Skip to main content

(Tun) P. Ramlee

1. Tun merupakan gelaran bagi orang yang dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) oleh yang di-Pertuan Agong.

2. Orang yang dianugerahkan dengan gelaran Tun tentulah orang yang telah banyak menabur jasa kepada bangsa dan negara, yang tidak boleh diukur dengan nilai wang ringgit. Namun dalam konteks Malaysia, bakal penerima anugerah gelaran Tun kebanyakannya terdiri daripada orang-orang politik (Umno/BN). Ini menunjukkan seolah-olah orang-orang politik (Umno/BN) sahaja yang berjasa kepada bangsa dan negara.

3. P. Ramlee bukan sekadar penghibur yang mempunyai bakat kebolehan kepelbagaian (pengarah filem, pelakon, pelawak, pencipta lagu, pemuzik, penyanyi, dan penulis skrip), malah sudah sampai ke tahap pemikir dalam kepelbagaian seni yang sehingga kini (dalam konteks Malaysia) belum ada lagi tandingannya.

4. Jasa P. Ramlee kepada bangsa (Melayu) dan negara bukan dalam bentuk yang “kasar” bak ahli politik yang bertengkar. Jasa P. Ramlee kepada bangsa dan negara lebih kepada jasa “halus,” yakni seni. Jasa seni yang diberikan oleh P. Ramlee ini telah mengharumkan nama negara pada tahun 1959 apabila filem komedi Pendekar Bujang Lapok menggondol The Best Comedy Film in Asia.

5. Cadangan penganugerahan gelaran Tun kepada seniman agung P. Ramlee adalah cadangan yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Di samping mengiktiraf hasil usaha dan jasa anak seni, ia juga menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pemartabatan seni dan penggiat seni tanah air.

6. Namun, cadangan yang dicadangkan ini tidak seharusnya kekal dengan status “cadangan semata” atau “hanya cadangan.” Jika ia hanya setakat cadangan dan kekal sebagai cadangan, maka pihak yang memberi cadangan dan pihak yang menerima dan meneliti cadangan dilihat sebagai “Don Quixote” (penghayal yang tidak praktis). Pihak ini ada kemungkinan terdiri daripada “badut kerajaan yang memerintah.”

7. Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, walaupun tidak dianugerahkan dengan gelaran Tun, rakyat (dan penulis) yakin bahawa P. Ramlee merupakan satu-satunya seniman agung yang Malaysia miliki dan tiada pengganti walaupun peribahasa ada mengungkap "patah tumbuh hilang berganti," (Pada pandangan penulis), M. Nasir walau ber"seni" bagaimana sekali pun masih tidak mampu menandingi seni Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.