Skip to main content

Najib: Antara cabaran sebenar dan cabaran 100 hari

Sebagai haiwan politik yang cukup berpengalaman, Dato’ Seri Najib Razak sememangnya telah bergelumang dengan cabara dan dugaan politik yang menggila. Setiap cabaran dan dugaan politik yang melintang dan terbentang akan dihadapi dengan tenang walaupun terkadang kejelasan senyum dalam gelora. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan politik yang menggila, Dato’ Seri Najib Razak mempunyai gaya dan citarasa tersendiri. Setiap duka dan nestapa politik yang melanda diubati dengan penawar tersendiri. Dalam pemanjatan tangga kasta politik nasional, taat setia senantiasa diperkasakan. Terbuktilah julukan “Najib sang setia.”


Taat setia yang senantiasa diperksakan telah meloncatkan kerjaya politiknya. Dato’ Seri Najib Razak telah berjaya menidakkan hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi empuk kuasa nombor 1 negara. Dato’ Seri Najib Razak walaupun telah bearada di puncak kuasa masih belum mampu lagi mengatasi apatah lagi menandingi kuasa rakyat yakni suara rakyat suara keramat.

Cabaran sebenar yang dihadapi Dato’ Seri Najib Razak setelah bergelar Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN) adalah;

1)Bagaimana hendak menjelaskan konsep slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, yang dibawanya.
2)Apa yang perlu dilakukan dalam berhadapan dengan politikus Umno/BN yang senantiasa menikus dan membadut sehingga membuat rakyat muak dan jelak.
3)Apa yang perlu dilaksanakan agar supaya menteri-menteri kabinet senantiasa memperkasakan taat setia walaupun terpaksa senyum dalam gelora. Dan,
4)Bagaimana hendak mengekang hegomoni politik Pakatan Rakyat (PR) daripada terus berakar di dalam saraf dan minda rakyat.

Banyak pihak berpendapat dan beranggapan bahawa cabaran sebenar Dato’ Seri Najib Razak setelah menduduki kerusi empuk kuasa nombor 1 negara ialah cabaran 100 hari. Pendapat dan tanggapan banyak pihak ini dibuktikan lagi dengan kenyataan-kenyataan para menteri kabinet. Contohnya, Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim ada membuat kenyataan tentang Dato’ Seri Najib Razak dan cabaran yang dihadapinya dalam masa 100 hari menjawat jawatan Perdana Menteri.

Dari hari perama hingga hari yang ke 100, Dato’ Seri Najib Razak hanya perlu melaksanakan tugas-ugas utama Perdana Menteri di samping mencari pendekaan baru untuk menyelesaikan masalah negara yang masih belum selesai sejak dari era pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Persoalan apa yang perlu diberikan kepada rakyat, dan apa yang harus dibuahtangankan kepada rakyat merupakan persoalan hingusan bagi Dato’ Seri Najib Razak.

Sebenarnya, apa yang perlu diberikan kepada rakyat, dan apa yang harus dibuahtangankan kepada rakyat telah direalisasikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, semasa 22 tahun era pentadbirannya. Walaupun tidak sepenuhnya, Dato’ Seri Najib Razak beranggapan “rakyat sudah boleh menarik nafas lega lebih-lebih lagi dengan perlaksanaan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Berbalik kepada empat cabaran sebenar yang pastinya akan dihadapi oleh Dato’ Seri Najib Razak, keempat-empat cabaran sebenar inilah yang bakal memberi kesan terhadap Petunjuk Utama Prestasi (KPI) Umno/BN dan kedudukan Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, pada dan selepas Pilihan Raya Umum yang ke-13 kelak. Dalam keadaan Umno/BN terhakis hegomoninya, Dato’ Seri Najib Razak cuba membuat sesuatu yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang, daripada apa yang telah dilakukan oleh dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Seandainya Dato’ Seri Najib Razak gagal melakukan sesuatu yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang atau lebih perkasa, maka Dato’ Seri Najib Razak bukanlah “anak bapak.”

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.