Skip to main content

Isu pendidikan negara: Agama "penyembuhnya"

“…inti ajaran semua agama ialah kepercayaan kepada wujudnya kuasa yang mengatasi segala-galanya , dan manusia akan mencapai kenikmatan, kesejahteraan dan kedamaian jika benar-benar menghayatinya. Ini memang sukar dijelaskan melalui kata-kata, tetapi perlu dihayati.”

“…ajaran agama perlu diinterpretasikan dengan menekankan aspek-aspek kasih sayang, empati, hormat-menghormati, hidup bersama secara aman dan sebagainya. Amalan agama sebeginilah yang mampu menjadi penyembuh kepada seluruh dunia.”


- Karen Armstrong, semasa menyampaikan ceramah bertajuk Agama di Abad ke-21, Kuala Lumpur, 16 Jun 2007

Malaysia masih lagi berbasa-basi dengan perkara-perkara yang sudah klasik. Salah satu contoh perkara klasik yang menghantui Malaysia ialah masalah perpaduan. Malaysia walaupun kelihatan bersatu padu tetapi perpaduan yang kelihatan itu tidak mencakupi rantaian perpaduan yang lengkap yakni rantaian perpaduan sosial-ekonomi-politik.


Politik Malaysia masih lagi tenat ekoran politikusnya yang tidak penat-penat menikus dan membadut. Ekonominya masih lagi suram dan muram walaupun Sekolah Perniagaan Harvard di Boston, Amerika Syarikat, telah melakukan kajian kes terhadap kesungguhan dan inisiatif berani Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mengatasi masalah kewangan (Case study on Najibnomics). Sosial Malaysia masih lagi bersifat polarasi perkauman dan masih tidak bersifat “Malaysia” sepenuhnya walaupun Malaysia Truly Asia.

Adakah ini disebabkan oleh sikap dasar Kementerian Pelajaran yang kerap bertukar-tukar dalam masa yang singkat seolah Menteri Pendidikan dan penggubal dasar yang membuat dasar tidak benar-benar faham apa yang dikehendaki? Adakah ini disebabkan oleh kegagalan golongan arif agama gagal menerapkan sepenuhnya ajaran agama ke dalam hati dan jiwa penganutnya? Sekiranya YA, apa yang perlu dilakukan?

Apa yang jelas, “Malaysia” tidak boleh mengundur ke belakang untuk mempelajari semula kesilapan yang dilakukannya. Mahu tidak mahu, “Malaysia” mesti ke hadapan!

Akan kemungkinan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan akan gagal sebagaimana gagalnya Islam Hadhari yang digagaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tidak akan tercapai dan berkecai selagi Malaysia tidak bersatu-padu di dalam “tempurung” sosial-ekonomi-politik. Jika demikian, kecewalah Perdana Menteri Malaysia yang disayangi rakyat, Datuk Seri Najib Razak.

Pendidikan dan pelajaran adalah sub unit dunia sosial dan pada masa yang sama berkait secara langsung dengan dunia ekonomi dan dunia politik. Tanpa pendidikan dan pelajaran, sosial, ekonomi, dan politik tidak akan bersifat lengkap dan memberi implikasi terhadap pembangunan insan.

Bagi “Malaysia,” sistem satu sekolah atau sistem satu aliran yang bersifat nasional adalah tidak wajar atas faktor Melayu / Bumiputra-Cina-India. Pelaksanaan sistem satu sekolah atau sistem satu aliran yang bersifat nasioanal dilihat sebagai menghakis indentiti kaum seperti bahasa ibunda. Melayu / Bumiputra berpandangan sistem pendidikan dan pelajaran mestilah bersifat Melayu (seperti penggunaan bahasa pengantar). Cina dan India berpandangan bahasa ibunda masing-masing perlu dikekalkan di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Pendidikan dan pelajaran merupakan hal-ehwal keduniaan yang amat dititik-beratkan oleh seluruh masyarakat di kesemua 260 buah negara termasuklah Malaysia. Di abad ini, hanya bangsa Barat yang benar-benar berilmu kesan pengekplorasian ilmu yang bersungguh-sungguh di kalangan mereka walaupun terpaksa menggunakan bahasa pengantar asing dalam sistem aliran pendidikan dan pelajaran. Manakala bangsa Asia hanya segelintir sahaja antaranya bangsa Jepun, bangsa China, dan bangsa India, jika dibandingkan dengan bangsa Barat.

Bangsa Barat, Jepun, China, dan India tidak kisah atau peduli terhadap bahasa apa yang digunapakai untuk pemelajaran dan pembelajaran, asalkan bermanfaat untuk pembanguna dan pemartabatan bangsa. Walaupun nilai agama, akhlak dan moral masyarakat Barat, Jepun, China, dan India kini seolah terhakis dari garis norma tradisional, masyarakat ini masih bersatu padu di dalam hal-ehwal pelajaran dan pendidikan. Adakah ini disebabkan oleh kepercayaan mereka terhadap pelajaran dan pendidikan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah dan tiada kena mengena dengan hal-ehwal politik negara?

Agama mungkin boleh dijadikan penawar atau penyembuh atau kedua-duanya sekali dalam mengatsi kebuntuan “Malaysia” (Melayu / Bumiputra-Cina-India) untuk menyelesaikan masalah perlaksanaan sistem sekolah satu aliran yang sudah dianggap klasik. Jika YA, golongan agamawan (Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan sebagainya) terpaksa melipatgandakan usaha untuk mendidik dan mengajar “Malaysia” dengan nilai-nilai murni agama.

Dalam konteks Malaysia, masyarakat Melayu adalah beragama Islam, masyarakat Cina beragama Islam / Buddha / Kristian, dan masyarakat India beragama Islam / Hindu / Kristian. Ketiga-tiga kaum Melayu, Cina, dan India tidak memiliki budaya dan agama yang sama (kecuali pemeluk agama Kristian, Budha, dan Hindu memeluk agama Islam) di antara satu sama lain begitu juga dengan agama yang dianuti.

Adalah diyakini bahawa mana-mana agama dan kepercayaan di seluruh pelusuk dan ceruk dunia (tidak termasuk negara Israel) menyeru penganutnya mengamalkan kebaikan semaksimum mungkin dan meniggalkan apa yang ditegah oleh agama seminimum mungkin. Tiada agama yang menyeru penganutnya supaya cenderung kepada perbuatan yang tidak baik atau perbuatan yang buruk, melainkan agama bangsa Yahudi Israel (hanya agama bangsa Yahudi Isreal yang menyeru penganutnya supaya cenderung kepada keburukan dan kerosakan).

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.