Skip to main content

"Don Quixote" dan "Doctor Zhivago"

Seperti yang dijangka, syor yang disarankan oleh Pengurusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen, supaya sayap Umno termasuk Putera dibubarkan mendapat “bangkangan secara berhemah” daripada Presiden Umno dan tentunya Putera, salah satu sayap Umno. Nampaknya Umno secara keseluruhannya tidak bersetuju dengan syor yang disarankan oleh pengurusi lembaga disiplinnya itu. Apa pun, “sebulat suara” ini membuktikan yang demokrasi masih segar di dalam Umno. Baik atau buruk sesuatu itu boleh ditolak secara demokrasi. Umno telah membuktikannya.

Lembaga disiplin Umno mendapati kebanyakan ahli dan pemimpin Umno melanggar disiplin parti. Begitu juga dengan Presiden, Timbalan Presiden, dan Pemimpin-pemimpin Tertinggi Umno lainnya. Dalam hal ehwal kedisiplinan parti, adakah lembaga disiplin Umno benar-benar mempunyai kuasa mutlak dalam mendisiplinkan ahli dan pemimpin parti yang melanggar disiplin parti?

Seandainya lembaga disiplin Umno tidak berkuasa mutlak dalam hal ehwal kedisiplinan maka guru disiplin Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) lagi lebih baik kerana mempunyai kuasa mutlak dalam hal ehwal kedisiplinan pelajar walaupun guru disiplin tersebut menyedari bahawa pelajar yang hendak didisiplinkan merupakan anak orang-orang kenamaan yang berada di bawah naungan Umno/BN merangkap kerajaan yang memerintah.

“Don Quixote” Umno menyedari, Umno sebagai parti yang unggul, yang cemerlang, gemilang , dan terbilang memerlukan pemimpin pelapis parti untuk masa akan datang agar kehegomonian Umno terus berterusan. “Don Quixote” Umno percaya bahawa pemimpin pelapis perlu diwujudkan melalui pembentukan sayap Umno kerana diyakini ianya sentiasa bergandingan walaupun selalu bertentangan; Pemuda dan Putera, dan, Wanita dan Puteri. Ada Pemuda mesti ada Wanita. Ada Putera mesti ada Puteri. Dan, tidak mustahil Wanita dan Puteri boleh menjadi “bini tua” dan “bini muda.”

“…Kalau isteri tua merajuk, ana pergi ke rumah isteri muda…, kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga…”

- Seniman Agung P. Ramlee, Allahyarham

Doctor Zhivago” Umno mengakui akan dan perlunya pemimpin pelapis di dalam Umno demi kepentingan agama, bangsa, dan tanah air di samping keberterusan kehegomonian Umno sendiri. Namun bagi “Doctor Zhivago” Umno, Umno kini sudah berada dalam keadaan yang kritikal. Autopsi demi autopsi seringkali gagal. “Virus” yang menyerang Umno dan sayap Umno tidak boleh diubati dengan vaksin “disiplin” yang ada. Virus “rasuah,” virus yang berbahaya. Boleh menjerumuskan Umno kepada kehancuran. Virus inilah yang menjadi dalang dan petualang kepada pelanggaran kod etika tata susila, dan disiplin parti. Virus “rasuah” ini hanya boleh dibasmi melalui pembubaran sayap parti termasuk Putera Umno.

“Don Quixote” Umno tidak seperti “Doctor Zhivago” Umno. Dia beranggapan bahawa ahli dan pemimpin muda Umno yang dibentuk di dalam “inkubator” sayap Umno sudah mencapai tahap matang walaupun sedikit hingusan dalam hal ehwal animal politics. Bagi “Don Quixote” Umno, ahli dan pemimpin muda sudah semestinya berjiwa dan berdarah muda. Tidak boleh dikenakan disiplin yang keras iaitu “pembubaran” kerana jiwa dan darah muda cepat memberontak dan porak-peranda jadinya. Disiplin “pembubaran” hanya tidak lain dan tidak bukan menyebabkan ahli dan pemimpin muda sakit hati lalu jatuh hati dan meninggalkan parti. Pada “Don Quixote” Umno, jiwa dan darah muda cukuplah dirawat secara terapi hipnoptik dengungan mantera “jangan buat lagi.”

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.