Skip to main content

Tetuan Soi Lek & Azalina

Semacam wujud persamaan di antara dua animal politics ini. Apabila membuat penafian, kedua-duanya bernada serupa. Nada yang serupa itu lebih kurang begini sifatnya “Ada orang/pihak yang hendak menjatuhkan saya.” Cuma, waktu, masa dan tempat persamaan penafian ini diungkap, diluah dan dinyatakan berbeza. Itulah perbezaannya. Namun, persamaan mereka lebih tersohor.


Kedua-duanya merupakan animal politics yang berpengalaman. Berpengalaman setelah dipengalamankan oleh pengalaman berpolitik yang serba menikus. Penulis mengakui kehebatan Dr Chua Soi Lek. Bukan oleh kerana dia animal politics tetapi kerana teladan yang ditunjukkan – berani buat berani tanggung – yang seharusnya diteladani oleh semua animal politics tanah air. Sewaktu Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan “hey man look at me rockin’ out, I’m on the video,” penulis agak tidak terkawal sedikit. Maklumlah penulis seorang yang vocal dan articulate. Namun penulis sedar tiada manusia yang terlepas daripada perlakuan sumbang walaupun seseorang itu anak seorang ulama besar atau bekas Perdana Menteri.

Kenyataan yang dibuat Dr Chua Soi Lek bersama media pada waktu itu sebenarnya boleh mengundang spekulasi walaupun dia menunjukkan sikap budiman total. Pada pandangan penulis, adalah tidak patut Dr Chua Soi Lek mengatakan “Ada orang/pihak yang hendak menjatuhkan saya,” yang diselitkan bersama dengan kenyataan akuan bersalahnya sewaktu membuat kenyataan media. Ini kerana, jika “Ada orang/pihak hendak menjatuhkan saya ,” bermakna “hey man look at me rockin’ out, I’m on the video,” seolah tidak salah, dan tidak boleh dikenakan tindakan tata tertib atas nama “ke"hak"an.”

Terkejut juga apabila mengetahui Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pertuduhan amalan politik wang. Semasa membuat penafian melalui kenyataan media, Datuk Seri Azalina juga menyatakan “Ada orang/pihak yang hendak menjatuhkan saya.” Katakanlah Datuk Seri Azalina benar-benar bersalah dan didapati bersalah atas kesalahan amalan politik wang, dan kemudian membuat penafian yang diakhiri dengan “Ada orang/pihak yang hendak menjatuhkan saya,” maka Datuk Seri Azalina sudah “dijatuhkan” oleh pihak SPRM dan orang/pihak yang hendak menjatuhkannya. Seperti satu siri kebetulan.

Berdasarkan test-case respondent (Chua Soi Lek & Azalina), besar kemungkinan wujud dua persamaan, keserasian, keirasan dan keserupaan pembuatan penafian di kalangan politikus Malaysia terutamanya politikus Umno/BN di masa hadapan. Kesamaan penafian ini juga sebenarnya wujud di kalangan politikus Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat). Tetapi tidaklah setersohor politikus Umno/BN. Kerana walaupun telah didapati bersalah oleh mahkamah dan lembaga disiplin parti, masih lagi “mendengungkan” “Saya sayangkan Umno/BN,” “saya akan terus memberikan khidmat terbaik kepada parti,” dan lain-lain lagi.

Comments

Primus inter pares

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Nasi lemak dan obesiti di kalangan pelajar

" Nasi lemak mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberi zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat." - Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Nasi lemak adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Satu hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 644 kalori. Walaupun nasi lemak merupakan antara makanan yang tinggi kandungan kalorinya, nasi lemak bukanlah penyumbang utama kepada obesiti tetapi nasi lemak adalah antara penyumbang kepada obesiti. Oleh hal yang demikian nasi lemak tidak boleh diperslahkan jika di kalangan pelajar sekolah rata-ratanya obes.

Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya

Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang mana masyarakat marhaen pribuminya berasal daripada rumpun yang satu. Sebelum kewujudan Malaysia dan Indonesia, masyarakat marhaen pribuminya bebas bergerak dan menetap di mana-mana saja ceruk gugusan alam kepulauan Melayu tanpa sekatan. Masyarakat Melayu Malaysia kebanyakannya berdarah Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau, Aceh dan sebagainya. Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan Aceh berasal daripada salah satu daerah gugusan alam kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Indonesia.