ke-21, Kuala Lumpur, 16 Jun 2007 Malaysia masih lagi berbasa-basi dengan perkara-perkara yang sudah klasik. Salah satu contoh perkara klasik yang menghantui Malaysia ialah masalah perpaduan. Malaysia walaupun kelihatan bersatu padu tetapi perpaduan yang kelihatan itu tidak mencakupi rantaian perpaduan yang lengkap yakni rantaian perpaduan sosial-ekonomi-politik.

Rakyat: "Malapetakalah" yang ditimbulkannya

“Rakyat suatu bangsa itu selalu diam, tetapi ia mencatat dan tidak pernah lupa. Rakyat itu seperti ular naga yang keberatan badan, melingkar dalam keheningannya sendiri, tetapi panca inderanya tajam dan intuisinya kuat. Jangan sekali-kali melukainya, apa lagi melukainya berkali-kali, maka sekali ia bangkit, akan rosaklah malapetaka yang ditimbulkannya.” - Penulis Kolum Indonesia Antara kupasan isu yang menjadi tajuk “utama” majalah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Edisi April/Mei 2009, ialah “Antara Kehebatan Najib dan Keunggulan Obama. ” "Najib mengatakan, “Umno akan berubah.” Kata-katanya persis ucapan Obama semasa berkempen, “Change has come to America.” - Mohd Khairulanuar Manshor, Unit Komunikasi Korporat ITNM Tidak keterlaluan jika dikatakan membuat perbandingan antara kehebatan Najib dan keunggulan Obama adalah satu “character savior” dan hasilnya masih lagi bersifat teori atas kertas. Semasa berucap pada kempen pemilihan Presiden 2008, Obama memberi ja

Sedang...telah...terus berlaku...

Mufti dari segi istilah bahasa Arab adalah merujuk kepada ahli agama yang berhak memberi fatwa berkenaan hukum Islam. Kadi pula ialah hakim dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam (seperti mengurus soal pernikahan dan perceraian orang Islam, membicarakan orang yang dituduh melanggar hukum Islam dan lain-lain). Manakala imam takrifan pertama pula merujuk kepada pemimpin sembahyang yang dilakukan beramai-ramai atau sembahyang berjemaah (seperti sembahyang Jumaat, sembahyang hari raya dan lain-lain. Imam takrifan kedua pula merujuk kepada pemimpin, penganjur, ketua (negara lain-lain).

UMNO Taubat?

Ketika merasmikan perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyatakan parti yang diterajuinya sejak April, telah sedar dan insaf di hadapan 2,589 orang perwakilan. Apa yang diluahkan Datuk Seri Najib ini barangkali sebagai petanda bahawa UMNO akan berubah. Moga ia tidak terus kekal sebagai petanda. “ Rakyat masih sayangkan UMNO dan mereka cuma mahu parti ini berubah.” “Kita sedar, kita insaf, kita dengar…kita akan berubah .” - Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno

Rakyat sememangnya mengundi BN!

Rakyat sememangnya mengundi BN! Tetapi rakyat yang bagaimana? Kelas marhaen? Atau rakyat kelas elitis? Dari segi makna rakyat adalah merujuk kepada (1) seluruh penduduk sesebuah negara, (2) anak buah, orang-orang sebawahan, dan (3) orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa (Kamus Dewan, 1993).

"Merakyatkan UMNO"

Langkah pembaharuan yang diambil UMNO menerusi pindaan perlembagaan dan penghapusan sistem kuota merupakan langkah paling drastik dan berani dalam usaha merakyatkan UMNO. “Merakyatkan UMNO” tidak wajar diperkatakan. Ini kerana UMNO sememangnya lahir dari rakyat, kepada rakyat, dan untuk rakyat, bukannya lahir secara ajaib dari Bukit Siguntang atau lahir dari muntah jin.

Kenaikan harga rokok

Kenaikan harga rokok mungkin sesuatu yang di luar jangkaan kerana kenaikan harga rokok telah dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun. Abdullah Ahmad Badawi. Pada sesi pembentangan Belanjawan 2009, duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak RM 0.03 sen dan harga baru sebatang rokok selepas kenaikan ialah RM 0.18 sen. Manakala cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang memerintah terhadap 20 batang rokok ialah RM 0.60 sen. Kenaikan harga rokok pada paras tertinggi belum tentu menggerunkan penghisap rokok tegar di samping mengurang dan membuang tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

Ada apa pada nama?

Manifesto Perdana Menteri Najib ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Adalah diyakini bahawa gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Dato’ Seri Najib bukanlah gagasan yang diilham daripada gagasan Malaysia Malaysian. Jauh sekali daripada gagasan yang dibawa oleh Ehud Barak, ישראל אחת‎ (Yisrael Ahat). Ia hanya cuma menyerupai “ One Israel .”

Tun Dr. Mahathir menjatuhkan Presiden MIC?

Minggu lalu, Tun Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Makkal Osai bahawa Samy Vellu tidak pernah membuat apa-apa untuk kesejahteraan kaum India di negara ini. Kenyataan Tun Dr. Mahathir ini dikecam hebat oleh perwakilan di Perhimpunan Agung MIC. Seorang perwakilan dari Ampang, M. Muniandi, menyifatkan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mendakwa Presiden MIC tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India di negara ini adalah tidak berasas sama sekali.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.

Apa yang berlaku di Jepun boleh berlaku di Malaysia

Apa yang berlaku di Jepun merupakan satu keajaiban politik yang amat menakjubkan. Ia pasti menjadi impian dan “penanda aras” kepada semua parti politik pembangkang di seluruh dunia. Apa yang berlaku di Jepun tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) berjaya ditumbangkan oleh parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) walaupun mengambil masa lebih separuh abad.

Rakyat menolak pembangunan?

Rakyat tidak semestinya menolak pembangunan yang ingin dibawa oleh kerajaan yang memerintah sekiranya pembangunan yang ingin dibawa itu benar-benar memberi kemaslahatan kepada rakyat seluruhnya. Umno/BN sebagai kerajan yang memerintah perlu mengetahui secara tersurat dan tersirat mengapa, kenapa, dan untuk apa rakyat menolak pembangunan yang ingin dibawa.

Pemansuhan PPSMI dan ISA: Antara dua perbandingan

Sebagaimana yang ditegaskan oleh kerajaan yang memerintah, pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah berdasarkan keutamaan banyak pihak dan bukannya keutamaan kerajaan yang memerintah. Ini bermakna kerajaan yang memerintah tunduk dan akur terhadap desakan dan gesaan banyak pihak, rakyat terutamanya.

Demonstrasi jalanan adalah sebaik cara sekiranya...

Pada 31 Ogos 2009 ini, Malaysia akan menginjak usia 52 tahun berdasarkan fakta dan bukannya logika. Malaysia yang akan berusia 52 tahun nanti walaupun tidak matang sepenuhnya tetapi memperlihatkan sedikit kematangan dari segi rantaian sosial, ekonomi, dan politik, jika dibandingkan dengan mana-mana negara yang seusia dengannya atau yang lebih berusia darinya. Oleh yang demikian, minda dan pemikiran rakyatnya sudah semestinya lebih baik daripada minda dan pemikiran rakyatnya di era ia baru mencapai kemerdekaan.

Fitnah dan apabila ia menjadi fakta

Berdasarkan Kamus Dewan, Edisi Baru, 1993, fitnah ditakrifkan sebagai tuduhan (khabar, kisah dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan sesorang dll. Fitnah terjadi apabila seseorang melemparkan tuduhan yang dibuat-buat terhadap orang lain atau orang-orang yang tertentu. Medium asas yang biasanya digunakan untuk melempar dan menyebarkan fitnah ialah mulut. Dalam keadaan dunia tanpa sempadan, medium yang digunakan untuk melempar dan menyebarkan fitnah ialah internet.

Suara, fikir, maklumat, dan media Lwn Kuasa

Kebebasan bersuara hanya akan terjelma apabila kebebasan berfikir terlaksana sepenuhnya. Kebebasan berfikir hanya akan terjelma apabila kebebasan menerima dan memperoleh maklumat terlaksana sepenuhnya. Tanpa kebebasan menerima atau memperoleh maklumat, fikiran tidak akan bebas. Fikiran akan terkongkong dan terbelenggu. Apabila fikiran terkongkong dan terbelenggu tiada gunanya kebebasan bersuara, walaupun kerajaan yang memerintah memberi peluang kepada seseorang yang terkongkong dan terbelenggu kebebasannya berfikir bersuara di hadapan media arus perdana secara lintas langsung serata negara.

Apa yang perlu dilakukan terhadap ISA

Secara mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebenarnya bertentangan dengan konsep hak asasi manusia terutamanya hak bersuara. Dan sudah semestinya kerajaan yang memerintah menyedarinya. Namun dalam soal keselamatan negara, kerajaan yang memerintah tentu tidak akan berkompromi dengan golongan pendesak apatah lagi golongan politik yang meminta supaya ISA dimansuhkan serta merta. Peristiwa serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), Amerika Syarikat pada 11 September 2001 pasti akan menguatkan lagi pendirian mutlak kerajaan yang memerintah bahawa ISA perlu dikekalkan.

Empat cabaran sebenar Najib

Cabaran sebenar yang dihadapi Dato’ Seri Najib Razak setelah bergelar Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN) adalah seperti berikut:- 1. Bagaimana hendak menjelaskan konsep dan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Sebaik sahaja berjaya menidakkan hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dengan gagah perkasanya memperkenalkan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ke serata negara.

Najib: Antara cabaran sebenar dan cabaran 100 hari

Sebagai haiwan politik yang cukup berpengalaman, Dato’ Seri Najib Razak sememangnya telah bergelumang dengan cabara dan dugaan politik yang menggila. Setiap cabaran dan dugaan politik yang melintang dan terbentang akan dihadapi dengan tenang walaupun terkadang kejelasan senyum dalam gelora. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan politik yang menggila, Dato’ Seri Najib Razak mempunyai gaya dan citarasa tersendiri. Setiap duka dan nestapa politik yang melanda diubati dengan penawar tersendiri. Dalam pemanjatan tangga kasta politik nasional, taat setia senantiasa diperkasakan. Terbuktilah julukan “Najib sang setia.”

Liberalisasi ekonomi, Pemansuhan PPSMI, dan PRU-13

Kebarangkalianya, terdapat tiga perkara yang mungkin menghantui Dato’ Seri Najib Razak sebaik sahaja berjaya memulakan pelayaran mengharungi gelora ombak seratus hari yang penuh cabaran. Tiga perkara ini adalah kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), desakan memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), dan persediaan mengahadapi Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13), setelah Umno/BN gagal mengekalkan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12).

Pemansuhan PPSMI dan Orang Melayu

Tindakan kerajaan memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tindakan yang kurang bijak. Secara sinis ia boleh disifatkan sebagai “membuang sesuatu yang baik atas nama ‘kebangsaan.’” Bagaimana pun, kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak di dalam menggubal dan memansuh dasar berhak memansuh PPSMI. Pastinya kerajaan akan sentiasa bretanggungjawab dengan setiap kesan dan implikasi negatif akibat ketidakbijakan memutus keputusan.

"Periuk api" BN mengena?

Tidak dapat dibuktikan secara empirikal sama ada Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya pada selepas Pilihan Raya Umum 12 (PRU12). Akan kemungkinan PR bakal kehilangan satu atau dua negeri dalam jangka masa yang tidak dapat dipastikan sebagaimana ia kehilangan negeri Perak baru-baru ini. Walaupun pada kemungkinan PR mampu mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya, akan kemungkinan juga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri-negeri yang dikuasainya akan menjadi berkurangan.

30% (DEB) ke 19.4% (2009) ke liberalisasi ekonomi

“ Kerajaan Perikatan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, yang praktik dan realis, hanya suka menyebut sesuatu yang difikirkan munasabah dan boleh dijayakan. Kita membuat anggaran 30 peratus daripada aktiviti-aktiviti perdagangan dan perusahaan dipegang oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera lain dalam masa dua puluh tahun ialah kerana ini angka yang munasabah. Kita telah menyatakan bahawa ini adalah sekurang-kurangnya yang kita cadangkan. Kalau kita boleh buat lebih daripada itu, sangatlah elok .” Merupakan ucapan Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menggulung perbahasan ucapan terima kasih di atas titah diraja di Dewan Rakyat pada 17 Mei 1972. Pada 29 Jun 2009, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah mengumumkan penyusunan semula Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). Melalui penyusunan semula Jawatankuasa Pelaburan asing (FIC) dan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), ekonomi negara mula menapak ke arah liberalisasi. Strukt

Perasuah dan Dirasuah

Ungkapan “ Dunia ini cukup bagi orang yang biasa tetapi tidak bagi orang yang tamak ” adalah ungkapan yang telah diungkap oleh bapa kemerdekaan India, Karamchand Mahatma Mohandas Gandhi. Ungkapan ini membenarkan perbezaan di antara orang biasa dan orang yang tamak. Walaupun ada yang menyebut “orang tamak selalu rugi” tetapi pernyataan ini sudah tidak munasabah di era ini yang mana manusia berlumba-lumba memanjat kasta sosial. Adakalanya orang yang tamak tidak akan rugi tetapi orang biasa pula yang sebaliknya.

Umno-PAS-PKR

Umno/BN-PAS-PKR, ketiga-tiganya parti politik Melayu. PAS sememangnya parti politik pembangkang Melayu sejak era Tunku Abdul Rahman lagi. Manakala, PKR, pengasas dan ketua umumnya, dulunya politikus Umno/BN. Adakah kebercakaran di antara ketiga-tiga parti politik Melayu ini telah menyebabkan orang Melayu berada di dalam keadaan berpuak-puak? Adakah orang Melayu kembali bersatu teguh semula sekiranya Umno-PAS-PKR wujud dalam satu parti?

N12 Penanti: Najib mengaku kalah?

Pada pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu, N25 Bukit Selambau, P59 Bukit Gantang, dan N29 Batang Ai, Dato Seri Najib telah dilantik oleh Umno/BN sebagai pengarah pilihanraya yang bertanggungjawab dalam memastikan kecemerlangan Umno/BN. Walaubagaimana pun, status quo Umno/BN, PKR, dan PAS pada keempat-empat pilihanraya ini kekal sebagaimana selepas Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12) berlangsung.

Mampukah Tun Dr. Mahathir?

Mampukah Tun Dr. Mahathir merawat dan membentuk semula Umno di saat Umno yang terhakis kehegomoniannya selepas Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12) berlangsung? Ini merupakan satu persoalan yang akan membingungkan para politikus sama ada politkus parti kerajaan yang memerintah (Umno/BN) atau Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP). Apatah lagi rakyat marhaen yang tidak tahu apa itu politik.

PM Najib dan Menteri Kabinet, dan pembentukan kabinet baru

Tidak dapat diketahui secara jelas dan tuntas sama ada Dato’ Seri Najib akan mengekalkan barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semasa pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi atau tidak. Namun media perdana dan alternatif mewar-warkan bahawa Dato’ Seri Najib akan mengecilkan sedikit jumlah menteri kabinetnya. Berdasarkan logika, pengurangan anggota jemaah menteri kabinet sekali gus menyebabkan beberapa kementerian akan dibubar atau disatukan dengan kementerian lain melalui penggabungan.

Najib Tun Abdul Razak

Dato’ Seri Najib Razak merupakan seorang animal politics yang cukup berpengalaman. Dia telah menidakkan hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dato’ Seri Najib bukan sahaja berpengalaman luas sebagi animal politics malah juga memiliki pengalaman sebagai anak seorang animal politics . Pada kemungkinan kedua-dua pengalaman inilah yang menjadikan Dato’ Seri Najib sebagai seorang animal politics yang cukup berpengalaman.

Umno/BN-PKR-PAS-DAP: Perlu duduk semeja

“ L’etat C’est moi !” Umno/BN? Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP)? Institusi? Rakyat? Atau kesemuanya sekali? Usia negara kita masih lagi setahun jagung. Tetapi lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain yang usianya baharu hingusan. Tua dan mudanya usia sesebuah negara bukanlah jaminan mutlak untuk mensahkan sesebuah negara itu sama ada memiliki barisan politikus tulen atau politikus badut, atau politikus menikus, atau ketiga-tiganya sekali.

Tempoh memegang jawatan dalam Umno

Bancian Utusan Online Setujukah dengan cadangan supaya tempoh memegang jawatan dalam UMNO dihadkan? Setuju Tidak Setuju Tidak Kisah Berdasarkan soal kaji selidik yang diajukan oleh Utusan Online , penulis akan memberikan tiga jawaban sekali gus. Iaitu setuju, tidak setuju, dan tidak kisah.

Pemilihan dan Perhimpunan Agung Umno ke-59: Tiada apa yang luar biasa

Pada Pemilihan dan Perhimpunan Agung Umno yang ke-59 baru-baru ini, tiada apa yang luar biasa melainkan dianggap luar biasa melalui “ creatio ” fikiran yang telah teracuan menerusi cita rasa pemimpin-pemimpin opportunist dan politikus badut Umno. Seperti juga pemilihan dan perhimpunan agung Umno yang lepas, pemilihan dan perhimpunan agung kali ini hanyalah mempersembahkan rutinan wajib pemilihan dan perhimpunan – perbahasan kalangan sidang perwakilan, pemilihan pemimpin, perhimpunan agung, dan lain-lain.

Tetuan Soi Lek & Azalina

Semacam wujud persamaan di antara dua animal politics ini. Apabila membuat penafian, kedua-duanya bernada serupa. Nada yang serupa itu lebih kurang begini sifatnya “Ada orang/pihak yang hendak menjatuhkan saya.” Cuma, waktu, masa dan tempat persamaan penafian ini diungkap, diluah dan dinyatakan berbeza. Itulah perbezaannya. Namun, persamaan mereka lebih tersohor.

Bajet "mini" RM60bilion

Menyelamatkan Malaysia daripada kemelesetan ekonomi, mengwujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan beban rakyat sememangnya menjadi tanggungjawab dan sudah semestinya tugas utama kerajaan yang memerintah. Malaysia telah banyak kali berhadapan dengan krisis ekonomi – 1969, 1972, 1986, dan 1997/98, – tetapi kali ini – 2009 – merupakan krisis ekonomi terhebat yang dihadapi. Apabila berhadapan dengan krisis ekonomi, medium lazim yang digunakan oleh kerajaan yang memerintah untuk meyelamatkan ekonomi negara adalah melalui Pakej Ransangan Fiskal (FSP).

PPSMI: sine qua non

Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada sistem pelajaran kebangsaan boleh diibaratkan seperti membuang sesuatu yang baik atas nama “kebaikan.” Hanya golongan “ idiosyncratic ” sahaja yang membuang sesuatu yang baik atas nama kebaikan. Membuang sesuatu yang baik akhirnya menempah anachronism , bukannya kebaikan.

"Kebijakan melengkap" Kabinet PM Abdullah

Daripada sudut fakta, menteri-menteri Kabinet PM Abdullah Ahmad Badawi sememangnya disifatkan sebagai “tersohor” di dalam menyelesaikan masalah rakyat yang serba rumit. Ketersohoran menteri-menteri Kabinet PM Abdullah mengatasi ketersohoran Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri walaupun senantiasa mendengungkan mantera “bekerjalah bersama-sama saya, tetapi bukan untuk saya.” Maka tidak hairanlah di dalam membuat keputusan-keputusan penting, PM Abdullah tidak berkemampuan, dan hanya menyerahkannya kepada kabinet.

2008/09: Tahun pilihanraya Malaysia

Tahun 2008 dan 2009 boleh disifatkan sebagai “tahun pilihanraya Malaysia.” Pada tahun 2008, dua pilihanraya telah berlangusng iaitu Pilihan Raya Umum yang ke – 12 (PRU 12) dan Pilihanraya Kecil P44, Permatang Pauh. Pada awal tahun ini (2009) sahaja tiga pilihanraya berlangsung iaitu Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu, (pada Januari lepas) Pilihanraya Kecil (PRK) N25 Bukit Selambau, Kedah, P59 Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak yang dijangkakan berlangsung dalam masa yang terdekat ini.

PARLIMEN

Sorak suara yang bertalu-talu Datangnya dari gua batu Menerjah dari tiap penjuru Marhaen pribumi kaget membatu. Badut-badut kuasa bergelut Berkata-kata berdegar-degar Hingga jasad menggeletar Saling sesama mahu menampar Bak betina sundal yang hilang sabar. Ayuh cepat! Panggil tukang rawat Juga pengawal gawat Mungkin nanti jadi darurat.

"Malaysia" ke arah elitis

Dalam dunia sekular yang penuh mencabar ini manusia semakin diperhambat dengan cemeti elitis. Semua apa yang ada di muka bumi ini (dalam konteks ekonomi) pada dasarnya adalah untuk memenuhi keperluan, kemahuan dan kehendak manusia yang tiada batas tetapi diterhadkan sendiri oleh batas keupayaan manusia itu sendiri.

Program pembangunan golf remaja dan peruntukan RM1j

Kejohanan Golf Terbuka Malaysia-Maybank 2009 telah pun “ the end ” pada 15 Februari 2009 lepas. Pada kejohanan tersebut pemain Amerika Syarikat yang berbangsa Korea, Anthony Kang menguntum senyuman lebar kerana dapat pulang dengan hadiah kemenangan AS$333,330 (RM2juta) Satu siri pengaliran Ringgit Malaysia ke luar negara yang dianggap munasabah dan tepat pada masanya.

Umno/BN dan Pakatan Rakyat: vis-a-vis

Bibit-bibit retak meniti belah arena politik tanah air sudah mulai tampak. Umno/BN bak kapal layar tua yang hanya menanti masa dibaham badai laut gelora politik. Parti Pembangkang juga berada dalam keadaan yang serupa. Umno/BN dengan rasuahnya, Parti Pembangkang dengan derhakanya. Mungkin harapan rakyat boleh disandarkan dibahu BEBAS. Andaikan BEBAS juga tersungkur di dalam menjulang obor mandat dan amanat rakyat, maka adalah lebih baik sistem pemerintahan beraja dihidupkan semula.

Takutnya kerajaan yang memerintah kepada pengangguran

Berdasarkan Kamus Dewan, Edisi Baru (1993), pengangguran merujuk kepada perihal ( keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan . Secara teorinya, pengangguran wujud apabila permintaan isi rumah (rakyat) terhadap pekerjaan melebihi penawaran pekerjaan yang disediakan sama ada oleh kerajaan yang memerintah mahupun sektor swasta. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang (ini), keterserlaan ketakutan kerajaan yang memerintah terhadap pengangguran semakin jelas kelihatan.

UUHLP: Dua kali lima, lima kali dua

Cadangan mewujudkan undang-undang halang lompat parti (UUHLP), adalah sesuatu yang tidak praktik dan tidak demokratik. Jika cadangan ini diterima dan dikuatkasakan ianya pasti menyekat kebebasan berpolitik di kalangan ahli-ahli politik. Seterusnya ahli-ahli politik tidak akan bersifat praktik di dalam menjunjung amanat dan mandat rakyat yang selaras dengan daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.

Pemain

Hitam putih figura citra Pemain topeng panggung pengadilan Berseteru-bersekutu adat yang diadat. Ahli lidah hukum Fasih memukau badut bertopeng arif. Seribu satu rumus dusta Formula menegak silap salah; Politikus putus asa Birokrat keparat rakyat jadi larat Kapitalis lintah darat Bangsawan lupa daratan. Menang bicara terbeliak mata Mendengus berdekah-dekah Tenat mengandung laba.

Rasuah, pelaku rasuah, dan kerajaan yang memerintah

Rasuah pada pandangan umum adalah satu perbuatan yang jijik dan dikeji sehingga ke akhir zaman. Manusia di atas muka bumi ini kesemuanya menyedarinya sama ada mereka itu pemimpin atau dipimpin. Sistem pelajaran yang bertamadun sudah semestinya menyelitkan bahana rasuah dalam pembelajaran dan pendidikan agar generasi baru manusia terhindar daripada melakukan rasuah.

"Don Quixote" dan "Doctor Zhivago"

Seperti yang dijangka, syor yang disarankan oleh Pengurusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen, supaya sayap Umno termasuk Putera dibubarkan mendapat “bangkangan secara berhemah” daripada Presiden Umno dan tentunya Putera, salah satu sayap Umno. Nampaknya Umno secara keseluruhannya tidak bersetuju dengan syor yang disarankan oleh pengurusi lembaga disiplinnya itu. Apa pun, “sebulat suara” ini membuktikan yang demokrasi masih segar di dalam Umno. Baik atau buruk sesuatu itu boleh ditolak secara demokrasi. Umno telah membuktikannya.

Sayap Umno "coma"

Pemuda, Wanita, Putera, dan Puteri Umno, merupakan sayap Umno yang kini sedang mangalami coma akibat kegagalan post mortem yang dilakukan oleh “ Doctor Zhivago ” Umno. Coma yang dialami ini sudah tentu menjaminkan Umno/BN dengan masa depan yang kabut di samping mendebukan kehegomonian Umno sebagai teras parti pemerintah di dalam tong sampah sejarah politik tanah air.

Sistem politik Umno/BN kuno

Umno/BN yang juga kerajaan memerintah kini berada dalam keadaan susah dan kebingungan ibarat “lembu kenyang” apabila gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat, marhaen terutamanya. Penolakan rakyat terhadap Umno/BN semakin ketara ketika ini. Manakala penerimaan rakyat terhadap seteru politiknya, Pakatan Rakyat (PR), semakin menyerlah. Umno/BN sudah pun mencipta “hatrik” kekalahan dalam tiga siri pilihan raya (PRU-12, P044, dan P036) dalam jangka masa yang begitu dekat.

P036

1. Parti Pemerintah yakni umno/BN perlu melakukan pengstrukturan semula unit-unit perlaksana manifesto politiknya. Pengstrukturan semula unit-unti perlaksana perlu bersifat ikhlas dan jujur serta bersifat menginsafi diri, bukan hanya bersifat ad hoc atau setakat teori atas kertas yang bersulam dengan retorika-retorika dangkal. Rakyat marhaen pastinya tidak akan berkompromi dengan teori atas kertas tanpa perlaksanaan yang padu, jitu, dan tuntas.

P036: "2/3" Umno/BN tergugat

Kekalahan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut pastinya memberi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Najib Razak sebagaimana yang diramal oleh banyak pihak. Namun, Dato’ Seri Najib Razak tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana Datuk Wan Ahmad Farid dicalonkan oleh Umno/BN yang mana Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Presiden dan Pengurusi parti. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar dipersalahkan dan bertanggungjawab diatas kekalahan BN di P036.