Skip to main content

Najib Tun Abdul Razak

Dato’ Seri Najib Razak merupakan seorang animal politics yang cukup berpengalaman. Dia telah menidakkan hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dato’ Seri Najib bukan sahaja berpengalaman luas sebagi animal politics malah juga memiliki pengalaman sebagai anak seorang animal politics. Pada kemungkinan kedua-dua pengalaman inilah yang menjadikan Dato’ Seri Najib sebagai seorang animal politics yang cukup berpengalaman.


Dato’ Seri Najib telah berjaya mengikuti jejak langkah Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak, iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Namun Dato’ Seri Najib tidaklah mengikuti jejak langkah bapanya dengan sepenuhnya di dalam merialisasikan impian cita-cita politiknya. Dan keikutan jejak langkahan itu masih boleh dipersoalkan. Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua kerana keunggulannya dalam politik/kerajaan dan bersifat sosialist (dalam kerangka sosial)/humanist. Tun Abdul Razak juga seorang yang berkarisma dalam segala segi dan karismanya setanding dengan animal politics kelas dunia. Mungkin boleh juga dikatakan bahawa Tun Abdul Razak memiliki autoriti karisma. Seandainya ya, adakah ia boleh boleh dipindahkan kepada anak (Dato’ Seri Najib Razak)?

Selalunya autoriti karisma ini idak boleh dipindahkan kepada orang lain, dan oleh itu tidak berunsur turun-temurun. Guntur anak Soekarno, umpamanya tidak mewarisi secara automatis karisma bapanya; Chiang Ching isteri Mao Tze Dong, tidak berjaya mendapatkan karisma suaminya walaupun dia mencuba. Bagaimana pula dengan Dato’ Seri Najib? Adakah dia memiliki autoriti karisma bapanya? Atau sememangnya tidak? Atau hanya mewarisi autoriti secara legal-rasional?

Adakah Dato’ Seri Najib Razak mencapai cita-cita politiknya kerana berkat “kesungguhtaat-setianya” kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Umno/BN? Atau Dato’ Seri Najib Razak sememangnya memiliki pakej lengkap animal politics sehingga Malaysia (Politik/Kerajaan - Institusi - Rakyat) beranggapan bahawa Najiblah yang sesuai dengan jawatan Perdana Menteri dan bukannya orang lain.

Umno/BN dan Pakatan Rakyat sememangnya masak dengan ketaat-setiaan Dato’ Seri Najib Razak terutamanya terhadap pucuk kepimpinan tertinggi parti (Umno/BN). Sewaktu Umno/BN masih berada di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Dato’ Seri Najib telah menunjukkan taat- setia yang gemilang. Apabila Tun Dr. Mahathir memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan politik/kerjaan, ketaat-setiaan Dato’ Seri Najib terhadap pucuk kepimpinan parti tidak goyah sama sekali.

Apabila Umno/BN berada di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketaat-setiaan Dato’ Seri Najib telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang walaupun dia menyedari akan kelemahan dan ketidak-karismaan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin kerajaan/politik. Dato’ Seri Najib seterusnya mengukuhkan ketaat-setianya apabila berlaku krisis di antara Tun Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik/kerajaan dan kerajaan/politik. Walaupun menunjukkan taat setia yang tidak boleh dipertikai terhadap Abdullah Ahmad Badawi, Dato Seri Najib pada masa yang sama menghormati dan tidak memprovokasi Tun Dr. Mahathir.

Sebagai seorang perdana menteri, Dato’ Seri Najib tentunya inginkan pencapaian yang lebih gemilang, cemerlang, dan terbilang daripada era emas 22 tahun Tun Dr. Mahathir ataupun era Tun Abdullah Ahmad Badawi. Namun, setakat ini, Malaysia apatah lagi dunia belum mampu mengukur sejauh mana keunggulan dan keperkasaan Dato’ Seri Najib sebagai seorang animal politics.

Dato’ Seri Najib mewarisi jawatan perdana menteri setelah (Tun) Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur daripada jawatan tertinggi kerajaan/politik. Bukannya mewarisi jawatan perdana menteri secara demokrasi-sepenuhnya. Dato’ Seri Najib mengambil alih kepimpinan tertinggi kerajaan/politik dalam keadaan politik-sosial-ekonomi negara tidak menentu. Akan kemungkinan, keadaan politik-sosial-ekonomi negara yang idak menentu sekarang ini akan memberi tekanan terhadap prestasi keunggulan dan keperkasaannya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.