Skip to main content

PM Najib dan Menteri Kabinet, dan pembentukan kabinet baru

Tidak dapat diketahui secara jelas dan tuntas sama ada Dato’ Seri Najib akan mengekalkan barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semasa pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi atau tidak. Namun media perdana dan alternatif mewar-warkan bahawa Dato’ Seri Najib akan mengecilkan sedikit jumlah menteri kabinetnya. Berdasarkan logika, pengurangan anggota jemaah menteri kabinet sekali gus menyebabkan beberapa kementerian akan dibubar atau disatukan dengan kementerian lain melalui penggabungan.


Pengurangan anggota jemaah menteri di dalam kabinet sama ada dilaksanakan atau tidak bergantung kepada budi bicara Dato’ Seri Najib, sebagai perdana menteri. Hanya perdana menteri yang memiliki kuasa eksekutif di dalam mengurang atau menambah anggota jemaah menteri kabinet. Namun pengurangan atau penambahan anggota jemaah menteri kabinet sama sekali tidak akan mengubah pola keberkesanan dan kelicinan pentadbiran negara selagi ia (1) terikat dengan karenah birokrasi yang diatasnamakan integriti amalan kita; atau (2) anggota jemaah menteri kabinet tidak cekap dan mudah tertipu dan ditipu oleh orang yang tidak menuntut di universiti, tidak berpengetahuan luas, flip-flop dan sebagainya.

Namun daripada sudut pandang rasional atau kewajaran, adalah wajar Dato’ Seri Najib mengecil atau mengurangkan jumlah anggota jemaah menteri kabinetnya. Malaysia adalah sebuah negara kecil dan tidak memerlukan jumlah menteri kabinet yang besar. Jika dibuat perbandingan di antara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia atau negara-negara lain di Asia Tenggara, anggota jemaah menteri kabinet Malaysia lebih besar. Tetapi sayang jentera pentadbiran negara Malaysia sedikit keterbelakang dan statik kehadapan akibat percaturan silap anggota jemaah menteri kabinetnya.

Seterusnya, pengurangan jumlah anggota jemaah menteri kabinet akan dapat mengurangkan sedikit belanjawan saraan negara. Ini kerana, tangga gaji menteri kabinet rata-ratanya lima angkah dan mampu mencecah sehingga ke suku juta sekiranya terdapat penambahan saraan sebanyak 20% atau 30%. Kerajaan yang memerintah (Umno/BN) pasti mampu menjimat belanjawan saraan negara sekiranya jumlah anggota jemaah menteri kabinet dikurangkan. Dan wang belanjawan saraan yang dijimatkan itu boleh disalurkan kepada pembangunan pendidikan dan pelajaran rakyat marhaen dan non-marhean terutamanya yang masih berada di bawah paras garis kemiskinan.

99% anggota jemaah menteri kabinet adalah dilantik daripada kalangan animal politics, tanpa mengambil kira sama ada seseorang animal politics itu tulen dan ahli atau membadut dan menikus, asalkan ia mendapat kepercayaan daripada parti yang dianggotainya dan kepercayaan daripada rakyat yang tidak tahu apa-apa tentang politik. Seandainya, golongan animal politics tulen dan ahli ini menganggotai jemaah menteri kabinet, sudah tentu jentera pentadbiran negara berkesan dan telus. Namun, jika sebaliknya, negara akan berhadapan dengan bahana bencana malapetaka bila-bila masa sahaja. Oleh demikian dalam mengurang dan mengekal jumlah anggota jemaah menteri kabinet yang akan dilakukan kelak, Dato’ Seri Najib perlu membuat percaturan kemas dan tuntas.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.