Skip to main content

Tempoh memegang jawatan dalam Umno

Bancian Utusan Online

Setujukah dengan cadangan supaya tempoh memegang jawatan dalam UMNO dihadkan?
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Kisah
Berdasarkan soal kaji selidik yang diajukan oleh Utusan Online, penulis akan memberikan tiga jawaban sekali gus. Iaitu setuju, tidak setuju, dan tidak kisah.

Setuju

Oleh kerana keadaan Umno yang sekarang ini ibarat formula alif, mim, nun tendang wau, sarkas, penulis bersetuju dengan cadangan supaya tempoh memegang jawatan di dalam Umno dihadkan. Seandainya tempoh memegang jawatan dihadkan, Umno mampu menyingkirkan penyandang-penyandang jawatan yang tidak memberi apa-apa kepada Umno sama ada dari segi intelektualisme, aktivisme, idealisme, atau ketiga-tiganya sekali.
Kebanyakan pemimpin-pemimpin yang menyandang jawatan dalam Umno adalah golongan lemah fikiran (GOLF), dan tidaklah menghairankan sekiranya kita mendapati pemimpin-pemimpin ini terlibat dengan aksi menikus dan membadut. Walau bagaimana pun, terdapat juga kalangan pemimpin yang menyandang jawatan memiliki ciri-ciri ahli dalam memimpin. Tetapi ia boleh dihitung dengan jari.

Tidak setuju

Walaupun keadaan Umno sekarang ini persis gelanggang sabung ayam atau sarkas atau kedua-duanya sekali, tetapi tidak boleh dinafikan yang Umno masih lagi memiliki pemimpin-pemimpin tulen dan memiliki semangat animal politics, yang mana segala raga dan jiwanya adalah untuk politik semata.

Seandainya cadangan tempoh memegang jawatan dalam Umno dihadkan, maka pemimpin-pemimpin - yang menyandang jawatan dalam parti - kelas animal politics tulen tidak akan dapat memperjuangkan intelektualisme, aktivisme, dan idealisme mereka untuk kepentingan Umno seluruhnya. Ini kerana, untuk memperjuangkan intelektualisme, aktivisme, dan idealisme, tempoh yang diperlukan amat panjang dan adakalanya tidak berhad.

Dengan perlaksanaan cadangan ini, Umno juga sendiri akan mengalami kerugian. Pemimpin-pemimpin kelas animal politics di dalam Umno tidaklah sebanyak mana. Umno perlu memulihkan dirinya melalui pemimpin-pemimpin kelas "animal politics" ini.

Tidak kisah

Oleh kerana keadaan Umno yang mengalami "sakit dalam," penulis tidak kisah sekiranya cadangan penghadan jawatan ini dilaksanakan. Dihadkan atau tidak, sama sekali tidak akan memberi apa-apa perubahan kepada Umno, selagi pemimpin-pemimpin Umno gagal memahami "Apa itu politik?" dan "Politik itu untuk apa?"

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.