Skip to main content

N12 Penanti: Najib mengaku kalah?

Pada pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu, N25 Bukit Selambau, P59 Bukit Gantang, dan N29 Batang Ai, Dato Seri Najib telah dilantik oleh Umno/BN sebagai pengarah pilihanraya yang bertanggungjawab dalam memastikan kecemerlangan Umno/BN. Walaubagaimana pun, status quo Umno/BN, PKR, dan PAS pada keempat-empat pilihanraya ini kekal sebagaimana selepas Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12) berlangsung.


Walaupun Umno/BN berjaya merampas semula negeri Perak daripada penguasaan Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP), Umno/BN masih gagal memperoleh 2/3 majoriti dewan rakyat. Seandainya Undang-Undang Halang Lompat Parti (UUHLP) dilaksanakan, Umno/BN tetap tidak akan berupaya mencapai 2/3 majoriti dewan rakyat.

Untuk memperoleh semula 2/3 majoriti dewan rakyat, bagi Umno/BN, mungkin agak sukar apatah lagi dalam masa yang terdekat. Namun Umno/BN perlu sedar bahawa 2/3 majoriti dewan rakyat hanya boleh dicapai melalui undi rakyat. Undi rakyat hanya boleh diperoleh semasa pilihanraya. Menunggu masa ahli parlimen Pakatan Rakyat lompat parti, ibarat Umno/BN menanti bulan jatuh ke riba. Apakah “bulan PAS?”

Bercakap tentang pilihanraya kecil N12 Penanti, reaksi Dato’ Seri Najib pula agak berbeza. Dato’ Seri Najib beranggapan bahawa pilihanraya kecil N12 Penanti hanyalah satu creatio Pakatan Rakyat yang tidak membawa apa-apa kepada Umno/BN. Dato’ Seri Najib seolah sudah mengaku kalah sebelum dikalahkan. Kalah adalah ibarat orang yang gagal. Namun, orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah berbuat ataupun melakukan apa-apa.

Alasan Dato’ Seri Najib supaya penumpuan terhadap pemulihan ekonomi negara perlu diberi keutamaan adalah alasan yang munasabah dalam keadaan ekonomi dunia sekarang ini. Tetapi alasan sedemikian adalah alasan yang tidak munasabah dalam keadaan Umno/BN sekarang ini yang terhakis kehegomoniannya. Untuk mengembalikan semula kehegomonian Umno/BN, Dato’ Seri Najib memerlukan keyakinan rakyat. Keyakinan rakyat hanya boleh diperoleh melalui suara rakyat. Dan suara rakyat hanya boleh diperoleh melalui pilihanraya. Jika Umno/BN bertanding pada pilihanraya kecil N12 Penanti nanti, maka Dato’ Seri Najib telah memulakan langkah untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno/BN.

Setiap kali pengadaan pilihanraya, kos operasi perjalanan pilihanraya sememangnya melibatkan jumlah yang tinggi. Wang yang digunakan sudah tentu wang rakyat yang sering disinonimkan dengan wang negara. Walaupun wujud perbezaan yang jelas dan ketara di antara wang rakyat dan wang negara. 10172284 (37.67%) rakyat Malaysia yang berhak memilih pada PRU-12 lalu tdak keseluruhannya memilih Umno/BN. Tetapi rakyat Malaysia – terutamanya yang berpendapatan tinggi – tetap membayar cukai – cukai langsung dan tidak langsung – kepada kerajaan yang memerintah yakni Umno/BN, walaupun mereka tidak memilih Umno/BN semasa pilihanraya umum lalu. Maka, Dato’ Seri Najib perlu memastikan Umno/BN bertanding pada pilihanraya kecil N12 Penanti.

N12 Penanti merupakan gelanggang yang terbaik untuk Umno/BN menunjukkan sikap budiman di dalam perlumbaan perebutan kuasa politik tanah air. Mengganyang seteru politik – PKR-PAS-DAP – secara culas dan secara pintu belakang tidak boleh disifatkan sebagai sikap budiman. Kaedah dan strategi yang digunapakai oleh Umno/BN dalam merampas semula negeri Perak baru-baru ini dilihat sebagai tidak budiman dan culas, dan tergesa-gesa.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.