Skip to main content

Apakah ada agenda di sebalik perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Within Malaysia itself, the issue of the appropriate response to the crisis was hotly debated. Finance Minister Anwar Ibrahim proposed “an IMF program without the IMF,” that is, raising interest rates and cutting back on expenditures. Mahathir remained skeptical. Eventually, he dumped his finance minister and economic policies were reversed.”

- Joseph Stiglitz, Globalization and its discontents (2002)

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga boleh dikira sebagai hebat dalam hal-ehwal ekonomi walaupun belum terbukti secara mutlak, dan pelantikannya sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini mengundang seribu satu tanda tanya. Tidak diketahui sama ada perlantikannya itu benar-benar atas kapasiti penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor semata atau lebih daripada itu. Apakah mungkin ada agenda disebalik perlantikan itu? Bagaimana dengan kapasiti “penasihat de facto Menteri Besar” kerajaan negeri Selangor?


Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang makmur dari segi ekonomi dan termaju di negara ini jika jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Berasaskan ukuran kasar kemakmuran ekonomi, negeri Selangor mencatat kadar kemiskinan yang rendah selepas Pulau Pinang dengan kadar 1.0 peratus (Malaysia: Kadar Kemiskinan 2004). Manakala dari segi kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2004, negeri Selangor mencatat kadar kutipan dan agihan zakat kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan dengan kadar kutipan sebanyak RM108,826,547.05 dan kadar agihan sebanyak RM100,246,508.85 (MAIN dan SMZ Negeri-negeri).

Di samping kadar kemiskinan yang rendah dan kadar kutipan dan agihan zakat yang tinggi, negeri Selangor juga menjadi tumpuan pelabur asing sama ada secara langsung mahupun bukan langsung. Kemasukan pelabur asing bukan sahaja menrancakkan ekonomi negeri Selangor tetapi menjadikannya sebagai negeri termaju (implikasi daripada kemasukan teknologi dan kepakaran tinggi luar yang penting untuk peningkatan produktiviti pengeluaran domestik dan antarabangsa). Dengan adanya kemasukan pelabur asing, ekonomi negeri Selangor bukan sahaja rancak dan berkembang pesat tetapi “memakmurkan” hasil perolehan kutipan cukai kerajaan negeri Selangor.

Kemajuan dan kemakmuran ekonomi negeri Selangor dipengaruhi secara rapat dengan pentadbiran kerajaan persekutuan dan pentadbiran kerajaan negeri yang dibawa pentadbiran Umno/BN. Parti Pembangkang sama sekali tidak memberi apa-apa mangkin kemajuan dan ekonomi terhadap negeri Selangor melainkan mangkin sosial dan politik. Namun tidak diketahui sama ada negeri Selangor benar-benar berhadapan dengan “sakit ekonomi” selepas tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008 atau tidak.

Semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan sedikit “kesilapan” silap mata pembuatan keputusan ekonomi yang menyebabkan negara hampir-hampir kecundang ke dalam perangkap ekonomi yang dicaturi oleh petualang ekonomi dunia terutamanya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Namun Krisis Kewangan Asia 1997/1998 membawa rahmat kepada terbuktinya kesilapan “silap mata” pembuatan keputusan ekonomi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Within Malaysia itself, the issue of the appropriate response to the crisis was hotly debated. Finance Minister Anwar Ibrahim proposed “an IMF program without the IMF,” that is, raising interest rates and cutting back on expenditures. Mahathir remained skeptical. Eventually, he dumped his finance minister and economic policies were reversed.”

- Joseph Stiglitz, Globalization and its discontents (2002)

Apakah yang akan berlaku kepada ekonomi negeri Selangor sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunapakai kaedah silap mata ekonomi yang telah terbukti “silap” dalam membuat keputusan-keputusan ekonomi kerajaan negeri Selangor? Mungkin ia tidak memberi kesan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi bagaimana dengan rakyat negeri Selangor?

Pemacuan ekonomi tidak boleh bergantung kepada (1) kadar kemiskinan yang rendah, (2) kadar pungutan dan agihan zakat yang tinggi, dan (3) kadar kemasukan pelaburan asing sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau (4) kuasa beli rakyat yang rancak atau tinggi. Namun ia juga bergantung kepada pembuatan keputusan-keputusan ekonomi yang bijak dan berwaspada. Sejarah kegagalan ekonomi dunia telah mencatat dan menjelaskan bahawa pembuatan keputusan-keputusan ekonomi yang kurang bijak dan kurang waspada membawa kepada “sakit ekonomi” yang mana kesannya membahana tanpa mengira sempadan doktrin ekonomi.

Seandainya negeri Selangor benar-benar berhadapan dengan “sakit ekonomi” implikasi daripada kemelesetan ekonomi global atau “sekatan ekonomi” yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan, maka perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri adalah sesuatu yang wajar. Namun kewajaran ini harus bersandar kepada keutamaan rakyat negeri Selangor bukan pada keutamaan hegomoni politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) semata.

Apakah ada agenda di sebalik perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor? Bagaimana dengan kapasiti “penasihat de facto Menteri Besar Negeri Selangor?” Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadi “Menteri Besar boneka” Selangor?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh salah sebuah akhbar arus perdana, Datuk Seri Anwar mengakui bahawa wujud dan berlakunya krisis dalaman di dalam PKR dan PR. Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor dilakukan dalam keadaan PKR dan PR dilanda krisis. Krisis apa yang melanda PKR dan PR? Adakah krisis ekonomi atau krisis politik? Atau kedua-duanya sekali. Seandainya krisis yang dialami oleh PKR dan PR adalah krisis ekonomi dan politik maka PKR dan PR akan bakal berhadapan dengan hakisan kepercayaan daripada rakyat negeri Selangor.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, juga mengakui bahawa berlaku krisis di dalam Pakatan Rakyat. Implikasi daripada kirisis yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat menurut Raja Petra Raja Kamaruddin ialah peristiwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang tumbang di tangan Umno/BN pada kemungkinan akan bakal berlaku di negeri Selangor. Ini dikukuhkan lagi dengan kesiap-siagaan Umno/BN untuk merampas semula negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Bersandarkan kepada kebarangkalian, seandainya Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar berperanan sebagai penasihat de facto Menteri Besar negeri Selangor menerusi perlantikannya sebagai penasihat ekonomi maka ia boleh disifatkan sebagai satu penipuan dan manipulasi yang terancang tetapi pada masa yang sama “pecah tembelang.” Ia juga seterusnya membuktikan kebarangkalian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Boneka Selangor apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar berperanan sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.