Skip to main content

Bajet "mini" RM60bilion

Menyelamatkan Malaysia daripada kemelesetan ekonomi, mengwujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan beban rakyat sememangnya menjadi tanggungjawab dan sudah semestinya tugas utama kerajaan yang memerintah. Malaysia telah banyak kali berhadapan dengan krisis ekonomi – 1969, 1972, 1986, dan 1997/98, – tetapi kali ini – 2009 – merupakan krisis ekonomi terhebat yang dihadapi. Apabila berhadapan dengan krisis ekonomi, medium lazim yang digunakan oleh kerajaan yang memerintah untuk meyelamatkan ekonomi negara adalah melalui Pakej Ransangan Fiskal (FSP).


Pakej ransangan fiskal kedua – Bajet Mini – yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009 lalu mencecah sehingga RM60bilion. Ini bukan angka “mini” tetapi dianggap “mini” oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk’ Seri Najib Razak. Pakej Ransangan Fiskal kedua ini akan dilaksanakan selama dua tahun untuk menyelamatkan Malaysia daripada kemelesetan ekonomi, di samping mensasarkan pengwujudan peluang pekerjaan dan mengurangkan beban rakyat. Namun, itu bukanlah persoalannya. Yang menjadi persoalan ialah bagaimana kerajaan yang memerintah memperoleh RM60bilion? Adakah ini angka rekaan semata?

Pada asasnya, perolehan pendapatan negara adalah berteraskan cukai – cukai langsung dan cukai tidak langsung. RM60bilion, seandainya bukan rekaan semata, bermakna perolehan cukai kerajaan yang memerintah cemerlang, gemilang, dan terbilang. Perolehan cukai yang sedemikian sudah semestinya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat seluruhnya tanpa mengira ideologi dan doktrin politikal seseorang rakyat itu.

Namun, adalah agak “menakjubkan” bagaimana Malaysia boleh mencatat kadar kemiskinan yang masih berada pada kadar yang boleh dianggap tinggi. Berdasarkan fakta, pada tahun 2004 sahaja, kadar kemiskinan di seluruh negara mencecah sehingga 86.7 peratus, dan negeri Sabah mengungguli carta kadar kemiskinan tertinggi – dengan kadar 23.0 peratus – di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Secara logika, dengan perolehan cukai yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, rakyat seluruhnya sudah tentu sama rata sama rasa dari segi kemakmuran ekonomik.

Adalah agak mustahil kerajaan yang memerintah ingin menurunkan kadar cukai – yang dikenakan – pada kadar yang rendah atau yang lebih rendah, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sakit sekarang ini. Kadar cukai yang tinggi bukan sahaja menstabilkan rizab wang negara malah meningkatkan jumlah kecairan wang yang tinggi. Maka tidak menghairankan apabila kerajaan yang memerintah seringkali mengumumkan jumlah pakej yang melebihi lapan sifar untuk tujuan pembangunan. Tidak mustahil dengan perolehan cukai yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kerajaan mampu memperoleh RM60bilion atau lebih daripada RM60bilion. Apatah lagi, pada kerajaan yang memerintah RM60bilion sesuatu yang dianggap mini.

Walaupun kerajaan yang memerintah menganggap RM60bilion sebagai angka mini, adakalanya kerajaan yang memerintah mengeluh akan kekurangan wang mahupun dana apabila rakyat memohon bantuan ekonomik – subsidi, penurunan harga barangan pengguna, penurunan kadar tol, penurunan kadar tarif air dan elektirik, dan sebagainya – setiap kali rakyat terpukul dengan cemeti ekonomi. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kerajaan yang memerintah memiliki kemakmuran tetapi pada masa yang sama berasa serba kekurangan. Lebih teruk lagi apabila rakyat memohon bantuan ekonomik daripada kerajaan yang memerintah, rakyat didengungkan dengan mantera “…tanya pada diri anda apa yang anda boleh berikan kepada kerajaan, bukannya bertanyakan apa yang kerajaan boleh berikan kepada anda…”

Bagi memulih dan mengembalikan kepercayaan mutlak rakyat, kerajaan yang memerintah perlu dan harus bersikap telus walaupun tidak jujur seratu peratus. Terutamanya dari segi keupayaan dan kemampuan, dan ketidakupayaan dan ketidakmampuan kerajaan yang memerintah di dalam hal-hal yang bersifat ekonomik. Ini adalah kerana, seseorang rakyat itu walaupun tidak produktif dan tidak bersifat ekonomik sebagaimana golongan kapitalis, ia tetap membayar cukai (seperti caj perkhidmatan) – walaupun rendah – kepada kerajaan yang memerintah. Jikalau pun seseorang rakyat itu sama sekali tidak bersifat ekonomik atau tidak produktif langsung, ia tetap memberi akuan sokongan terhadap kerajaan yang memerintah melalui proses demokrasi.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.