Skip to main content

Empat cabaran sebenar Najib

Cabaran sebenar yang dihadapi Dato’ Seri Najib Razak setelah bergelar Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN) adalah seperti berikut:-

1. Bagaimana hendak menjelaskan konsep dan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Sebaik sahaja berjaya menidakkan hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dengan gagah perkasanya memperkenalkan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ke serata negara.


Tetapi malang tidak berbau apabila rakyat tidak memahami apa itu slogan 1Malaysia. Walaupun rakyat memahami “Rakyat didahulukan,” “Pencapaian diutamakan,” pemahaman ini tidak membantu mereka memahami apa itu slogan 1Malaysia.

Manakala di pihak Pakaan Rakyat (PKR-PAS-DAP) pula, menganggap slogan 1Malaysia menyamai slogan dan konsep yang dibawa DAP, Malaysia Malaysian. Seterusnya mendakwa bahawa Dato’ Seri Najib Razak mendapat inspirasi slogan 1Malaysia dengan meniru slogan dan konsep Malaysia Malaysian. Seperti juga rakyat, kalangan politikus PR juga gagal memahami apa itu 1Malaysia dari segi maksud dan konsep.

Berikutan kegagalan rakyat dan politikus PR memahami slogan dan konsep 1Malaysia, menyebabkan Dato’ Seri Najib Razak menggerakkan seluruh kudrat minda para menteri kabinet dan para penjawat awam di serata negara untuk menjelaskan apa itu 1Malaysia. Namun usaha yang digerakkan oleh Dato’ Seri Najib Razak ini masih gagal membentuk pemahaman rakyat terhadap slogan dan konsep 1Malaysia.

2. Apa yang perlu dilakukan dalam berhadapan dengan politikus Umno/BN yang senantiasa menikus dan membadut.

Rata-rata keseluruhan politkus Umno/BN semakin ligat menikus dan membadut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno/BN pincang kehegomoniannya selepas Pilihan Raya Umum 12 lalu. Pemimpin-pemimpin Umno/BN cuba mengekang keligatan menikus dan membadut di kalangan politikusnya melalui beberapa usaha “brain washing” tetapi tidak membuahkan hasil.

Contoh yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, yang menunjukkan politkus Umno/BN menikus dan membadut adalah seperti apa yang berlaku pada bulan Oktober dan November 2008.

Berikut urutan “tragedi oktober,” Umno, pada bulan Oktober, 2008;

i. Kecoh: mesyuarat Puteri Bukit Bintang ditunda. Ketua Puteri bahagian Bukit Bintang, Leni Abd Latif bertengkar dengan Lyana berikutan mesyuarat puteri bahagian bukit Bintang ditunda. – Kuala Lumpur 11 Oktober

ii. Wakil Wanita Pokok Sena tidak dibenar mengundi bagi mengelakkan perjalanan persidangan bahagian menjadi tidak sah. – Alor Setar 18 Oktober

iii. Bibi Sharliza tidak dicalon anak buah. Rembau pilih “orang Sabah” rebut Ketua Puteri. – Rembau 19 Oktober

“Ada unsur luar ajar Puteri melanggar setiakawan dan berpecah, tiada ketelusan dalam Umno Rembau pada peringkat kepimpinan atau dalam Puteri sendiri.” - Bibi Sharliza, Ketua Puteri Rembau

iiii. Kertas undi lebihan “masuk” lokap polis. Kertas undi bagi menentukan calon Ketua Umno bahagian Alor Gajah terpaksa dihantar ke Balai Polis Selandar apabila didapati berlaku lebihan dari segi jumlah. – Alor Gajah 19 Oktober

v. 9 AJK Pemuda Gelang Patah letak jawatan selepas tiak berpuas hati dengan ketelusan proses pengiraan undi pada mesyuarat Pemuda Umno bahagian. – Johor Bahru 19 Oktober

vi. Badan Perhubungan Umno Sabah akan meneliti laporan berhubung perjalanan mesyuarat perwakilan beberapa Puteri, Pemuda, Wanita dan bahagian di negeri itu yang dilaporkan menghadapi masalah. – Kota Kinabalu 19 Oktober

vii. Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap lapan ahli dan pemimpin parti pada peringkat cawangan and bahagian kerana bersalah mensabotaj parti, rasuah politik dan salah guna kuasa yang melanggar Perlembagaan dan Tata Etika Ahli Umno. – Kuala Lumpur 24 Oktober

viii. Wanita Umno bahagian Sandakan menggesa supaya pelan peralihan kuasa di antara Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz kepada Naib ketuanya Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dipercepatkan. – Sandakan 25 Oktober

x. Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Mas berlangsung dalam suasana tegang berikutan tindakan 30 ahlinya mengadakan tunjuk perasaan menuntut supaya mesyuarat itu dibatalkan. – Pasir Mas 25 Oktober.

Bulan November menjadi penutup tirai dan kemuncak tragedi Umno, 2008, apabila;

xi. Semasa insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban di Dewan Kelab Golf Tuanku Ja’afar, dua oang dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas mereka yang terbabit membaling kerusi, bertumbuk serta memaki hamun antara satu sama lain ketika persidangan berlangsung. – 10 November

3. Apa yang perlu dilaksanakan agar supaya menteri-menteri kabinet senantiasa memperkasakan taat setia walaupun dalam keadaan “senyum dalam gelora.” Dan,

Setelah bergelar Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN), tentulah Dato’ Seri Najib Razak menginginkan “anak buah” yang senantiasa taat setia kepada pemimpin tertinggi walau apa yang berlaku sekali pun.

Dato’ Seri Najib Razak telah meyakini bahawa hanya dengan perilaku taat setia walaupun membuta tuli akan meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) seseorang politikus. Taat setia yang senantiasa ditunjukkan dan diperkasakannya telah membuahkan hasil yang cukup cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Seterusnya, taat setia yang senantiasa ditunjukkan dan diperkasakan oleh seluruh politikus Umno/BN akan menjaminkan kestabilan dan kemakmuran Umno/BN sebagai kerajaan yang memerintah, disamping menjamin kedudukan Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno, dan Pengurusi Barisan Nasional (BN).

Namun “taat setia” ini telah dicemari oleh dua politkus Umno/BN apabila beralih arah ke kem Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dua politikus Umno/BN ini adalah Dato’ Zaid Ibrahim (Umno), dan Dato’ Seri Chua Jui Meng (BN/MCA). Pastinya ini akan menggusarkan Dato’ Seri Najib Razak.

4. Bagaimana hendak mengekang hegomoni politik Pakatan Rakyat (PR) daripada terus berakar dan bercambah di dalam saraf dan minda rakyat.

Pilihan Raya Umum 12 lalu dan beberapa siri pilihan raya kecil telah membuktikan secara atas kertas bahawa Umno/BN sedang mengalami kehakisan kehegomonian kuasa, kesan daripada penolakan rakyat dari masa ke semasa.

Walaupun Umno/BN berjaya merampas semula negeri Perak daripada PR, status quo umno/BN dan PR kekal tidak berubah selepas pilihan raya kecil berlangsung. Ini bermakna, Umno/BN masih lagi gagal merampas sama ada satu demi satu atau secara keseluruhan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri PR.

Pada pilihan raya kecil Manek Urai umpamanya, Umno/BN walaupun berjaya mengurangkan peratusan jumlah perolehan undi calon PAS, namun status quo masih kekal tidak berubah.

Sebagai Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Najib Razak perlu membuktikan bahawa dia adalah "anak bapak," dan menjadi Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional (BN) yang tiada tolok bandingannya jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi umno/BN yang terdahulu. Menghakis kehegomonian politik PR merupakan satu kejayaan baginya.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.