Skip to main content

Rakyat: "Malapetakalah" yang ditimbulkannya

“Rakyat suatu bangsa itu selalu diam, tetapi ia mencatat dan tidak pernah lupa. Rakyat itu seperti ular naga yang keberatan badan, melingkar dalam keheningannya sendiri, tetapi panca inderanya tajam dan intuisinya kuat. Jangan sekali-kali melukainya, apa lagi melukainya berkali-kali, maka sekali ia bangkit, akan rosaklah malapetaka yang ditimbulkannya.”
- Penulis Kolum Indonesia

Antara kupasan isu yang menjadi tajuk “utama” majalah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Edisi April/Mei 2009, ialah “Antara Kehebatan Najib dan Keunggulan Obama. ”

"Najib mengatakan, “Umno akan berubah.” Kata-katanya persis ucapan Obama semasa berkempen, “Change has come to America.”

- Mohd Khairulanuar Manshor, Unit Komunikasi Korporat ITNM

Tidak keterlaluan jika dikatakan membuat perbandingan antara kehebatan Najib dan keunggulan Obama adalah satu “character savior” dan hasilnya masih lagi bersifat teori atas kertas. Semasa berucap pada kempen pemilihan Presiden 2008, Obama memberi jaminan kepada seluruh rakyat AS bahawa pengunduran tentera AS dari bumi Iraq akan terlaksana selewat-lewatnya 31 Mac 2008.


Namun apa yang jelas tentera AS masih lagi menjarah bumi Iraq dengan taktik membunuh manusia untuk menyelamatkan manusia atas nama demokrasi. Ini juga menunjukkan bahawa Presiden Obama yang dilabel sebagai “unggul” itu diam membisu seperti tunggul kayu apabila gagal mengotakan janjinya kepada seluruh rakyat AS. Apakah Perdana Menteri Najib juga sedemikian yang menjanjikan “Umno akan berubah?” Apa yang pasti rakyat yang akan menghakiminya dan bukannya Ketua Hakim Negara.

“Rakyat masih sayangkan Umno dan mereka cuma mahu parti ini berubah” antara luahan terus terang Datuk Seri Najib dalam ucapan dasar sulungnya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2009. Berikut reaksi ucapan Datuk Seri Najib yang dilontarkan oleh tokoh dan pemimpin-pemimpin Umno;

Saya nampak ucapan perasmian oleh Datuk Seri najib begitu bersemangat dan saya fikir beliau sedar tentang masalah yang dihadapi oleh Umno.”

- Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Presiden Umno

Ucapan dasar sulung Presiden Umno menyentuh mengenai cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi oleh parti dan pemerintahan.”

- Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Naib Presiden Umno

Ucapan yang hebat dan membakar semangat ahli Umno terutama wanita dan tidak lagi menoleh ke belakang dan berputus asa dalam perjuangan.”

- Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno

Datuk Seri Najib merupakan legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui Umno berhadapan dengan cabaran dan rintangan politik yang bakal dihadapi. Antara sembilan intipati ucapan dasar Datuk Seri Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2009, yang terpenting adalah “Umno akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat.”

Adalah diyakini bahawa harapan rakyat terhadap Datuk Seri Najib tinggi dan menggunung dan melebihi harapan Datuk Seri Najib sendiri. Di era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat jelas kecewa terhadap soal kebajikan dan periuk nasi yang gagal dibela oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Umno ekoran keperihatinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Umno terhadap komuniti ahli perniagaan terutamanya ahli perniagaan dari “Singapura di langgar todak.”.

Perumpamaan Melayu ada mengungkap “bapa borek anak rintik,” jadi sudah semestinya darah “jiwa rakyat” Tun Abdul Razak Hussien mengalir segar di dalam tubuh badan Datuk Seri Najib Razak. Namun, ia masih lagi kabur dan rakyat dalam keadaan berteka-teki menanti penuh debar dan sabar. Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah bertakwa ada kebenaranya. Ada kemungkinan bapa borek anak tidak rintik. Jika demikian, “malapetakalah” yang ditimbulkan rakyat (kemungkinan pada Pilihan Raya Umum-13 yang akan datang).

Pilihan Raya Umum-13 dijangka berlangsung pada Jun 2013. Bertitik tolak dari saat seusai Perhimpunan Agung Umno 2009, Datuk Seri Najib hanya memiliki masa kurang daripada empat puluh lima bulan untuk membuktikan “kita sedar, kita insaf, kita dengar…kita akan berubah. Oleh yang demikian, Datuk Seri Najib dan pemimpin-pemimpin serta ahli Umno perlu turun padang mendengar rintihan dan adu rakyat untuk membuktikan “kita sedar, kita insaf, kita dengar…kita akan berubah.” Seandainya ikrar ini hanya dibuktikan pada Pilihan Raya Umum-13 maka “malapetakalah” yang bakal ditimbulkan rakyat.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.