Skip to main content

Suara, fikir, maklumat, dan media Lwn Kuasa

Kebebasan bersuara hanya akan terjelma apabila kebebasan berfikir terlaksana sepenuhnya. Kebebasan berfikir hanya akan terjelma apabila kebebasan menerima dan memperoleh maklumat terlaksana sepenuhnya. Tanpa kebebasan menerima atau memperoleh maklumat, fikiran tidak akan bebas. Fikiran akan terkongkong dan terbelenggu. Apabila fikiran terkongkong dan terbelenggu tiada gunanya kebebasan bersuara, walaupun kerajaan yang memerintah memberi peluang kepada seseorang yang terkongkong dan terbelenggu kebebasannya berfikir bersuara di hadapan media arus perdana secara lintas langsung serata negara.


Fikiran akan terkongkong dan terbelenggu apabila media sendiri terbelenggu dari segi kebebasannya terutamanya media yang bertuan dengan kerajaan yang memerintah. Media yang terkongkong dan terbelenggu kebebasannya tidak akan bebas dalam menyebar maklumat kerana gentar akan teguran “senjata makan tuan” atau “menggigit jari yang memberi makan.” Apabila demikian, lahirlah generasi muda baru yang hanya patuh kepada satu suara, tidak lain tidak bukan kerajaan yang memerintah. Tetapi kepatuhan itu tidaklah bertahan lama. “Atas pagar” salah satu daripada hasilnya.

Kesan kebebasan bersuara, berfikir, menerima dan memperoleh maklumat, dan media yang terkongkong kerana dikongkong ialah ledakan bom jangka yang hanya menanti masa, yang mana bahananya tidak akan mengenal sesiapa sama ada seseorang itu apparatchik kerajaan yang memerintah atau pun pemimpin kerajaan yang memerintah. Kesan bahana ledakan bom jangka akibat daripada kebebasan bersuara, berfikir, menerima dan memperoleh maklumat, dan media yang terkongkong kerana dikongkong adalah longgokan habuk sejarah. Longgokan habuk sejarah ini sudah semestinya kerajaan yang memerintah.

Di negara-negara yang mana kebebasan bersuara, berfikir, menerima dan memperoleh maklumat, dan media yang dikongkong kebebasannya, kerajaan negara itu hancur. Ia dihancurkan melalui demokrasi jalanan yang sering dipandang jelik oleh mata-mata pemimpin kerajaan yang memerintah. Jikalau pun kerajaan negara itu tidak hancur, negara itu yang bakal hancur. Apabila negara mulai hancur, kerajaan yang memerintah negara itu pun akan turut hancur. Di Indonesia, kerajaan parti Golkar (Golongan Karya) di bawah pimpinan Presiden Soeharto dihancurkan oleh suara-suara mahasiswa di jalanan yang mereka dulunya dikongkong daripada memiliki kebebasan bersuara, berfikir, menerima dan memperoleh maklumat, dan media.

Apa yang berlaku di Indonesia sewaktu ia berada di bawah rejim Presiden Soeharto akan tetap menjadi pengajaran dan tanda amaran awal kepada seluruh politikus dunia sama ada politikus tulen atau pun politikus yang menikus. Dan, politikus Malaysia sama ada yang tulen atau yang menikus juga tidak akan terkecuali. Pengajaran dan tanda amaran awal ini akan dijadikan oleh kerajaan yang memerintah sebagai “Petunjuk Utama Prestasi (KPI)” untuk melihat sejauh mana keberangkalian meledaknya keinginan memiliki kebebasan besuara, berfikir, menerima dan memperoleh maklumat, dan media di kalangan generasi muda, mahasiswa terutamanya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.