Skip to main content

Sistem Pendidikan Malaysia mundur dan kolot: Ilmu Lwn Kuasa

“Namun, apa boleh buat, nasib yang sama menimpa insan yang jauh lebih mulia, Nabi Muhammad SAW, daripada seorang yang digelar al-Amin, lalu dipanggil tukang sihir dan gila. Ini semua akibat tidak mampu bersaing di pasaran pemikiran. Padahal, dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasul-Nya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa, tetapi bersaing dengan hujah. Namun, bak kita kata tadi, apabila habis perkakas hujah, ada yang guna perkakas fitnah.”
- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bagaimana dengan polisi Kementerian yang kerap bertukar-tukar dalam masa yang singkat?”
“Orang yang buat polisi tidak benar-benar faham apa yang dikehedaki”

- Profesor Emeritus Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, sewaktu diwawancara oleh Milenia Muslim pada Mac 2007

Secara mudah boleh disimpulkan bahawa punca yang menyebabkan sistem pendidikan Malaysia kolot dan mundur adalah disebabkan oleh (1) ilmu bersaing dengan dengan kuasa kerajaan yang memerintah, dan (2) akibat polisi Kementerian yang kerap bertukar-tukar.


Namun, sistem tidak boleh dipersalahkan jika pendidikan nasional mengundur kebelakang statik kehadapan. Ia berkaitan secara mutlak dengan kerajaan yang memerintah dan para penggubal dasar pendidikan nasional (yang bertuan dengan kerajaan yang memerintah). Maka yang perlu dipersalah dan dipertanggungjawab ialah kerajaan yang memerintah kerana kerajaan yang memerintah memegang kuasa dan menggerakkan sistem.

Apabila ilmu bersaing dengan kuasa, maka benarlah kata-kata seorang ilmuan Islam.

“Orang yang berakal menderita di tengah-ditengah nikmat tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah-tengah kecelakaan.”

- Bapak Hj. Agus Salim

Apa yang “kuasa” perlu faham ialah orang yang berakal tidak semestinya para “kuasa” (kerajaan yang memerintah) dan para kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan, dan kroni “kuasa” (kerajaan yang memerintah). Terdapat ramai orang yang berakal di rumah-rumah setinggan, ceruk-ceruk kampung dan desa, dalam penjara, mahupun di dalam Kem Tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Allah S.W.T tidak bersifat memilih di dalam menganugerahkan akal kepada hambaNya.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika “kuasa” dilabel sebagai tidak berakal. Yang layak dilabel sebagai tidak berakal adalah mereka-mereka yang berada di rumah-rumah setinggan, ceruk-ceruk kampung dan desa, penjara, dan di dalam Kem Tahanan ISA. Ini adalah kerana, mereka-mereka ini tidak memiliki kuasa untuk menjadikan diri mereka sebagai Ahli Alumni Universiti Oxford, Havard, Cambridge, dan sebagainya agar dapat menarajui bidang sosial, ekonomi,politik, dan agama.

Hanya “kuasa” yang berkuasa untuk menjadikan diri mereka “ahli” di samping menerajui pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik, dan agama sehingga menyenyapkan orang yang berakal yang tidak memiliki apa-apa apatah lagi segulung tauliah daripada kerajaan yang memerintah.

Namun adakalanya “kuasa” juga tidak berakal persis orang yang tidak berakal langsung. Ini amat jelas kelihatan apabila “kuasa” gagal memahami apa itu dasar dan bagaimana hendak mencapai misi dan visi melalui dasar. Maka apabila dasar yang dilaksanakan itu gagal mencapai misi dan visi yang digagaskan, “kuasa” beranggapan ia adalah disebabkan sistem, jauh sekali “kuasa” menyesali kesilapan dan kesalahan sendiri yang dangkal menggunakan akal, dan kedangkalan “kuasa” itu tiada kena mengena dengan orang berakal yang telah disenyap-bisukan.

Apabila “kuasa” juga tidak berakal persis orang yang tidak berakal maka benarlah pernyataan Datuk Azman Attar “if you have a power make sure you are powerful, otherwise you are bloody fool.” Mengapa “kuasa” bersifat sedemikian rupa? Adakah disebabkan oleh “keberakalan” dan “keberkuasaan?” atau kejahilan melangit yang tidak mahu menunduk ke bumi?

Milenia Muslim: “Apa akan jadi jika kita tidak segera merombak sistem pendidikan sekarang?” Profesor Emeritus Dato’ Dr. Khoo Kay Kim: Di sebalik ingin maju pada 2020, kemungkinan besar kita akan merosot sebelum 2020. Kemungkinan besar Vietnam akan mendahului kita.”

Comments

ninim said…
salam..saya suka cara anda mengupas setiap isu menganalisis setiap perkara..ditambah dengan pembacaan anda membuatkan saya begitu tertarik untuk mendengar pandangan anda..
Unknown said…
Assalam alaikum

to ninim

Dalam mengupas isu kita perlu jujur walaupun pahit diterima.

Mengupas isu tidak semudah mengupas "kulit mangga." Perlu banyak membaca dan berfikir. Bahan yang dibaca perlu bersifat menyeluruh dan memerlukan kesabaran dan kudrat akal yang tinggi.

Semakin banyak kita tahu (melalui pembacaan) semakin banyak yang kita tidak tahu.

Membaca memerlukan kita berfikir, kalau boleh berdialog dengan bahan bacaan, mungkin dengan cara itu kita akan mendapat sesuatu yang orang lain tidak akan dapat daripada pembacaan melainkan mengisi waktu santai.

Pada saya, ilmu adalah untuk dikongsi dan perlu diamalkan. Pada saya, tiada istilah "Hak Milik" atau "Hak Cipta Terpelihara" di dalam berkongsi atau mengamal ilmu. Ilmu itu milik Allah SWT. Kita hanya menggunakannya.

Saya hanya hamba Allah SWT yang biasa-biasa sahaja.

Oh ya, mungkin anda pernah terbaca atau terdengar tentang "Jika kita malas berfikir syaitan akan datang berserunai di hadapan kita sehingga kita lalai."

Ninim, apa pun terima kasih atas perhatian anda. Segala pandangan, pendapat, dan kritikan anda akan menjadi inti yang berguna kepada saya.

Wassalam

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.