Skip to main content

P036: "2/3" Umno/BN tergugat

Kekalahan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut pastinya memberi tamparan hebat kepada Dato’ Seri Najib Razak sebagaimana yang diramal oleh banyak pihak. Namun, Dato’ Seri Najib Razak tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana Datuk Wan Ahmad Farid dicalonkan oleh Umno/BN yang mana Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Presiden dan Pengurusi parti. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar dipersalahkan dan bertanggungjawab diatas kekalahan BN di P036.


Kekalahan calon BN kepada calon PAS pada Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu menunjukkan Parti Pembangkang berjaya memperoleh satu lagi kerusi Parlimen manakala Parti Pemerintah sebaliknya sekali gus menggugat "nilai" 2/3 majoriti di Dewan Rakyat. Namun bagi Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi 2/3 majoriti sama ada dicapai atau tidak , tidak penting, asalkan Umno/BN telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya pada Pilihan Raya Umum yang ke – 12 (PRU-12) pada 2008 bulan Mac lepas.

Apakah dengan kemenangan Parti Pembangkang, PAS, pada Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini mampu menterjemah hasrat Ketua Parti Pembangkang Datuk’ Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru? Atau adakah dengan kemenangan Parti Pembangkang yakni PAS menunjukkan bahawa Umno/BN mengalami hakisan hegomoni? Bagaimana dengan nasib Umno/BN pada Pilihan Raya Umum yang ke – 13 (PRU-13)? Hanya masa, keadaan dan rakyat yang menentukan.
P036 juga membuktikan bahawa "undi calon berdasarkan parti bukannya berdasarkan calon" merupakan satu teori dangkal yang tidak membawa apa-apa makna sama ada secara tersurat mahupun tersirat kepada rakyat. Namun teori ini mungkin membawa pengertian yang cemerlang, gemilang, dan terbilang kepada Umno/BN, terutamnya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Najib Razak, dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno/BN lainnya. Akibat dan kesan daripada teori ini ialah Umno/BN kehilangan satu kerusi di Parlimen. Juga boleh disimpulkan bahawa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tersalah pilih calon untuk menentang calon Parti Pembangkang daripada PAS pada Pilihan Raya Kecil P036.
 
Dengan kekalahan Umno/BN di Kuala Terengganu, pengaruh Umno/BN di Terengganu nampakknya semakin terhakis. Pada Pilihan Raya Umum – 11, 2004, calon BN, Datuk Razali Ismail memperoleh 30994 undi dan 32562 undi pada Pilihan Raya Umum – 12, 2008. Peningkatan jumlah undi yang diperoleh oleh Datuk Razali Ismail ialah 1568 undi. Ini bermakna Datuk Razali Ismail merupakan pilihan rakyat marhaen di Kuala Terengganu. Walaupun wujud peningkatan jumpah perolehan undi dalam masa dua Pilihan Raya Umum berlangsung, nampak sedikit penurunan perolehan undi yang diraih oleh Umno/BN pada Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu. Umno/BN yang mencalonkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya memperoleh 30252 undi. Jumlah perolehan undi yang diraih oleh Umno/BN pada Pilihan Raya Kecil lepas susut sebanyak 2310 undi mengatasi jumlah peningkatan perolehan yang diraih pada PRU-12 lalu.
Pengaruh Parti Pembangkang, di Kuala Terengganu, PAS terutamanya, menampakkan pengukuhan yang ketara. Pada PRU-11, calon PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memperoleh 29061 undi. Pada PRU-12, calon PAS, Mohamad Sabu memperoleh 31934 undi dengan peningkatan perolehan sebanyak 2873 undi mengatasi jumlah perolehan yang diraih oleh calon Umno/BN pada tahun PRU yang sama. Pada Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu 17 Januari lalu, calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut memperoleh 32883 undi sekali gus mengatasi jumlah perolehan undi yang diraih pada PRU-12 lalu dengan peningkatan perolehan sebanyak 949 undi.
 
Berdasarkan rekod sejarah dan atas kertas, Umno/BN sememangnya mampu mengalahkan Parti Pembangkang di P036, Kuala Terengganu. Ini adalah kerana, Umno/BN memiliki kudrat yang tidak boleh ditandingi oleh Parti Pembangkang, PAS dan BEBAS. Kekuatan kudrat Umno/BN terletak pada fizikal dan mental. Kudrat fizikal Umno/BN adalah merujuk kepada jentera parti yang "raksasa" dan apparatus kerajaan yang memerintah yakni Umno/BN seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM). Kudrat mental Umno/BN pula merujuk kepada kuasa, wang, dan media-media arus perdana yang mempunyai nilai "terungku minda" dan kuasa "psikologi." Namun suara rakyat suara keramat, tidak mampu disaingi oleh Umno/BN yang berkudrat-kudrat.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.